Friday, 17 June 2011

Nelayan oh nelayan.... mogok?

.







Semalam ada pasar malam di tempat aku. Oleh kerana nelayan-nelayan ada yang mogok-mogok tak nak tangkap ikan, aku beli ayam je la.


Tapi ayam pun dah naik jadi RM 8 sekilo! Wah... kumpul duit untuk raya puasa ke ni?


Kenapalah nelayan-nelayan tu nak mogok-mogok. Kalau subsidi dah ditarik balik, masukkan je lah kos minyak tu ke harga ikan bawal atau tongkol atau bilis atau apa-apa je la... janji ikan. Naikkan harga macam ayam. Atau kalau mereka cerdik sikit, cuba perbaiki kaedah tangkapan. Kalau tak boleh kerana tak cukup modal, turunlah ke laut lebih kerap. Kalau dulu turun pukat 2 kali sehari, jadikanlah 3 kali sehari baru balik ke pantai.




Kalau nak naikkan harga juga, kita tengok sama-sama berapa kerat nak beli ikan yang mahal-mahal tu. lepas tu kita tengok berapa ramai usahawan-usahawan bidan terjun yang terjun ke dalam akuakultur atau ikan sangkar atau ikan kolam.


Atau mungkin ramai orang yang beralih kepada makan ikan darat / ikan sungai. Yang mana tak reti makan ikan sepat atau puyu, kena mula tune tekak tu dengan rasa hamis. Ibu-ibu kena mula belajar masak pindang.



Kalau nelayan masih nak mogok, sila lah mogok kerana itu periuk nasi mereka. Kalau mogok, mereka juga yang tak ada pendapatan. Kalau ini semua angkara pemborong atau orang tengah yang tak nak turunkan untung sikit kasi kepada nelayan, mereka juga terima padahnya sebab kalau orang tak mahu beli ikan atau sedikit yang masih setia dengan ikan laut, mereka tak boleh berniaga. Beli ikan banyak-banyak dari nelayan lepas tu jadikan ikan kering je lah.



Aku bukan nelayan. Kalau aku tak makan ikan mereka pun, aku masih boleh makan ikan puyu dan sepat.










.

9 comments:

sepa said...

terlanjur ko dah beli ayam... beli la ayam yg makan ikan... boleh ada dua rasa... he3...

Nizam.Ariff said...

Sepa,
eh.. betul gak tu...

Temuk said...

As-Salam
Terima kasih singgah ke laman Pak Temuk. Isu 'mogok' sebab tak mendapat subsidi/bantuan ini memang rumit. Semua kumpulan yang masing-masing terikat dgn sesuatu pekerjaan mahukan subsidi. Pemilik syarikat-syarikat besar spt multi-national corporations pun mahukan subsidi dlm bentu tax relief. Menarik juga kalau ada pakar ekonomi yg boleh tolong komen dgn lebih bernas. Ketemu lagi!

Sang Kelembai said...

As-salam abang,
kalaulah kita satu penawar untuk semua, alangkah makmurnya dunia. tapi dalam suasana sekarang ni, semuanya macam pucuk enau di belukar. termasuklah aku... aku mahu hidup senang, tak semestinya kaya atau mewah tapi senang untuk ke sana dan ke sini, makan itu dan makan ini...

sepa said...

dino,
aku dapat bayangkan kenapa dak nelayan tuh mogok, sbb:
1. aku pernah ke laut tangkap ikan guna pukat-tangsi masa cuti sekolah.
2. isi minyak penuh tangki, bajet cukup utk pergi balik dah rm40. itu jam rega minyak baru rm1.05. enjin sangkut Johnson55. pukat kita lepas kat persisir jeh.
3. dapat ikan beberapa ekor jeh. yg aku ingat ada tenggiri, bawal dan beberapa ekor ikan tak glemor.
4. singgah d market (tak jauh dr muara) - tokeh sanggup bayar dlm belasan ringgit jeh. tak jadi jual. menyusur sungai nak balik, bawak bot pelan2 - bajet supaya ada dak org rumah pggl, tanyakan ikan.
5. ada sorg mamat pggl - dia borong, dia angkat semua rm28 jeh.
6. meniaga rugi. minyak tak balik, pukat-tangsi nak kena cuci. tak kira nak tampal bahagian pukat-tangsi yg terkoyak.
7. kena siggh di stesen minyak tuk esok pulak, sblm parking bot.
8. jadi nelayan nih kena byk modal sblm bertolak ke laut. tak kira bekal lunch dan lain2nya.

NM02 said...

singgah sini serang balas balik. ai follow yuuuuuu *__*

Nizam.Ariff said...

Sepa,
yang mogok tu nelayan laut dalam yang ada bot besar2... nelayan pesisir pantai dapat ikan pun sikit jer..



NM02,
selamat datang ke dunia aku yang satu lagi ni... hahaha

sepa said...

dino,
1. laut dalam lg la besar kos nya.
2. biasanya diaorg 1 mggu d laut.
3. 1 mggu lgi prepare kapal.
4. take home pay sorang2 kena rm2k sekali keluar, separuh buat beli bekal dan separuh lg utk simpan dan makan2.
5. sebulan kena dpt rm4k.
6. dlm 1 kapal ko agak brapa org.
7. kalau 10 org. hasil tangkapan kena boleh sampai rm35k sekali keluar.
8. maintenance n minyak kapal take up 50%.

Nizam.Ariff said...

Sepa,
tu sebab kerajaan kena buat tukun banyak-banyak... barulah sekali keluar dapat hasil >RM50k.

Ni tak, duit subsidi kasi kat tempat lain...