Sebelum cerita pasal Cost Minus Mentality, elok kita buka gelanggang ini dengan menentukan sempadannya. Kita sediakan konteksnya supaya kita boleh letak cerita-cerita ikut grid-grid yang tertentu.
Tak sah kalau tak citer supply chain dan value chain dalam cerita cost reduction. Sebab, cost reduction ini perlu dilakukan pada setiap perhentian supply chain. Sebagaimana value/nilai ditambah apabila barang itu hanyut dari hulu ke hilir, kos juga mungkin ditambah semasa barang itu menghilir sungai.
Kita ambil contoh supply chain untuk buat Nasi Lemak. Ia mungkin bermula daripada nelayan (ikan bilis), penternak ayam (telur ayam), petani (beras), peladang (buah kelapa), pekebun (pandan, daun pisang). Bila mereka jual kepada pemborong, mereka letakkan harga. Mak Esah beli barang-barang itu pula dari pemborong. Mak Esah pun gunakan bahan-bahan tadi itu untuk buat nasi lemak. Jenuhlah Mak Esah bangun pagi-pagi seawal jam 3am untuk tanak nasi dan buat sambal bilis. Dia pun jual nasi lemak panas berbungkus daun pisang di gerai payungnya di tepi jalan. Mak Esah telah menambah nilai kepada bahan-bahan yang dibelinya tadi menjadi... nasi lemak bungkus daun pisang. Kos juga bertambah sebab semua orang dalam rantaian bekalan itu nakkan duit, semuanya nak untung, semuanya nak beli kereta, nak beli TV, nak bayar Astro Warna sebab nak tengok Maharaja Lawak. Mak Esah pun nak untung juga. Siapa nak berniaga kalau tak untung? Tapi... adalah harga RM1.50 itu boleh diterima oleh Kak Tini yang mengidamkan nasi lemak Mak Esah itu? Apa yang menariknya nasi lemak Mak Esah berbanding dengan Roti Canai Hussein Pakistan?.. Entah.. aku mana tau, tanya sendiri la...
Sayugia diingatkan, nilai itu terletak pada mata yang melihatnya (is in the eyes of the beholder...). Sesuatu yang bernilai bagi aku tak semestinya ada nilai pada mata orang lain. Value is subjective. Tapi, kita boleh ambil secara pukul rata nilai-nilai yang diterima oleh majoriti orang dan kita boleh anggap ia adalah nilai yang diterima. Faham? Tak faham sudah.
Jadi, cara mudah nak cerita pasal cost control ialah: mana-mana proses yang tidak menambah nila (added value), sila buang jauh-jauh. Proses yang tak ada nilainya, buat apa nak buat. Buang masa je. Buang duit je. Siapa nak bayar kos proses tu kalau tak ada nilainya? Pengguna yang cerdik pasti akan perasan dan tak mahu bayar kos proses yang tak ada gunanya tu.
Juga secara senangnya, mana-mana pembaziran perlu dihentikan supaya kos terkawal dan kos pengeluaran akan turun. Apa yang bazir? apa-apa sahaja yang tak perlu atau yang digunakan melebihi daripada yang diperlukan. Toyota kata ada 7 pembaziran yang perlu dielakkan. Aku malas nak tulis. Google sendiri " 7-waste".
Dan cara/metodologi nak capai pengurangan kos dengan cara di atas biasanya dipanggil Kaizen. Ada langkah-langkahnya. Sila google sendiri "Kaizen". Sepertimana tukang rumah perlukan pahat dan tukul, begitu juga dengan Kaizen. Ia ada 'tools' atau perkakasannya sendiri. Biasanya, orang guna '7-QC Tools'. Sila google sendiri.
Dan apa yang perlu kita fokuskan? Apa-apa sahaja yang boleh kurangkan kos pengeluaran (production cost) boleh mengurangkan kso produk (product cost). Kawan yang duduk di sebelah aku pernah tanya Idris Jala (masa tu belum dapat Dato') dalam satu presentation, aktiviti apa yang perlu difokuskan untuk business turn-arround? Jawabnya, apa-apa aktiviti yang boleh beri impak kepada P&L (profit & loss). Apa P&L? Sila tanya orang akaun. TasekMerah, misalnya.
Kenapa aku suruh google sendiri? Sebab benda-benda itu menjadi satu kemestian untuk setiap warga kerja kilang. Memang menjadi rutin pekerja kilang terutamanya kilang-kilang Jepun. Mungkin mereka boleh hafal metodologi itu lebih bagus daripada hafal surah As-Sajadah..!
Itu cerita-cerita biasa sahaja. Aku malas nak olah banyak-banyak.
Aku nak cerita yang lain. Aku nak cerita bagaimana Mak Esah boleh untung lebih atau turunkan harga nasi lemaknya supaya Kak Tini suka beli dan dia pula boleh ceritakan kepada orang lain. Aku nak ceritakan bagaimana Mak Esah boleh jual nasi lemaknya denganh harga RM1.20 tapi untungnya tetap sama atau lebih walau tak jual pada harga RM1.50.
