Saturday 31 December 2011

Roti Gardenia versus Massimo bertarung hebat....? Siapa yang menang?

.


Aku beli Roti Massimo atas dasar ianya lebih sedap dan lebih murah. Bak kata orang barat, 'value for money'. Dengan populariti yang diberikan oleh masyarakat kepada Roti Massimo, aku dapat jangkakan apa yang berlaku kepada kilang roti Gardenia.


Roti mempunyai 'shelf-life' yang singkat. Roti putih seperti itu cuma boleh bertahan selama seminggu paling lama. Oleh itu, Gardenia mengeluarkan roti putihnya hari-hari untuk menambah atau menukar roti yang cukup tarikh. Bayangkan apa yang Gardenia alami apabila 2 minggu roti putihnya tak bergerak di rak-rak di kedai-kedai serbaneka. Aku syak, akan berlambaklah bekalan  roti gula iaitu roti putih yang dikeringkan dan di tabur gula dan majerin. Tak apa, memang sedap pun kalau dicicah dengan kopi O panas...


Aku tak tahu pula cerita persaingan Gardenia dan Massimo ini sampai melalut-lalut ke perkauman. Sampai ke parti-parti politik. Sampai dikaitkan dengan DAP, dikaitkan dengan Anwar Ibrahim. Sampai dikaitkan dengan Syed Bukhari dan Robert Kwok.

Sila lihat cerita yang ini....



Sampai begitu sekali demi sebuku roti putih?

Gardenia pun, kenapa tak pandai nak kawal harga? Ohhh.... sebab kilang tepung orang lain yang kawal? Dia beli dari Malayan Flour Mill (MFM) yang beroperasi di Lumut, Perak. Di dalam suratkhabar Berita Harian bertarikh hari ini, ada satu muka surat pernyataan oleh Gardenia tentang ini.


Aku kenal MFM itu sebab aku pernah berada di kilang itu selama 4 bulan, tahu selok beloknya. Aku tak pasti kalau ada kilang MFM yang lain selain dari di Segari, Lumut itu.


Alaaaa.... Massimo tu pun sampai bila dia nak beri diskaun (harga RM4 tapi harga promosi RM2.50). Lama-lama, dia naikkan baliklah. Masa itu, mungkin aku berhijrah semula ke Gardenia.


Tapi betullah.... Roti putih Gardenia tu agak padat dan keras. Memang bagus sebab cepat kenyang tetapi keras sangat. Elok juga kalau Gardenia lembutkan sikit. Dia pun boleh untung sikit sebab bubuh banyak yis bagi ringan...


Apa-apa pun, tak ada ke yang nak bersaing dengan 'Roti Benggali' atau Roti Pound?








.

Monday 19 December 2011

Pengguna tak asing sisa pepejal akan didenda

.



Pengguna tak asing sisa pepejal akan didenda


2011/12/19

PUTRAJAYA: Orang ramai akan diwajibkan untuk mengasingkan sisa pepejal masing-masing yang boleh dikitar semula dalam tempoh tiga tahun lagi dalam usaha kerajaan mengurangkan jumlah sisa pepejal di negara ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung, berkata bagi merealisasikan hasrat itu, kementerian akan mewujudkan sistem kutipan sisa pepejal yang boleh dikitar semula sekali seminggu bermula 1 September 2012 di semua negeri di Semenanjung kecuali Selangor, Pulau Pinang dan Perak.

sumber: bharian.com.my




Patutlah bagi tomg sampah percuma. Tak apa, ianya memang patut dan perlu disokong. Di negara Jepun, sisa pepejal ini telah siap-siap diasingkan oleh tuan rumah.

Elok juga tu, bayangkan kalau perut ikan dan ayam dicampurkan sekali dengan plastik chup-pa-chap dan kotak pizza, tentu payah nak diasingkan oleh loji sampah.

Tapi, elok juga dibuat penambah-baikkan lagi...

Kalaulah dah tau sampah domestik berpunca dari dapur tu membusuk dan telah siap-siap diasingkan, apa salahnya kerapkan diambil sampah jenis itu.



Pasal denda pula... err... takkan nak di denda?

Nak denda sapu sampah sekitar kawasan perumahan ke?





.

Sunday 11 December 2011

Aura Aeron ...

.

Malaslah nak cakap.... karang kata kami saudara pulak.








Keh keh keh....




.

Wednesday 23 November 2011

Lelaki lebih pandai masak... ??

.

Bukan aku yang cakap. Itu Harian Metro yang cakap.



Lelaki lebih pandai masak

Oleh Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my


WALAUPUN dapur lebih dikenali sebagai ‘wilayah wanita’ tetapi sentuhan tangan lelaki yang jarang dapat beraksi di gelanggang kecil itu kadangkala mampu menghasilkan masakan yang unik dan menarik.

Itulah yang disaksikan di Gerai Hati di Karnival Gegaria Harian Metro (KGHM) 2011 di Kepala Batas, Pulau Pinang hujung minggu lalu apabila tiga hadiah utama Pertandingan Masakan disapu bersih kaum lelaki sekali gus membuktikan air tangan golongan itu lebih menarik dan memikat juri.


Kalah menang adat pertandingan, itu kata-kata yang dipegang pemenang utama, Rosli Abdul Majid, 50, yang terharu selepas diumumkan sebagai pemenang.

