.
Dulu kawan aku pernah cerita (dulu: 2010), nanti lepas-lepas ni kalau harga tepung, gula, minyak petrol dsb naik jangan terkejut. Jangan jadi biawak yang terserempak pemburu.
Sebabnya, dalam salah satu makmal atau 'lab' yang dianjurkan oleh PEMANDU, ceritanya adalah berkenaan subsidi. Dulu juga heboh dengan kenyataan 'Malaysia akan bankrap...'. Juga mungkin berkaitan dengan cerita yang sama.
Dari perbincangan di makmal itu, rata-rata bersetuju bahawa subsidi kerajaan kepada rakyat dengan model subsidi seperti yang ada sekarang ini akan menjadikan Malaysia tidak kompetitif. Kos barang kita sebenarnya lebih tinggi daripada yang sebenar. Tapi disebabkan subsidi, kos boleh direndahkan. Bila kos direndahkan, harga jualan pun bolehlah rendah sikit. Bila harga jualan rendah sikit, ramai orang boleh beli.
Tapi masalahnya, kalau kita eksport barang tu pada harga kos yang tersubsidi, maknanya orang luar negara mendapat tempias 'habuan' subsidi itu. Kalau dijual pada tanpa subsidi, harga menjadi mahal dan tak kompetitif.
Oleh itu, model / struktur subsidi negara teah diubah, dirombak. Katanya, subsidi hanya akan diberikan kepada golongan sasaran.
Ok. Niat yang bagus...
Tapi aku harap janganlah tengok yang itu saja. Bab-bab yang lain pun kenalah tengok juga.
Amalan rasuah, contohnya. Ia juga menjadikan kita tak kompetitif.
Ada sekali tu, bila SPRM panggil berpuluh-puluh kakitangan kastam untuk beri keterangan, kelam-kabut satu Malaysia. Sampaikan wakil kakitangan Kastam pun buat memorandum jumpa pak menteri supaya jangan diberikan tanggapan terlalu negatif kepada kakitangan Kastam.
Itu yang dikatakan mereka. betulkan itu sahaja kalau sampaijumpa pak menteri?
Ataukah mereka 'merayu'?
Ingatlah! Jangan dilayan sangat. Biarkan sistem keadilan kita berjalan tanpa sebarang 'rayuan'.
Ingatlah! Subsidi dah mula ditarik balik sikit demi sikit. Harga barang-barang dah mula naik.
Tarik subsidi tanpa kasi muka... maka aku harap SPRM jangan bagi muka kepada mereka yang rasuah.
.
9 comments:
ye.
rasuah mmg cilake.
aku nk cerita...
tapi.
nnti bulih bikin entri.
malas ah....
heh.
.
critala tas, aku dan zam syok bacanya...crita la..critala...
sorilah zam...assalam zam
aku punya masalah...asal nampak huruf t,a,s,e,k,M, mulalah rabun, tak nampak lain..
tumpang lalu.
TM, Azani,
Tulis je kat sini. Ini kat ke blog hujah menghujah... penuh kritis segala bagai.
Azani,
syukur.. aku masih nampak ko lagi... hahaha
brapa sangat la barang2 yang disubsidi nih sebenarnya... yg aku tau gula, beras... petrol! tak... sbb kita gali sendiri dan sengaja tinggi2kan operational kosnya...
gula - rasanya tak jugak, sbb masa aku kerja kat indon dulu byk diorg seludup dr kuching, tp katanya gula dr meysia tak brape manis - cuma per kilo jeh murah.
beras - yg gred tinggi cam mogul basmati, mahal melangit...
rega kreta kat meysia nih jauh lebih tinggi dr dak jiran2... d brunei lg murah... d indon toyota separuh rega...
...yang aku setuju... dan benar2 setuju - tang rasuah... ini amalan yg betul2 melampau... pada aku lah kan... bukan treatment regime yg patut dibetulkan, tapi treatment system... SPRM hanyalah treatment regime - masih lapor-diri ngan treatment system...
satu lagi... lab pemandu nih, senang jeh buat kesimpulan. aku rasa tujuannya satu jeh - supaya org percaya...
- mana mgkn flyover sepanjang 200m rega 145juta.
- kempen PRswak'11, tabur 5.7bil.
pastu kata tak dak duit, pastu rega petrol pun naik la...
percayalah kalau orang kata yang ditangkap tu adalah anak ikan
Sepa,
... institusi negara kita ni kuasa kehakiman dan kuasa eksekutif.
Aku tak pasti, SPRM ni letak kat bawah mana satu? kehakiman atau eksekutif. Aku rasa SPRM ni macam badan internal audit jer... Kalau internal audit, findings report kat bos no. 1 je la...
KOG,
Bapak ikan dalam kancah politik... hahaha.
Post a Comment