Tuesday, 13 November 2012

Guided Brainstorming technique ... express way for The Theory of Inventive Problem Solving

.

Tajuk 1: Kreatif yang Inventif... setakat menjadi insan yang kreatif sahaja tidak cukup!


Menjadi seorang yang berfikiran kreatif, walaupun bukan mudah, ianya bukan susah tara mana pun.
Segala modal yang diperlukan sudah ada disediakan Tuhan. Supplement yang perlu ialah berdoa: minta dicetuskan ilham dan cahaya hikmah dariNya.

Kreatif yang aku maksudkan di sini bukanlah kreatif yang biasa-biasa tetapi kreatif yang inventif. Jadi, hari ini aku mahu kongsikan sedikit pengetahuan tentang 'kreatif yang inventif ' dalam menyelesaikan masalah. Masalah yang ku maksudkan bukanlah setakat masalah berkaitan alam pekerjaan dan teknikal, malah masalah yang kita mungkin hadapi seharian. Contohnya: Aku suka memasak tapi tak suka kemas dapur.

Perhatian; Bukan tujuan aku untuk mengajar tetapi nak berkongsi.

Apa dianya kreatif yang inventif?

Anda boleh cari definisi kreatif sendiri, tak perlu aku tuliskan lagi. Namun, menjadi kreatif tidak semestinya menghasilkan invention. Banyak orang tulis tentang tingkat-tingkat inovasi (level of innovation) tetapi aku lebih gemar yang ini:

  • Level 1 - Improvement (tambah-baik dari yang sedia ada)
  • Level 2 - Technical invention (mencipta sesuatu dengan menyelesaikan masalah teknikal)
  • Level 3 - Physical invention (mencipta sesuatu menggunakan ilmu pengetahuan lain untuk menyelesaikan masalah)
  • Level 4 - Technological breakthrough (mencipta satu teknologi yang baru untuk selesaikan masalah)
  • Level 5 - New Discovery (penemuan baharu seperti Penisilin, Teori Fizik dsb yang sekurun mungkin 2-3 kali saja)

Jadi, kreatif yang inventif biasanya pada Level 3 & Level 4.Manakala Level 1 & Level 2 biasanya boleh diselesaikan dengan cara Problem Solving Methodology yang biasa.

Kenapa Level 5 bukan inventif?
Kerana penemuan biasanya bukan disengajakan. Ia dikatakan penemuan kerana apa yang ditemui itu bukanlah dia yang ciptakan tetapi Tuhan telah ciptakan dan dia hanya menemui atau memahami ciptaan Tuhan itu.

Methodology yang aku nak kongsikan (kreatif yang inventif) ini telah aku ubahsuai supaya lebih mudah untuk kegunaan sehari-hari. Ianya lebih kepada logik dan ilham (untuk menyelesaian masalah berkaitan teknikal atau business, methodology tertentu perlu digunakan). Dan cara ini amat sesuai untuk menyelesaikan suatu pertembungan (contradiction).

Contoh: Aku suka makan macam-macam TETAPI aku tak nak jadi gemuk!
Contoh: Aku nak balik kampung TETAPI aku ada kerja tak selesai. 

Methodology yang aku biasa guna ialah:

Apa masalahnya  -> Bina struktur kontradiksi -> Guided Brainstorming -> Pilih penyelesaian yang sesuai.




Tajuk 2: Cara-cara selesaikan masalah secara kreatif lagi inventif...


Entri sebelum ini, aku ada dedahkan langkah-langkah yang biasa aku gunakan iaitu:
(nota: langkah-langkah ini telah disesuaikan untuk masalah yang melibatkan kontradiksi)

Apa masalahnya  -> Bina struktur kontradiksi -> Guided Brainstorming -> Pilih penyelesaian yang sesuai.

Langkah 1: Apa masalahnya?
Cuba kenal pasti apa sebenarnya masalah itu. Kadang-kadang yang ternampak cuma simptom sahaja dan bukan masalahnya. Contoh: Eh, berat badan aku dah naiklah, baju aku dah mengecut, bini aku kata aku dah tak macho. Bila diselidiki, didapati 'aku' dah kerap makan. Bukan disebabkan stress atau penyakit lain tetapi sebab suka makan. Apabila ditanya, kenapa 'aku' makan banyak, dia kata "aku suka makan, semuanya nampak sedap"

Langkah 2: Kontradiksi.