Katanya, tujuan asalnya menyertai pertandingan itu kerana minat dan ingin bertemu chef idolanya, Chef Zaidah namun terkejut dengan keputusan berkenaan.  [lagi...]

 dari myMetro- online





.




Sunday 20 November 2011

Gigi punya cerita...

.

Gigi adalah 'tool'.

Perkakasan yang diperlukan untuk mengunyah. Ia adalah perkakasan asas yang dijadikan Tuhan untuk manusia dan beberapa ratus ribu jenis binatang lagi. Perkakasan yang kegunaannya sungguh 'simple' dan penyelenggaraannya secara relatifnya juga mudah. Oleh kerana gigi adalah salah satu perkakasan asas untuk hidup, ia kerap kali tidak diambil peduli.


Itu dulu. Dulu itu bermaksud beratus-ratus tahun dulu.



Apabila gigi dikaitkan dengan kecantikan wajah, segala-galanya pun berubah.

Kini gigi merupakan aset yang penting untuk dijaga. Bila dah dikaitkan dengan kecantikan, gigi dah menjadi aksessori yang penting. Bila dah penting, selenggaraan pun dah jadi mahal. Macam-macam ada.



Satu lagi perkara asas dalam kehidupan yang dulunya tidak diberikan perhatian, seperti cerita gigi tadi, ialah KETIAK...


Apabila KETIAK mula dikaitkan dengan kecantikan, apakah yang bakal terjadi agaknya ???...






.

Wednesday 9 November 2011

Bagai kera sumbang mendapat bunga Ros yang wangi...

.


Segala-galanya, aku rasa, akibat dari konsep perpaduan ala 1Malaysia.


Sedikit demi sedikit pihak-pihak tertentu mula menyuarakan pendapat mereka yang dikatakan bersandarkan konsep 1Malaysia. Menyuarakan pendapat mereka juga sebenarnya menyerlahkan apa yang ada dalam fikiran mereka.


Dah macam-macam.

Terbaru, isu korban LEMBU di khalayak ramai yang dikatakan boleh menyebabkan rasa kurang enak di kalangan agama lain. Melalui konsep 1Malaysia, adakah nanti orang Islam hanya berkorban binatang ternakan 4 kaki yang lain? Kambing, Rusa dan Unta sahaja? Ataukah sekadar Ayam (untuk satu mazhab itu)?.



Kelegaan bukaan tak sampai pun 10cm , mereka telah berjaya meneran keluar dan meloloskan diri dari rahim. Senak perut ibu weh....





.

Wednesday 2 November 2011

'Perarakan Pelangi' ... secantik namanya?

.


Ayam jantan kalau jumpa ayam jantan yang lain pasti akan bergaduh.

Singa jantan kalau jumpa singa jantan yang lain akan bergaduh juga.

Tak payah binatang besar-besar.

Ikan laga jantan kalau dihadapkan dengan ikan laga jantan yang lain, masing-masing nak bergaduh.

Itu fitrah.


Semuanya menjaga kawanan seks masing-masing dari dicerobohi.

Itu fitrah.


Kalaulah manusia jantan dan manusia jantan berkongsi alat seks untuk main sama-sama? Aku main kau, kau main aku?

Itu bukan fitrah.



Cuma aku tak pasti sama ada singa betina kalau jumpa singa betina jadi bergaduh atau tak...


hahaha....






.

Wednesday 26 October 2011

Halalhub.... yang haram boleh halal ?

.

Tadi.

Sambil-sambil buat kerja pejabat di rumah, telinga aku mendengar satu rancangan tentang halal hub dan vaksin yang haram.

Cuma aku musykil dengan skrip yang dibacakan oleh komentar rancangan tersebut.

Mengikuktnya, banyak vaksin yang didapati sekarang ini bersumberkan yang haram. Dengan inisiatif kerajaan untuk melebarkan sayap produk halal dalam bidang farmasutikel, bidang vaksinasi juga diceburi.

Menurutnya lagi, buat masa sekarang mendapatkan vaksin yang halal adalah sukar.

Oleh itu, dibolehkan menggunakan vaksin dari sumber haram itu.


Katanya lagi, " dalam keadaan darurat, perkara yang diharamkan itu menjadi halal "



errr.... bukankah sepatutnya, " dalam keadaan darurat, perkara yang haram itu boleh diharuskan...." ?


Aku keliru ...





.

Thursday 20 October 2011

Sekarang musim demam.....

.


Sekarang musim demam, ramai kawan-kawan dan saudara yang demam-demam.


Aku tak hairan sangat.


Sebab sekarang ini musim sedang beralih.


Musim peralihan monsoon.


Dari Monsoon PR12 ke PR13...


Dah reda Monsoon PR13 tu nanti, eloklah demam-demam tu....









.

Tuesday 18 October 2011

Jaminan sepanjang hayat...

.

Aku konpius... berkenaan Jaminan Tingkap Kuasa PROTON.


Sekejap kata "Jaminan Sepanjang Hayat"

Di tempat lain tulis " Jaminan 10 tahun "



Dalam erti kata lain, hayat kereta PROTON secara rata adalah 10 tahun.

Fin.





.

Saturday 8 October 2011

Saturday 10 September 2011

Apa yang salahnya ?

.


Ada satu drama tentang seorang lelaki yang baru balik belajar di Mesir dalam bidang Agama menjadikan satu kampung kalut dengan pendirian dalam hal-hal hukum-hakam.


