Saturday, 23 April 2011

Bertaraf global, tak perlu around the globe...

.

Menjadi satu stigma kononnya kalau nak berjaya, firma perlu pergi global. Fikiran pendeknya, ke luar negara menjadi ukuran sama ada firma itu berdaya saing atau tidak. Ada benarnya tetapi tak juga semuanya benar.


Cuba fikir, kita sibuk nak buka operasi di luar negara tetapi dalam masa yang sama, orang luar berebut-rebut nak masuk ke Malaysia nak berniaga. Kerajaan pun memberikan insentif untuk mereka demi untuk memastikan sasaran FDI (foreign direct investment) tercapai.


Sungguh pelik kalau kita beria-ia mahu ke luar negara sedangkan banyak lagi yang nak masukke Malaysia. Soalannya, apa yang mereka nampak di negara kita yang kita tak nampak? Atau mungkin kita nampak tapi buat-buat tak nampak. Buat-buat buta.


Mereka yang datang ke sini sudah tentu bersedia dengan segala kelengkapan dan otak fikiran.

Mereka datang dengan duit dan teknologi. Kita perlu tahan serangan itu dengan duit dan teknologi juga.... dengan bijaksana.. juga dengan licik.


Kalaulah kita mampu bertaraf global, sama taraf dengan mereka, kita tak perlu risau walau sesiapa pun yang datang memacakkan tiang kilang mereka di sini.

Ini kerana walaupun mereka bertaraf global dari segi kecekapan dan pengurusan, mereka tetap tidak dapat lari dari bebanan menjadi orang asing (foreigner's liability).

Mereka datang dan mereka bertarung di padang kita. Padang yang kita lebih arif dengan selok-belok, lurah dan gunungnya. Kecualilah kita terlalu bodoh sampai orang asing lebih tahu daripada kita. Sejarah telah membuktikannya. Risikan dan talibarut. Perkataan yang setaraf dengan penderhakaan.


Mereka datang dengan duit dan teknologi tetapi mereka masih menggunakan sumber-sumber kita. Sumber-sumber atuk nenek kita. Sumber-sumber yang dalam kawalan kita. Kecualilah kalau kita sendiri mengalu-alukan mereka datang dengan menaburkan bertih beras dan bunga rampai. Merelakan diri kita diperhambakan lagi... dan lagi.



Kalau kita setaraf dengan globalnya mereka yang datang, kita masih mempunyai kelebihan-kelebihan lain yang memungkinkan kita mampu menewaskan sesiapa pun yang datang.


Hang Tuah pernah melakukannya....







.

5 comments:

aza ni said...

Assalam nizam

serious , bila nak masuk politik,layak sangar dah.

tasekM said...

ok.
sekarang aku dh habis baca.



.

Sang Kelembai said...

Azani,
Aku benci politikus... tak nak sokong mulut-mulut busuk mereka.


TM,
Jadi, kita ni boleh jadi hang tuah ke tak nih..?

aza ni said...

Assalam bai
kadangkala sampah yang bertaburan didepan laman kita perlu kita sapu, walau bukan sampah dari rumah kita..

Sang Kelembai said...

Azani,
toleransi... sampai bila boleh tahan...ada hadnya