Tapi, 'aku' dah mula risau sebab bini dia kata dia dah tak nampak macho. Jadi, dia tak suka gemuk. Kontradiksi yang boleh dibuat ialah " Aku suka makan macam-macam TETAPI aku tak nak jadi gemuk "

Langkah 3: Guided Brainstorming.


Langkah ke-3 ini biasanya ialah langkah mencari penyelesaian masalah. Yang biasa kita dengar ialah 'brainstorming' dan 'mind mapping' sebagai perkakasan untuk menjadi penyelesaian. Tapi, masalahnya ialah dalam 'brainstorming' itu apa-apa sahaja menjadi kemungkinan dan kerap kali kita tak tahu nak mula dari mana.

Maka, dengan ini aku usulkan salah satu teknik untuk 'brainstorming' tapi aku panggil 'guided brainstorming'.

Kenapa 'guided brainstorming'?
Kerana kalau lepaskan semua 'brain' dalam 'storm', ditakuti nanti semuanya jadi caca-marba dalam ribut taufan. Jadi, aku rasa kita perlu buatkan satu lampu suar (beacon) atau tali atau papan tanda atau apa-apa agar orang-orang yang panik atau kelam kabut di dalam ribut itu tahu arah mana hendak dituju. Tetapi, tak boleh melanggari falsafah 'brainstorming' itu sendiri seperti 'do not pre-judge ideas'. 'free flow of ideas' dsb.

'Guided Brainstorming' juga ada falsafahnya. Secara ringkasnya begini:

"Some time, somewhere, somebody have solved your problem"


Maksudnya, masalah yang kita hadapi ini kebiasanya bukanlah unik. Ada ramai lagi manusia dalam dunia ini mungkin pernah mengalaminya dan mungkin ada beberapa orang telah berjaya menyelesaikan masalah itu. Jadi, buat apa kita nak bersusah-payah nak fikir. Kita selidik dulu bagaimana dia orang selesaikan dan cuba lihat kalau-kalau ianya bersesuaian dengan kita.

Beberapa penyelesaian itu, kalaulah diselidiki dalam-dalam, menggunakan beberapa prinsip asas atau petua.

Oleh itu, 'guided brainstorming' menggunakan prinsip-prinsip asas atau petua ini dalam aktiviti 'brainstorming'.  Prinsip-prinsip itulah menjadi lampu suar (beacon) agar para peserta yang berada dalam ribut taufan tidak caca-marba. Dengan kata lain, prinsip-prinsip ini mungkin dapat membantu mencari penyelesaiannya.



Tajuk 3: Guided Brainstorming... express inventive problem solving


Apa yang aku maksudkan dengan Guided Brainstorming ialah proses mengeluarkan idea-idea dengan memikirkan sekitar prinsip-prinsip asas yang diberikan. Perbezaan dengan classic brainstorming ialah satu prinsip akan disebut dan kita cuba menggunakan prinsip tersebut untuk mencari penyelesaian yang munasabah. Jika sudah habis difikirkan atau tiada idea yang timbul, prinsip seterusnya akan diutarakan. Jadi, sessi brainstorming akan menjadi lebih berstruktur.

Pada asasnya, cara ini digunakan oleh pengamal TRIZ dan dalam TRIZ yang original, ada 40 prinsip asas yang telah disenaraikan oleh penciptanya. Kemudian, TRIZ telah berevolusi dan para pengamalnya telah menokok-tambah sehingga menjadi lebih daripada 40 prinsip, adakalanya hingga mencecah ratusan!

Namun, ianya terlalu teknikal dan bosan. Jadi, aku senaraikan 12 prinsip asas yang paling banyak aku gunakan dan contoh-contohnya. Cukup?


Ingat! Biarkan idea keluar dan DO NOT PRE-JUDGE THE IDEAS. 
Ada kalanya idea itu sungguh tak masuk akal tetapi mungkin berguna pada satu hari nanti.