Banyak teguran yang dibuat agak keras tetapi benar, orang-orang kampung yang dah terbiasa dengan 'adat islam' memandang sinis.







Dalam satu babak diatas itu, perempuan itu tanya apa pahala solat Terawikh untuk malam yang ke enam. Si lelaki beristigfar panjang dan terjadilah dialog di atas itu. Lelaki itu kata solat terawikh bukan untuk pahala dan ganjaran tetapi keikhlasan. Tapi, skrip itu diolah lagi seolah-olah pandangan lelaki itu sungguh 'asing'. Apa salah dia?


Memang benar, kita dididik dari kecil lagi bahawa kalau buat baik akan dapat pahala. Kalau buat ibadah dapat pahala. Malah ada amalan-amalan tertentu yang diberikan taraf-taraf pahalanya seperti 70, 700, 7000. Memang benar sebab itu ada dalam hadis. Tak ada salahnya pun.


Tetapi untuk orang yang benar-benar ikhlas beribadah, soal ganjaran adalah seperti satu 'rasuah'. Malah sesetengah ahli abid merasakan berharap akan ganjaran akan MEMUSNAHKAN keikhlasan.


Aku pernah dengar kawan berkata, ganjaran pahala adalah motivasi untuk mereka yang novis, seperti kanak-kanak yang ditawarkan gula-gula sebagai upah untuk buat sesuatu.

Sedangkan untuk orang yang dewasa yang professional sepatutnya tak perlukan semua motivasi semua tu. Bukankah niat pun ada sebut "... lillahi ta'ala' ?


Bagi sesetangah ahli tarekat yang pernah aku kenal, meminta ganjaran syurga pun boleh menghapuskan keikhlasan kerana apa yang sepatutnya mereka mahu ialah 'memandang wajah Allah' di akhirat kelak.


Entahlah........






.

Thursday 25 August 2011

Nak hantar bungkusan pun kena beratur?.... Pos Laju

.


Seingat aku, kalau setakat nak beli setem dan nak hantar bungkusan tak perlu pun beratur dan ambil nombor giliran.

Sekarang ni dah berubah. Pos M dah melakukan transfomasi. Salah satu transformasi mungkin ini:







Bayangkan, aku kena ambil nombor hanya semata-mata nak pos satu bungkusan yang katanya boleh dijamin sampai keesokkan harinya*. Bila aku tegur brader di sebelah, dia pun tengah tunggu gilirannya dipanggil. Aku tanya, nak hantar apa? Brader tu unjukkan sekeping envelop kecil berwarna perang.


Oleh kerana tunggu lama sangat, aku pun blah ke Pos M yang lain sebabnya aku ingat cawangan yang ini mungkin kekurangan kakitangan. Rupa-rupanya, sama sahaja. Kena ambil nombor giliran.






Bila aku tanya pegawai di situ, dia jawab memang kena ambil nombor giliran. Ada tambahan pula tu, hantaran tak dijamin sampai sebelum raya kerana banyak sangat bungkusan.


Apalah punya mentaliti. Memanglah satu masalah kepada Pos M bila terdapat lambakan bungkusan TETAPI itu adalah masalah yang positif! Maksudnya, peluang untuk dapat revenue lebih. Sepatutnya Pos M berdoa supaya hari-hari akan menguruskan bungkusan yang berlambak-lambak. Ini tidak, seolah-olah leceh nak uruskan bungkusan yang berlambak. Pos M tak nampak itu duitkah?


Itu belum lagi suruh Pos M uruskan sampah sarap. Orang lain siap tulis " I Love Garbage " pada lori sampah kerana dia tahu lagi banyak sampah lagi banyak duit dia boleh buat. Kalau Pos M...? mungkin dia suruh orang yang nak buang sampah ambil nombor giliran. kemudian, bila dekat raya, dia mungkin kata " tak jamin sampah boleh diambil sampai minggu depan.."




Sebenarnya, kalaulah Pos M sukar untuk menguruskan bungkusan yang kejap banyak kejap sikit, baik rasionalisasikan sahaja Pos L. Hanya cawangan Pos M tertentu sahaja yang uruskan Pos L. Tak perlu semua ada di semua cawangan. Dan jadikan perkkhidmatannya di cawangan itu tip-top!


Mentaliti.... perlukan transformasi juga.








.


Wednesday 10 August 2011

Berzakat dan bersedekahlah kamu ketika kamu masih mampu...

.


Cerita 1 di Selangor:

Bulan ramadhan adalah bulan di mana pusat zakat akan mengutip zakat Fitrah. Seorang kawan bercerita pagi tadi tentang bagaimana agen-agen pengutip zakat Fitrah ini berebut-rebut kawasan. Siap halau -menghalau kerana mahu kawasan kutipan yang selesa dan baik.

Berebut untuk mendapat kawasan tumpuan ramai untuk diletakkan meja kutipan zakat Fitrahnya. Apakah motivasinya sampaikan berebut-rebut dan halau-menghalau sesama 'Amil zakat?

Komisen sebagai seorang 'Amil ?




Cerita 2 di Selangor:

Seorang kawan, seorang bekas pelajar IPTA, bercerita pagi tadi juga tentang bagaimana seksanya untuk mendapatkan haknya dari pusat zakat. Dia mahukan sedikit bantuan dari pusat zakat untuk membiayaai kehidupannya sebagai seorang pelajar dan menurutnya ia punyai hak.


