Friday, 29 April 2011

Cost minus mentallity

.

"Towkey, itu harga kasi turun sikit laa... gua pun mau juga untung maaa..."

"...ooo tak boleh, gua pun untung sikit saja maaa..."


Jawapan ikut skema yang boleh diteka dari awal lagi.



Dalam kes B2C (business to customer), biasanya harga diturunkan dengan mencantas 'margin' keuntungan penjual. Bermakna, penjual dah awal-awal lagi naikkan 'margin' keuntungan. Itu biasa kita dengar dan tahu. Makcik kat Felda pun tahu macam mana nak minta diskaun wajan dan belanga sewaktu beli belah di utara tanah air. Tak mau cerita bab yang ini. Kita cerita bab yang lain.


Dalam kes B2B (business to business), kelakuan pembelian lain sikit sebab jumlah belian dan hubungan antara 2 firma tu lain sikit. Sebabnya, hubungan B2B ni lebih kerap dan lebih kekal sikit dari B2C. Dalam B2C, bila dah beli takkan dia datang esok nak beli lagi benda yang sama. Tapi, B2B biasanya akan 'repeat order'.


Cabaran dalam B2B, tekanan terhadap kos. Selalunya, untuk kekalkan hubungan perniagaan, si penjual dan si pembeli perlu bertolak ansur tentang harga. Macam-macam terma dan syarat dibuat.


Dalam sektor perkilangan, hubungan B2B ni lebih kompleks. Istilah 'vendor' digunakan untuk si penjual dan 'client' untuk pembeli. Juga istilah 'supply chain' dan 'value chain'. Value/nilai itulah yang kita tambah dan akhirnya kita beri kepada pelanggan akhir.


Client selalu minta turunkan harga barang yang dibeli manakala vendor yang mengilangkan barang tu pula tertekan dengan kenaikan kos bahan dan kos kilang. Jadi, bila client minta turunkan harga, vendor sering beri alasan tentang kos yang meningkat. Maksudnya, jika client masih mahu beli pada harga yang rendah, vendor perlu potong sedikit margin keuntungannya. Konsep yang sama seperti 'B2C' tetapi fundamentalnya tak sama.

Kalau begitu yang dia lakukan, vendor itu telah buat satu kesilapan besar. Dan mungkin bisnes dia tak tahan lama kerana fundamental B2B tak sama dengan B2C dari segi hubungan client - vendor/customer.


Dia kena terapkan ' Cost Minus Mentallity'.


Wuihh... dah panjang. Lain kali je aku tulis pasal tu.







.

7 comments:

tasekM said...

harga naik tu aku nk salahkan kerajaan je.

ha ha.




i hate word verification!

:p

Sang Kelembai said...

TM,
Ok la.. aku dah buang.

kena ikut selera pelanggan gak baru boleh berniaga...kan?

tasekM said...

dah buang wv?

bagus.



he he.


.

Sang Kelembai said...

TM,
terima kasih kerana prihatin...

aza ni said...

Assalam zam

ini request....tolong terangkan cost reduction strategies

bila bila tak de idea baru ...nanti...eh...kau mana pernah takde idea baru...?

Sang Kelembai said...

Azani,
Cot reduction strategy ni banyak lapis strateginye. Kat level mana strategi tu? corporate atau business... ada bezanya...

Aku tulis je la...

aza ni said...

bai...aku cam kopek bawang lah...ada banyak lapis rupanya...

ok ..
aku semua telinga..im all ears