Selesaikan masalah ini: "Aku suka makan macam-macam tapi aku tak nak jadi gemuk"

1.  Simultaneous process - lakukan 2 atau lebih perkara sekaligus.
     e.g.:Makan sambil minum air banyak-banyak supaya cepat kenyang
            Makan sambil berjoging ... kalori masuk = kalori dibakar
            Makan sambil sembang dan bergurau senda ... seronok sampai lupakan makanan
            Makan sambil tidur (errk??)... ooo, mungkin untuk Astronaut nak ke Marikh, cucuk masuk air zat semasa tidur
            Makan dan gemukkan sekaligus (errk 2x?)... tak ada idea hahaha..

2.  Divide - pisahkan, pecahkan mereka atau komposisi mereka.
     e.g.: Pisah-pisahkan makanan yang sedap2 itu dan makan pada masa berlainan
             Pisahkan yang tak baik (lemak, karbo) daripada yang baik (vitamin, serat)
             Pisahkan kegemukkan dari makanan (errk?)... dan gantikan perkataan 'gemuk' kepada 'hodoh'
             Pisahkan makanan kepada beberapa bahagian dan makan hanya 1 bahagian... boleh?
             Pisahkan nafsu dari rasa nak makan (errk?)... perrgh! boleh jadi tok wali ni. 

3. Combine - gabungkan mereka.
    e.g.: Gabungkan makanan dengan dengan minuman ... sup? bubur?
            Gabungkan kegemukkan (erkk?)... letakkan orang gemuk2 di depan kita semasa kita nak makan!
            Gabungkan yang tak baik dengan sesuatu supaya tak diserap badan ... minyak+fiber?

4. Encapsulate - selaputi, bendung atau kurung mereka
    e.g.: Kurung nafsu atau rasa mahu makan... puasa? katakan "TIDAK" kepada makanan!
            Kurung diri sendiri semasa waktu lunch, dinner (errkk?)... suruh kawan kuncikan bilik dari luar... hahaha
            Selaputi makanan lazat tapi tak elok dengan sesuatu yang tak sedap (errk?)... bubuh hempedu pahit?
            Bendung lemak, karbo dsd daripada diserap masuk ke dalam tubuh
           
5. Paralel - walau pun terpisah tetapi mulakan pada masa.
    e.g.: Makan banyak-banyak, pada masa yang sama minumlah julap...
           (sila kembangkan lagi)

6. In sequence - berturutan, selepas satu baru mulakan yang satu lagi.
    e.g.: Buat sesuatu supaya masa makan, tidur dan beriadah dilakukan secara teratur
            (sila kembangkan lagi)

7. Pre-process - buat proses awalan, mana yang boleh buat, buatlah dahulu.
    e.g.: Prosess makanan awal-awal supaya lemak, karbo dsb dihilangkan dahulu sebelum dihidangkan...
            (sila kembangkan lagi)

8. Delay - lewat-lewatkan
    e.g.: Lewat-lewatkan menelan... kunyah sampai rahang lenguh dan tak boleh makan lagi dah... hahaha
           (sila kembangkan lagi)

9. Speed - percepatkan
    e.g.: Makan cepat-cepat di depan awek di restoran sampai dia kutuk dan benci, tak nak dating lagi... hahaha
           (sila kembangkan lagi)

10. Space - gunakan ruang yang ada atau ciptakan ruang baru
      e.g.: Letak pasu bunga, FM, Teddy Bear dsb di atas meja makan, biar ruang nak letak makanan tak ada...
              (sila kembangkan lagi)

11. Time - gunakan atau ubah masa
      e.g.: Ubah masa makan supaya rasa lapar dah hilang.... boleh ke?
              (sila kembangkan lagi)

12. Discard - buangkan.
      e.g.: Bila nak suap, terus campakkan ke dalam tong sampah... boleh? hahaha
 


Dimanakah elemen 'kreatif yang inventif'? Tak ada pun sesuatu yang inventif di situ?

Ok. Ianya bergantung kepada pengetahuan asas orang yang melakukan 'brainstorming', jadi apabila idea dikembangkan maka akan sampai satu tahap benda-benda yang mengarut pun boleh keluar. Dan diantara benda-benda mengarut itu mungkin ada sesuatu yang baru.