Yang dikesalinya, untuk mendapatkan haknya itu dia terpaksa menempuh pelbagai birokrasi: tanda tangan Tok Ketua, surat beranak ibu bapa, jupa orang itu dan orang ini untuk tanda tangan dll...


Dengan kata lain, payah sangat nak dapat. Sampaikan dia berkata kepada wakil pusat zakat itu, " payah sangat macam nak minta duit dari mak awak ! "






Kenapa boleh jadi begini? Wang kutipan tak cukup? Itu biasa kita dengar. sampai bila pun tak pernah cukup. Berapa yang cukupnya? RM1 billion cukup? Tak.


Sedangkan dalam buletin zakat yang dihantar kepada pembayar zakat dengan gah diceritakan berapa jumlah kutipan, projek-projek yang dijalankan, bangunan-bangunan yang disewakan, berapa tajaan pelajaran untuk ke Mesir...

Sesekali pusat zakat perlu di audit. memang benar di dalam sana semua orang bertaraf 'Ostaz' yang hadis dan Quran dihujung lidah mereka, tetapi mereka juga bukan nabi... mereka ada dugaan, ada rintangan, ada ujian yang Tuhan berikan.

Salah satu ujian yang mungkin ialah: diantara  orang sekampung dan orang yang tak dikenali datang meminta zakat, bolehkah dia benar-benar berlaku adil?


Rasuah bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit. Rasuah juga boleh wujud dalam bentuk penyalahgunaan kuasa... dengan kata lain, kurang amanah.








.

Saturday 30 July 2011

Dilema si Pengembara yang tersesat....

.


Seorang pengembara telah sesat di padang pasir.

Selama pengembaraannya itu, dia hanya ditemani oleh seekor kambing dan seekor anjing.


Kambing itu memberikannya susu.

Anjing itu pula menjaga keselamatannya sebagai 'mata-mata'.


Setelah beberapa lama sesat di padang pasir yang tandus, pengembara itu hampir-hampir kehabisan makanan.

Kini dia menghadapi dilema:

patutkah dia korbankan kambingnya untuk makanan dia dan anjingnya sedangkan selama ini kambingnya itulah yang memberikan susu untuk diminum?

Ataukah dibunuh sahaja anjingnya supaya tak perlu berkongsi makanan sedangkan selama ini anjingnya yang memastikan keselamatannya?

Dan pengembara itu tahu bahawa makanan dan keselamatan, kedua-duanya, adalah penting untuk terus hidup.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dia ambil keputusan untuk membunuh dirinya,

kerana tidak sanggup membuat keputusan
selain membunuh dirinya.



Itu mungkin aku, secara harafiahnya... dalam situasi sekarang ini.

haih....!




.

Saturday 23 July 2011

Banyak orang buat duit daripada duit tapi tak banyak yang berani buat

.

Kalaulah gua seorang 'trader', model perniagaan gua nampak mudah: beli barang dari pemborong besar dan jual kepada peruncit. Dalam kaedah jual beli begini, kredit adalah satu kemudahan. Ya lah, takkan asyik nak beli-bayar tunai, beli-bayar tunai. Lebih senang kalau beli-beli-beli baru bayar tunai. Tak lah asyik ulang-alik ke bank saja maaa...

Maka, keluarlah satu istilah terma kredit 'credit terms'. Gua ambik barang dari lu tapi gua bayar lu hujung bulan. Pasti towkeh pemborong tu kata: lu jangan langsi. Lu boleh hutang tak lebih RM1,000. Jadi, gua boleh hutang barang maksima bernilai RM1,000 dalam sebulan.


Tapi, bila gua jual kepada peruncit pula, gua kata: lu ambil barang gua tak lebih RM250 dan lu kena bayar dalam masa satu minggu. Kalau tak, gua pancung..!


Kalau gua untung 10% setiap jualan, gua dapat RM1,100 akhir bulan dan bayar towkeh pemborong RM1,000. Gua untung RM100.


Yang lebih penting, berapa modal rolling-stone gua? Tak ada. Gua tolong jual barang towkeh dan dapat komisen.




Aha..! Ada satu lagi cara gua boleh untung.

Gua bayar towkeh pemborong hujung bulan, baik gua bayar bila sampai hujung bulan saja maaa... Peruncit bayar gua akhir minggu, gua simpan duit tu di dalam bank dulu maaa... gua boleh simpan 3 minggu, jumlahnya RM750. Gua simpan, gua dapat bunga maaaa... gua cari bank yang boleh kasi 'daily compounded' yang kira bunga hari-hari maaa...

Cukup bulan baru bayar towkeh pemborong loh...

Jadi, gua dapat untung komisen dan dapat bunga maa... yang penting, bukan modal duit gua, itu semua duit towkeh maaa....


Bayangkan kalau bisnes gua juta-juta dan terma kredit gua pun juta-juta .... berapa banyak bunga gua dapat?




Haiyaaaa.... itu meniaga pre-paid card macam itu TnG dan 'bayar dulu makan kemudian' macam itu Lestoran Lairsia, pun manyak untung. Kastemer bayar gua dulu maaa... gua simpan dalam bank, dapat bunga. Bila kastermer pakai baru bank charge maaaa... bank kasi gua 30 hari baru bayar, gua boleh simpan lagi maa...

