Thursday 2 June 2011

Mesin de-konstruksi dan re-konstruksi Cipan

.

Bayangkan.


Jika aku ada sebuah mesin yang boleh menghancurkan dan menyusun semula atom-atom. Atau dengan kata lain, sebuah mesin yang mampu de-construct dan re-construct atom-atom.


Di mana, aku boleh masukkan kulit pisang ke dalam mesin itu dan aku tukarkan ia kepada buah tembikai yang bulat.

Kerana ruang antara atom-atom itu itu luas, relatif kepada saiz partikel atom itu. Jika partikel atom itu sebesar bumi, jarak antara keduanya seperti jarak antara bumi dan bulan.

Apa yang membuatkan badan kita berdaging dan terasa pejal? Kerana ada daya tarikan antara partikel-partikel atom. Tanpa daya ini, partikel-partikel itu akan bersepai umpama rantai mutiara yang terputus dan jatuh di atas lantai.


Setiap benda-benda alami yang wujud ini ada struktur tertentu. Dan susunan struktur itu umpama kod rahsia. Jangan cakap DNA atau RNA sahaja yang terdiri daripada kod. Malah, DNA dan RNA itu sendiri terdiri daripada kod-kod partikel atom yang tersusun mengikut kewujudan benda-benda itu.


Kalaulah aku bisa putuskan daya tarikan itu dan kemudian aku bina semula mengikut kod struktur benda yang ingin aku jadikan, umpamanya seekor cipan, mungkin aku boleh wujudkan seekor cipan yang gemuk-gemuk.


Soal nyawa cipan itu, itu urusan Tuhan.






.

7 comments:

kucingorengemok said...

cipan mati buat apa, tak boleh sembelih buat makan... eh chup, cipan memang tak buleh makan ye?

Sang Kelembai said...

KOG,
Aku pun tak pasti boleh dimakan ke tak. Tapi, hidung dia macam hidung babi je... kalau tak belalai gajah.

Tapi aku rasa, kalau boleh dimakan pun tentu tak sedap. Kalau tak, mesti ramai yang ternak Cipan secara komersial...

sepa said...

kulit pisang > tembikai... boleh kaya bang...
kita tukar jugak kulit tebu > stevia...

tasekM said...

dlm banyak2 buah, tembikai gak yg jd pilihan.

buah nam2 la sedap wey...





.

Nizam.Ariff said...

Sepa,
Kalau ada mesin tu, gua franchais kat lu.. no problem.



TM,
Gua minat buah tembikai yang merah merenin tu... buah nam-nam apa adaaa.... kepet dan kerepot. Masam pulak tu... hahaha

aza ni said...

rasanya produk ni bagus untuk tembikai, betik,kelapa gading juga nangka...

pulasan ?

Nizam.Ariff said...

Azani,
Pulasan..? untuk gay...

hahahaha