Sunday, 15 May 2011

Tolak menolak bahu apabila dunia semakin sempit

.

Tentang kisah Islam dan Kristianiti di Malaysia ini tak pernah habis-habis. Masing-masing menjalankan tanggungjawab mereka kepada kepercayaan masing-masing. Aku rasa itu juga yang berlaku kepada kepercayaan-kepercayaan lain di Malaysia.


Perkara yang berlaku antara Islam dan Kristianiti di Malaysia baru-baru ini pada asasnya berebut hak untuk mengembangkan kepercayaan masing-masing dan memastikan ppihak yang satu lagi sukar untuk menggugat kerja-kerja mereka.


Kenapakah kepercayaan dalam beragama itu perlu diterapkan macam ikut skim MLM? 'Head Hunting' . Tak ada cara berhikmah yang lainkah? Kalau ditanyai kedua-duanya, pasti mereka kata " untuk menolong orang yang sesat kembali ke jalan yang lurus".


Tak bolehkah mereka buat sesuatu yang boleh menarik orang untuk mendekati agama dan berhijrah? Orang itu sendiri tertarik dengan keindahannya. Sedangkan pemberian cahaya suci tu adalah hak mutlak Allah, kita hanya perlu berusaha dan banyak cara usaha itu. Kalau payah cara itu, guna cara yang lain.


Apabila gerakan missionary menjadi lebih aktif manakala prospeks pula terdiri daripada orang yang telah ada agama, tolak menolak bahu pun berlaku. Kalau dah semakin sempit aku takut bunuh membunuh pun berlaku untuk luaskan.



Kalau dah asyik bergaduh, aku takut satu hari nanti Kerajaan akan memutuskan untuk MENGHARAMKAN aktiviti-aktiviti penyebaran agama di Malaysia... atas sebab keharmonian beragama di Malaysia...


Aku takut jadi macam tu...








.

6 comments:

tasekM said...

kalau x silap aku.
ikut perlembagaan.
org islam bulih menyebarkan agama.
tapi.
agama adalah tak bulih.
tu sbb deme xpuas hati.



.

Nizam.Ariff said...

TM, aku dengar pun macam tu...

tasekM said...

ko paham yek..?
hehe.

ada typo.

tapi.
agama lain adalah tak bulih.




.

Nizam.Ariff said...

TM, aku selalunya baca konteks bukan baca perkataan. tu sebab aku faham kut...

aza ni said...

ya masing masing akan tegakkan perjuangan masing masing...kita kena lebih sabar dari kesabaran mereka.

sabar dalam menegakkan perjuangan.

Nizam.Ariff said...

Azani,
Sabar pun ada caranya...

Jangan kita sabar tapi depa nampak kita lemah atau mengalah.

sabar dengan mengalah tak sama woo...