Haiyaaaa.. itu celita lain kali laa...






.

Sunday 17 July 2011

The new Imelda Marcos in the making....?

.

In Malaysia...?


Hmmm.......


I don't know what to believe, to comment or anything.


I can only say " hmmmm..... "


And that is not a hymn, nothing close.




I hope those bling-bling things are just sponsorships. I just hope. I don't have facts.

Ye lah, if I own a company producing handbag, for example, I should ask somebody at the top and probably celeberaties to bring my handbag wherever they go. They might refuse because my handbag is not Coach or those belong to Valentino's.

I even pay them to use my handbag because of good promotion.



But again, I just hope.







.

Melayur...............

.

Zaman dulu...

Nak tahu dah ngam cantik, daunnya dimasak hingga cukup layu tapi tak terlalu layu. Cukup sekadar menjemur padi sehingga kering. Kalau terlebih, tak sedap. Kalau terkurang pun tak sedap.

Jadi, yang betul-betul tau hanya orang yang tahu melayur daun itu sahaja. Ianya amat payah untuk direplikasikan oleh orang lain.


Beberapa lama kemudian, ada seseorang yang mengkaji tahap layu daun yang sedap-sedap dimakan itu. Didapati kelembapan adalah 50%. Maka, dijadikanlah standard. Melayur daun biarlah sehingga 50% kelembapannya.


Beberapa puluh tahun pun berlalu lagi...

Yang mereka tahu hanya 50%...

Mereka tidak tahu bagaimana rupa daun yang layu dengan kelembapan 50% itu.

jika alat pengukur itu hilang, sahih daun itu dilayur dan rasa tak sedap.



Itulah dia ... antara seni dan sains.

antara kemahiran dan pengetahuan...






.

Saturday 9 July 2011

masing-masing tidur dalam kereta... aparaaaa....

.

kanan kiri depan belakang semuanya sangkut maut.


Nak gerak sana gerak sini semuanya terbantut.


menyusahkan sungguh..!!!

Nak buat kat KL, pergilah buat kat sana.


Apahal sampai kat depan Summit USJ pun ada???


Aku nak tengok wayang pun hampir terlepas...




Bullshit...!!!!!!!!!!!






Tak... aku tak marah kat sesiapa...




Aku cuma geram kat orang yang suruh polis buat roadblock tu...
















.

Thursday 30 June 2011

Adegan geget menggeget... huishh..

.



KUANTAN: Seorang penoreh getah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan di sini, semalam, atas tuduhan mencederakan isterinya dengan menggigit kemaluan wanita itu selepas enggan mengadakan hubungan seks pada 21 April lalu.


Sebelum kejadian, wanita itu dikatakan sedang tidur dan dikejutkan tertuduh yang mahu mengadakan hubungan seks tetapi ditolak isterinya dengan alasan tidak sihat. Tertuduh bagaimanapun tetap memujuk isterinya tetapi sekali lagi ditolak menyebabkan dia naik darah dan menggigit kemaluan isterinya hingga meninggalkan kesan. 


 punca: myMetro





Aku rasa dia ni dah stim lebih-lebih nih....

Kesian kat dua-dua mempelai ni.










Thursday 23 June 2011

Dunia semakin canggih...!

.


Kalau dulu salah parking, paling kuat pun majlis bandaraya selit kertas saman di pengelap cermin kereta. Bayar atau tak bergantung pada ketulusan hati pada masa tu. Biasanya tak bayar. Kalau tak bayar pun, apa yang majlis boleh buat. Takkan dia nak hafal semua nombor plat kenderaan.


Bila sistem komputer ada, kalau buat kesalahan kali kedua, majlis dah boleh kesan. Malu sikitlah kalau dua kali kantoi...!


Sekarang, dengan kemajuan teknologi digital, saman akan dikeluarkan dan gambar kereta juga diambil.

Jangan buat pasal tak nak bayar saman, kelak tak boleh buat roadtax. Semua dah linked.


Pada masa depan, cap jari juga diambil untuk bukti yang lebih kukuh. DNA juga dicari. Pada masa depan, penguatkuasa majlis perlu mempunyai kelengkapan untuk ini.






Mana tau kalau-kalau boleh terjumpa kereta yang terbabit dengan jenayah...






.

Tuesday 21 June 2011

Daun Ketum dan Gam akan diwartakan sebagai racun atau dadah?

.

imej: googleimage




Daun ketum tumbuhnya melata-lata. Tak kurang juga yang sengaja ditanam, seperti abang aku yang ada 3 pokok di belakang rumahnya. Nak kata apa lagi, dah memang pokok ketum itu pokok hutan sekunder.


Air daun ketum ada komposisi koloid yang memberi kesan seperti ubat kepada manusia, juga racun. Namun, kemudaratan air daun ketum hanya ketara jika diambil secara berlebihan, dengan kata lain, jika disalah guna.


Abang aku dan aku minum kira-kira setengah gelas air daun ketum yang telah direbus dengan pokok misai kucing dan diminum 2 kali sehari. Dengan mendisiplinkan cara pengambilannya, air daun ketum dikatakan berupaya memberi 'booster' kepada tubuh badan. Badan terasa bertenaga. Namun aku tak pasti sama ada ianya kesan dadah atau ianya memang berupaya membantu menukarkan gula / lemak kepada tenaga. Yang aku pasti, abang aku yang kerap meminumnya kelihatan tegap dan berat badan terkawal. Tak gemuk.


