Sunday, 8 May 2011

Ratu anai-anai sumber Viagra.....?

.

Jika terlihat busut jantan, jangan takut dan jangan seram.

Kerana apa yang ada dibawahnya adalah sesuatu yang bernilai tinggi.

Ratu anai-anai dikatakan mampu bertindak seperti Viagra, itu kata seseorang dalam HMetro hari ini. Di sokong oleh seorang tabib berbangsa Cina.

Untuk mencapai khasiat yang optimum, ratu anai-anai perlu dimakan mentah-mentah dan dimakan 15 minit sebelum 'bersama'.

Aku syak, tenggiling sejenis binatang yang kuat seks. Kerana ia suka makan anai-anai.



Lepas ini, kalau nampak aku terbongkok-bongkok di pangkal busut jantan malam-malam Jumaat, jangan takut dan jangan syak wasangka.

Aku bukan nak mengangkong ambil nombor ekor. Jauh sekali aku nak bertanding dengan tenggiling...


Aku cuma nak pastikan aku mendapat khasiat yang optimum dari si ratu, 15 minit sebelum 'bersama' ....





.

3 comments:

kucingorengemok said...

ni mungkin soalan bodoh (tapi bukan soalan loyar buruk)- apasal orang panggil busut jantan? atas sebab² yang baru disebutkah? busut betina takde pulak kan?

tasekM said...

masuk mulut.
dia ketit.



.

Sang Kelembai said...

KOG,
Segala yang besar dikatakan 'jantan' kut... ada gak busut betina tapi bonjolnya kecik sikit... kembar dua mungkin .. hahhaa


TM,
kena cabut kepalanya dulu baru telan... mana nak ketitnyer...