Oleh kerana aku ada asas sains, aku bagi contoh-contoh yang berikut:

1.  Simultaneous process
Cipta satu enzim yang bertindak menguraikan makanan yang tidak baik (selective enzyme which acts ONLY to bad food) ketika mengunyah lagi. Dah ada belum? kalau tak ada, dan berjaya dicipta, kita boleh komersialkan dan jadi kaya... whooaa.. .pakcik kayo! 

2.  Divide
Pasangkan satu mekanisma di dalam perut dimana minyak, karbo dsb akan di simpan pada satu sudut di dalam perut dan tidak akan diserap oleh tubuh. Jadi, makanan yang itu akan dibuangkan melalui 'pintu' lain. Bagaimana nak buat? Hmm.... mungkin 50 tahun lagi para saintis dan doktor boleh buat. 

3. Combine
Telan segerombolan 'pembawa' (carrier) yang akan melekap pada makanan tidak baik ketika di dalam perut (minyak, karbo?) dan membawanya keluar dengan cepat. Mungkin dengan teknologi nano?

4. Encapsulate
Cipta satu cecair seperti jelly yang akan 'membungkus' makanan yang ditelan, menyebabkan makanan tak dapat diproses dan diserap tubuh.
           
5. Paralel
Buat satu hormon yang mengurangkan rasa lapar atau mahu makan DAN bertindak secara automatik setiap kali ada rasa keinginan mahu makan. Dan ianya boleh dilaraskan kekuatannya dan masanya, yakni boleh diprogramkan oleh diri sendiri.

6.... 7... 8.... 9....10....11.. ( pagi-pagi ni malas nak fikir.. hahaha)

12. Discard
Tebuk satu lubang pada esofagus dan letakkan satu injap bio yang diperbuat daripada otot-otot yang boleh dikawal-perintah oleh otak. Setiap kali kita telan, makanan akan disalur-keluarkan ikut situ, jadi makanan tak sempat sampai ke dalam perut. Tapi, kalau kita makan sayur, tutup injap itu dan makanan akan masuk ke dalam perut. Ada berani?


Dan langkah terakhir ialah....

Langkah 4 - Pillih penyelesaian yang difikirkan sesuai.
Ada penyelesaian yang mungkin tidak boleh dibuat pada masa sekarang kerana ilmu dan teknologi belum wujud lagi tetapi pada satu hari nanti mungkin teknologi itu ada dan penyelesaian itu boleh digunakan. Mana tahu, kan? Masa kita kecil dahulu mana kita boleh fikirkan yang telefon, TV, Radio dan internet boleh digabungkan dan menjadi sekecil saiz tapak tangan? Segala kemungkinan boleh berlaku.


Sekian. Silakan mencubanya.


************************************************************
Kepada yang ingin tahu prinsip-prinsip asal Inventive Problem Solving atau TRIZ (teoriya resheniya izobretatelskikh zadatch)  bolehlah rujuk kepada pautan-pautan ini:
Kalau nak tahu apa itu TRIZ, sila rujuk wikipedia di sini...

Nota:
  • Guided Brainstorming bukanlah sebahagian dari 40 prinsip-prinsip TRIZ tetapi adalah cara yang diciptakan untuk memudahkan prinsip-prinsip itu digunakan.
  • Methodology yang aku paparkan disini BUKANLAH methodology TRIZ yang asli tetapi telah aku ubahsuai untuk memudahkan mereka yang tak mempunyai asas teknikal. (This methodology IS NOT the original TRIZ) 
  • Penulis (ehem-ehem!) adalah pemegang black belt kaler hijau dalam amalan TRIZ.
*****************************************************


.

4 comments:

amn said...

ron, aku pasti kau dah black belt lean sigma 6, macam mudah kau bentangkan

amn said...

ron, aku pasti kau dah black belt lean sigma 6, macam mudah kau bentangkan

Nizam.Ariff said...

azani,
aku tak ambik 6sigma... terlalu analytic... aku tak berapa gemar. aku suka free flow...

شركة تنظيف منازل0550171619 ضي الرحمن said...

شركة كشف تسربات المياه بالقطيف