Malah, ia juga digunakan untuk menurunkan paras gula dalam darah, bagus untuk pesakit kencing manis. Ada buktinya walaupun bukan kajian ilmiah. Ada kawan-kawan abang aku yang paras gulanya tinggi dan sering ke klinik. BIla minum air daun ketum, paras gulanya rendah dan terkawal.


Aku faham. Tindakan kerajaan untuk mewartakan daun ketum sebagai racun / dadah adalah berdasarkan keburukkan mengatasi kebaikan akibat penggunaan tanpa kawalan, bukan atas dasar daun ketum itu daun yang langsung tak berguna kepada masyarakat.


Kerajaan boleh mewartakanya tetapi bagaimana nak kuatkuasakannya?

Kalau dadah, bolehlah dikawal pintu-pintu masuknya. Tetapi, pkok ketum ini berlambak di dalam hutan dan di belakang rumah-rumah. Takkan kerajaan menerusi RELA sanggup ceroboh tanah orang kampung dan tebang semua pokok itu.


Bukan setakat itu, kerajaan melalui RELA perlu ronda setiap tahun untuk mencari anak-anak pokok ketum yang tumbuh secara sukarela dan membunuhnya.


Berapakah kos yang perlu ditanggung kerajaan melalui duit pembayar cukai seperti aku untuk melawan tumbuhan yang tumbuh secara semulajadi ini?



Ataukah ada pihak-pihak yang sengaja mahu membolot kebaikan pokok ketum untuk dijadikan ubat farmaseutikal dan dijual secara komersial.

Dijual secara komersial oleh syarikat farmasi dengan lesen yang sah sedangkan pak dukun yang memberi preskripsi untuk ubat yang sama akan ditangkap dan dijel?







.

Friday 17 June 2011

Nelayan oh nelayan.... mogok?

.







Semalam ada pasar malam di tempat aku. Oleh kerana nelayan-nelayan ada yang mogok-mogok tak nak tangkap ikan, aku beli ayam je la.


Tapi ayam pun dah naik jadi RM 8 sekilo! Wah... kumpul duit untuk raya puasa ke ni?


Kenapalah nelayan-nelayan tu nak mogok-mogok. Kalau subsidi dah ditarik balik, masukkan je lah kos minyak tu ke harga ikan bawal atau tongkol atau bilis atau apa-apa je la... janji ikan. Naikkan harga macam ayam. Atau kalau mereka cerdik sikit, cuba perbaiki kaedah tangkapan. Kalau tak boleh kerana tak cukup modal, turunlah ke laut lebih kerap. Kalau dulu turun pukat 2 kali sehari, jadikanlah 3 kali sehari baru balik ke pantai.




Kalau nak naikkan harga juga, kita tengok sama-sama berapa kerat nak beli ikan yang mahal-mahal tu. lepas tu kita tengok berapa ramai usahawan-usahawan bidan terjun yang terjun ke dalam akuakultur atau ikan sangkar atau ikan kolam.


Atau mungkin ramai orang yang beralih kepada makan ikan darat / ikan sungai. Yang mana tak reti makan ikan sepat atau puyu, kena mula tune tekak tu dengan rasa hamis. Ibu-ibu kena mula belajar masak pindang.



Kalau nelayan masih nak mogok, sila lah mogok kerana itu periuk nasi mereka. Kalau mogok, mereka juga yang tak ada pendapatan. Kalau ini semua angkara pemborong atau orang tengah yang tak nak turunkan untung sikit kasi kepada nelayan, mereka juga terima padahnya sebab kalau orang tak mahu beli ikan atau sedikit yang masih setia dengan ikan laut, mereka tak boleh berniaga. Beli ikan banyak-banyak dari nelayan lepas tu jadikan ikan kering je lah.



Aku bukan nelayan. Kalau aku tak makan ikan mereka pun, aku masih boleh makan ikan puyu dan sepat.










.

Thursday 16 June 2011

Memilih tandas yang betul

.

Dalam banyak-banyak tandas, aku akan pilih tandas yang satu itu: yang pintunya hanya bersendalkan sebaldi air.


Pada pendapat aku, tentu tak ramai yang guna tandas yang dah rosak pintunya sebab tak terfikir macma mana nak tutup pintu tandas itu.


Mungkin pada orang lain, ianya satu kerosakan tapi bagi aku itu satu peluang. Peluang untuk menggunakan tandas yang kurang orang guna.


Jadi, setiap kali aku ke tandas, aku akan guna yang itu.


Tapi, kalau orang lain pun fikir macam aku... habislah...








.

Tuesday 14 June 2011

Berat sungguh bahu memikulnya....

.

Akibat 'kemalasan' beberapa orang guru untuk membuat perancangan, beban buku teks dan latihan sekolah terpaksa anak aku tanggung.


Dah beberapa kali anak aku mengeluh yang beg sekolahnya berat. Dan beberapa kali juga aku suruh dia tanya cikgu untuk kelas yang berikutnya buku apa yang patut dibawa.


Masalahnya, cikgu tak tetapkan buku apa yang akan diguna untuk kelas-kelas pada hari-hari tertentu, atau tak bagi tau apa yang akan diajar untuk kelas seterusnya. Contohnya, BM pemahaman, penulisan...


