Wednesday, 18 May 2011

Berbicara bahasa Tuhan...

.

Pagi tadi, aku lapar kerana belum sarapan. Aku bercadang untuk pergi awal dan sampai awal ke pejabat kerana pejabat di sebelah ada orang jual nasi lemak dan kuih-muih. Tapi, dia hanya jual sehingga pukul 8.00am, selepas itu dia akan simpan dan bawa turun ke Cafe.


Dan entah macam mana, pagi tadi trafik sesak. Sehinggalah aku lewat 5 minit ke pejabat. Dan aku tak dapat beli sarapan aku.


Aku mula mengeluh dan dalam hati aku cuma kata " tak ada rezeki sarapan aku pagi ni..."


Pukul 9 tadi masa aku buat air di pantri, ada seorang kakak beritahu dia ada beli Roti Canai lebih dan dia suruh aku makan...!!!


Serta merta aku teringatkan keluhan aku tadi. Hmm.... Tuhan masih beri rezeki untuk aku cuma caranya kadang-kadang dari punca yang tidak disangka-sangka.




Berpuluh tahun dulu, ketika aku masih belajar di U, aku alami perkara yang sama. Aku kehabisan duit tunai. Aku perlu keluarkan di mesin ATM di bandar cuma masalahnya motorsikal aku kawan dah pinjam. Aku cuma ada RM2. Aku bersarapan dan bakinya aku beli rokok 2 batang.


Untuk makan tengahari? Aku tawakkal. Aku cakap dalam hati, kalau Tuhan bagi rezeki, aku makanlah. Dan aku sengaja 'menduga' Tuhan akan beri rezekinya bagaimana nanti.


Jadi, untuk elakkan rasa lapar tengahari itu aku tidur sementara menunggu kawan pulang. Aku boleh pinjam duit daripada kawan-kawan cuma kedegilan aku nak tengok macam mana Tuhan nak beri makanan kepada aku hari minggu itu.


Pukul 3.00pm, aku terjaga dan aku masih belum ada makanan. Aku dah lapar. Dan aku dah mula 'merajuk' dengan Tuhan. Aku mula berfikir " Tuhan dah tak sayang dengan aku agaknya.."


Kira-kira pukul 4.00pm, pintu bilik aku diketuk bertalu-talu. Bila aku buka, kawan aku yang menginap dibilik depan aku datang. Dia ajak aku makan sekali dengan dia.

Dia bagi tau tadi keluarganya datang melawat dan bawa banyak bekal makanan tapi tak ada orang sebab ramai yang keluar ke bandar.


Bila aku masuk bilik dia, memang benar. Terlalu banyak makanan kalau setakat untuk dimakan berdua.


Dan aku makan sambil aku tersenyum tak habis-habis...

"Tuhan masih sayangkan aku..." kata aku dalam hati. Cuma, cara rezeki itu datang bukan dari cara yang kita sangkakan...








.

8 comments:

kucingorengemok said...

hattan... aku panggil lagu bogel

aza ni said...

ayat 1000 dinar

tasekM said...

aku dan kawan aku plak dulu.
beli nasi lemak.
beli lebih sbb nk bg kawan2 yg lain makan.

bukak2 nasi lemak tu.
basi.
nasi lemak aku basi.
nasi lemak kawan aku pun basi.

nasi lemak yg kitorg bg ke kawan2 yg lain tu tak pulak basi.

ha ha.

tuhan tak sayangkan aku agaknya...




.

Sang Kelembai said...

KOG,
Wuihh.. lagu tu aku panggil lagu hantu. Ada cerita sayu di sebalik lagu tu... nyaris aku bunuh diri tau... hahaha


Azani,
Itulah dia... tak semestinya rezeki itu datang dalam bentuk jongkong emas...


TM,
Cuba la ko mogok lapar. Tengok, mana tau turun al-manna dari Syurga... mana la tau kan. Dari punca yang tak disangka-sangka...

kucingorengemok said...

eh, saspen ni... cecite, cecite!

Sang Kelembai said...

KOG,

Aku dah tulis kat Merung Mahawangsa. Guna tajuk yang sama...

Bacalah... jangan nanges sudah. Don't cry for me...'

sepa said...

3 kupang tambang bas ke bandar, 4 kupang beli cendol mamak, 3 kupang tambang balik... = RM1...

Sang Kelembai said...

Sepa,
Masa duk kat taman maju, aku pernah guna RM1 untuk 2 roti telur...

Roti kosong tempel telur... kongsi.