Tapi.... dah panjang ni. Sakit pinggang aku nak menaip.
Lain kalilah sambung cerita.
.
14 comments:
faham?
tak faham sudah.
kakaka...
apa curi ayat aku ni bang...?
ok. nk sambung baca balik.
.
TM,
Abis tu, ko pakai trademark 'aku'...
cepat baca...
ko pernah dengar kat perlis ada satu org ni dia berniaga makan dgn harga sgt murah. macam tak masuk dek akal. kalau tak silap bayar 2 hengget, ko makanlah apa yg ko nak. lebih kurang gitu la.
aku nampak itu sbg 1 kaedah promosi sbb dia juga meniaga katering. kt kedai makan tu mungkin tak untung tp katering mungkin dapat lebih.
tapi. lg satu sudut aku nampak begini. jika sesuatu perkara itu dibuat dgn lillahitaala.... kira sedekah la sbb dia hanya dapat 2 hengget walau org makan mcm2... aku percaya, segala rezeki dan urusan dipermudahkan oleh Dia.
penat aku menaip.
tak ada kaitan plak dgn cost reduction ye dak..?
kakaka...
.
TM,
Aku pernah dengar gak dan aku rasa bukan promosi sebab masih ada lagi. Kat Shah Alam ni ada satu tempat org boleh makan free tapi kena basuh pinggan sendiri. Tokeh dia katering adan ada kedai makan gak. Aku rasa tu lebih kepada sedekah.
Yang kat Perlis tu aku rasa sebab dia pandai kawal harga bahan2 dia. Dia jumpa kekdah nak dapat barang secara murah. Ada 'lobang'...
Satu lagi, kalau dari segi business srategy, dia mungkin pilih 'cost-differentiation'... dia fokus kat kos. Kalau jenis ni, dia kena main banyak volume. Untuk sikit tapi kalau dah beribu-ribu yg datang, banyak gak dia dapat...
maksud aku. promosi tu utk business katering dia. bila org kenal dia melalui kedai makan murah tu. maka org akan kenal business katering pula.
tapi harga 2 hengget itu adalah sgt gila. aku percaya. apa pun kaedah yg kita guna. diakhirnya kita berbalik juga kepada yg dia atas sana.
azani senyap je nih..
:)
.
TM,
dia dah tido tu...
yup, aku rasa dia guna katering utk fund aktiviti tu... discount strategy...
kompeni aku pun pernah dikatakan orang buat camtu, export versus domestic market.
Tapi strategy camtu biasanya untuk market penetration (hahaha.. suka aku dengar perkataan penetration nih...)
kalau kedai makan kat Perlis tu buat permanently camtu, pelik jugak tu..
aku maerangkak membaca lah...
korang dah berdebat macam lovers quarrel...he he
sambung balik
Azani,
Lambat sangat pun masuknye...
actually
masa aku kat mse dulu..semua fee dah include dalam repair cost, consultation fee, specialist fee, labour cost, utilities, warfage, dock, etc etc..
on top of that up between 100 to 25 %
dapat kat sales dia up sampai 50%, later convert dalam USD,or UK P, or Sing $
Azani,
Hah... ko dah dapat konteks yg aku nak cerita.
Kita kena pilih salah satu perhentian dalam value chain tu.
Kini, Mak Esah tu ko. Bayangkan je la...
Bagi Mak Esah, pemborong tu dia punya supplier/trader pulak tu.. ish ish ish...
Bayangkan juga, pemborong/trader tu adalah Tier-1 dan semua nelayan, pekebun, peladang... semua tu Tier-2.
Manakala, customer Mak Esah adalah pengguna akhir... end customer...
Bila dah faham konteksnya, baru boleh bukak cerita camner nak strategize cost reduction....
hahaha...
eh, ko ada ke ni..?
Aku berjaga sebab nak tunggu ko je ni...
ada ada
teruskan
Azani,
Aku citer dalam entri baru nanti la ek?
basically, kalau kita tahu cost structure, kita boleh device some srategies...
Camner nak tackle suppliers (procurement)...
Camner nak control manufacturing cost (production)...
Camner nak keluarkan product dengan kos terkawal (product design)...
Banyak strategi tu kalau nak citer semua...
Just untuk kita fikirkan, aku beli kereta wira 1.5AT tahun 2002 harga 55k.
Sekarang, Persona 1.6AT harga lebih kurang sama...
Sedangkan dalam 9 tahun ni, harga minyak naik berapa hengget se tong. Harga besi dan semua dah naik tapi masih dapat kekalkan harga jualan atas jalan sekitar itu.
bai, ok
tak perlu stay up pasal ini..
jumpa lagi.
thanks
Post a Comment