Oleh kerana tiada perancangan oleh cikgu, anak aku terpaksa bawa SEMUA buku BM yang ada kerana tidak mahu di 'chop' sebagai 'pemalas' atau 'kurang ajar' kerana tak bawa buku.


Aku tanya anak aku, kawan-kawan lain macam mana? Dia kata, ada yang tinggalkan buku di dalam meja. Aku pun suruh dia ikut begitu tapi dia kata, tak selamat sebab boleh hilang. Lagi pun, elok ada di rumah sebab boleh ulangkaji pelajaran. Betul juga tu.


Kalaulah cikgu-cikgu yang 'malas nak merancang' itu berfikir sejenak apa yang akan diajar untuk kelas seterusnya, alangkah senang? Tak adalah tulang belakang murid-murid tu bengkok bila tua nanti. Atas 'kemalasan' cikgu itu untuk berfikir sejenak, ramai murid yang jadi mangsanya... tak bertanggungjawab sungguh.


Aku pun belajar juga dulu. Tapi seingat aku lah, bila kelas berakhir, cikgu pasti akan beritahu apa yang akan diajar pada kelas seterusnya. Ada juga cikgu yang dah siap-siap buat 'time-table' untuk pelajaran itu patut bawa buku apa. Bukankah senang?


Bilalah cikgu-cikgu YANG ITU nak berubah? Tak apa, sikit hari nanti nak ambil kad pelajar. Aku akan 'interview' guru kelas itu. Kalau betul, aku akan pastikan dia rajin untuk merancang dan bantu keselesaan anak murid dia.







.

Friday 10 June 2011

Abang Jep... oh Abang Jep !

.

Rata-rata para lelaki menjadikan 'abang Jep' a..k.a Salleh Yaakob sebagai idola mereka.


Kalauah dibuat tinjauan populariti, aku rasa Pak Najib jatuh no. 3 selepas abang Jep dan Anwar.


Kalau lelaki masuk ke kedai farmasi, mungkin satu pintanya: berikan saya ubat kuat seperti abang Jep.


Sikit masa lagi nak Raya Puasa. Aku rasa nanti ada kain pelikat Abang Jep Duduk dijual.


Dan para isteri pasti menghalang suami mereka dari mendengar celoteh abang Jep di radio lagi.



oh! abang Jep...









.

Thursday 9 June 2011

PRU 13 - Aku dah kata, dah dekat dah ni...

.

Paparan 10 minit pertama dalam Buletin Utama malam semalam pula:


1. Pembukaan Cawangan Bank Islam di luar negara - Kejayaan kerajaan pusat.

2. Keuntungan Petronas - Kejayaan kerajaan pusat.

3. Isu keretapi kabel bukit bendera (updated) - kegagalan kerajaan Pulau Pinang.

4. Isu kutip sampah di selangor (updated)- Kegagalan kerajaan Selangor.


Apakah dah tak ada cerita dari Johor, Perak, Pahang, Melaka yang teruk-teruk?

Cerita dari Sabah, Sarawak yang buruk-buruk? Projek Hidro elektrik Bakun, kalau ada.


Tak ada cerita pasal Proton yang tak untung banyak? Oh... Proton mungkin mercu tanda kerajaan pusat. Tak elok kalau cerita pada 10- minit pertama. Berita begini kena letak di belakang-belakang sikit....






.

Wednesday 8 June 2011

PRU 13 - Serang Saraf Tunjang pun bermula...

.

PRU 13 dah nak dekat sangat ke?

Sehari demi sehari, berita dah mulakan perang saraf secara terang-terangan.

Semalam sahaja, 2 berita pertama dalam Buletin Utama paparkan  pasal negeri pembangkang.

Isu Kereta Kabel bukit bendera,  isu bakteria E-Coli...


Semuanya dikaitkan dengan kerajaan negeri. Kemudian, dipaparkan pula berita kejayaan rombongan negara di negara luar yang membuka peluang perniagaan.




Sedangkan berita yang dipaparkan dalam 10 minit pertama adalah 'prime news'...


Cerita pasal kegagalan pihak itu dan kejayaan pihak ini akan selalu diwar-warkan. Entah apa pula isu utama malam ini.



Kalau dah hari-hari saraf aku kena 'serang' macam itu, rasa menyampah pun ada. Itu sebab malas nak layan politik ni....







.

Tuesday 7 June 2011

Inai di jari...

.

Bahana termakan pujuk rayu budak perempuan berumur 7 tahun.


Bukan pujuk rayu sebenarnya. Lebih kepada terpengaruh melihat si budak itu yang asyik melukis inai pada tangannya. Dia pun suruh aku cuba.


Dan ini jadinya...







Comel juga jari-jari aku rupa-rupanya. Sekali tengok macam kuku pontianak pun ada. Bila tengok lagi, macam gay pulak rasanya. Ish...


Aku tanya kawan-kawan di pejabat, macam mana nak hilangkan inai tu?

Setakat ini tak ada poenyelesaian selain tunggu sehingga kuku itu tumbuh berganti.









.

Monday 6 June 2011

Bagaimana Setan dilahirkan - jangan duduk kepit-kepit kaki...

.

