Wednesday, 13 April 2011

Prinsip ... sampai bila ia bertahan?

.

Kadang-kadang, aku terjumpa duit syiling di atas jalan.


Ada kawan aku dulu, dia akan ambil.


Katanya, itu rezeki. Tuhan beri dengan cara itu.

Namun bagi aku, prinsip tetap prinsip. Kalau bukan milik aku, aku tak akan ambil.

Biar pun duit kertas bergulung. Malah, mungkin aku tak usik pun.




Pernah satu hari itu, di tempat letak kereta, aku ternampak duit kertas RM10 di atas tanah.


Aku lambai seorang penunggang motor yang lalu dekat situ, dan aku tunjukkan kepadanya.

Apa yang dia nak buat dengan duit tu, itu hal dia.

Janji, duit itu tidak dibazirkan nilainya begitu sahaja. Dan yang penting, aku tak langgar prinsip aku sendiri.







.

2 comments:

tasekM said...

serupa.
aku tak kan ambil.

tapi.
kadang2.
aku ambil juga.
kemudian.
aku cari mana2 tabung minta derma.
aku masukkan situ.



.

Sang Kelembai said...

TM,
Aku tak mau sentuh langsung...
Bukan hak aku, kalau boleh tengok pun tak nak... nanti kena tanya kat akhirat...