Telah diriwayatkan bahawa Iblis mempunyai Zakar di peha kanannya dan Faraj di peha kirinya. Setiap kali iblis memasukkan zakarnya ke dalam farajnya, keluarlah 7 ekor syaitan. Riwayat ini telah diceritakan oleh Imam Al-Qurtubi.



Mana-mana yang suka duduk sambil kepit-kepit peha tu, macam itulah agaknya cara iblis 'memasukkan' zakar ke dalam farajnya. Lagi laju aksi kepit-bukak-kepit-bukak tu, lagi banyaklah yang keluar...



Maknanya, iblis adalah Aseksual... macam siput babi, cuma sistem biologinya bukan terdiri daripada struktur karbon sebab dia dijadikan dari api. Jangan pulak fikir api yang itu adalah sama dengan api dari gas Petronas yang digunakan untuk memasak kerana api dari gas Petronas itu ada unsur karbon (dari fosil hydrocarbon).




huh?









.

Thursday 2 June 2011

Mesin de-konstruksi dan re-konstruksi Cipan

.

Bayangkan.


Jika aku ada sebuah mesin yang boleh menghancurkan dan menyusun semula atom-atom. Atau dengan kata lain, sebuah mesin yang mampu de-construct dan re-construct atom-atom.


Di mana, aku boleh masukkan kulit pisang ke dalam mesin itu dan aku tukarkan ia kepada buah tembikai yang bulat.

Kerana ruang antara atom-atom itu itu luas, relatif kepada saiz partikel atom itu. Jika partikel atom itu sebesar bumi, jarak antara keduanya seperti jarak antara bumi dan bulan.

Apa yang membuatkan badan kita berdaging dan terasa pejal? Kerana ada daya tarikan antara partikel-partikel atom. Tanpa daya ini, partikel-partikel itu akan bersepai umpama rantai mutiara yang terputus dan jatuh di atas lantai.


Setiap benda-benda alami yang wujud ini ada struktur tertentu. Dan susunan struktur itu umpama kod rahsia. Jangan cakap DNA atau RNA sahaja yang terdiri daripada kod. Malah, DNA dan RNA itu sendiri terdiri daripada kod-kod partikel atom yang tersusun mengikut kewujudan benda-benda itu.


Kalaulah aku bisa putuskan daya tarikan itu dan kemudian aku bina semula mengikut kod struktur benda yang ingin aku jadikan, umpamanya seekor cipan, mungkin aku boleh wujudkan seekor cipan yang gemuk-gemuk.


Soal nyawa cipan itu, itu urusan Tuhan.






.

Wednesday 1 June 2011

Iklan supplement: seolah-olah mereka tahu kita semua kurang zat...

.


Dilema dengan iklan vitamin-vitamin dan gizi makanan tambahan.


Banyak iklan supplement, katanya bagus untuk itu dan ini. Dia juga kata badan kita perlukan zat itu, mineral ini. Lepas tu mereka kata lagi, kalau badan kita kurang zat itu dan mineral ini, dikhuatiri tubuh kita akan mendapat sakit itu dan sakit ini.

Kalau badan kita kurang zat itu dan mineral ini... Kalau...



Masalahnya, mereka menunjukkan seolah-olah kita semuanya kekurangan gizi dan perlu membeli supplement mereka. Cara penerangan mereka itu seolah-olah setiap kita kekurangan zat-zat itu. Bukankah kalau terlebih gizi dan mineral tertentu juga boleh memudaratkan tubuh badan, terlebih kalsium contohnya ?



Mereka dah buat analisa tubuh badan kita? Mereka ada sediakan ujian darah percuma, nasihat percuma di premis mereka?


Bukankah sepatutnya kita buat analisa atau ujian dahulu untuk mengetahui tahap 'kekurangan' / deficiency. Jumpa doktor, jumpa pakar pemakanan, jumpa sesiapa sahajalah... untuk mengetahui 'keadaan' tubuh badan kita. Barulah kita boleh beli gizi apakah lagi yang perlu diambil.


Aku tak pernah nampak di iklan-iklan TV (atau mungkin ditulis kecil sangat di penjuru bawah iklan) peringatan " Sila dapatkan analisa tubuh badan dengan doktor-doktor bertauliah atau pakar pemakanan sebelum membeli produk kami..."

Ada ke?



Aku benci mellihat iklan yang menyuruh kita beli barang jualan mereka dengan cara menakut-nakutkan begitu.






.

Monday 30 May 2011

Jualan Gudang ... hebat, memang hebat!

.

Jenuh aku cuba ingat-ingat balik, jualan gudang sebetulnya jualan yang mengutungkan kepada pihak pembeli manakala pihak penjual dapat kurangkan kos simpanan stok dan boleh pesan barang baru.


Semalam, aku masih terpedaya dengan istilah jualan murah. Aku beli beberapa helai seluar untuk anak. Seluar 3/4 jenis Antioni. Aku beli dalam satu jualan gudang dengan potongan 50%-70%. Aku beli 2 helai yang berharga RM29.97 setiap satu. Untung banyak tu!!


Tapi seingat-ingat aku la, dulu-dulu pun aku beli di tempat aku harganya pun memang sekitar RM30.


Jadi, apa cerita potongan 50% dan 'jualan gudang' itu ?



Aku kasihan kepada mereka yang dah beli seluar yang sama pada masa 'bukan jualan gudang', maknanya tiada potongan 50%.



Penipuan? Entahlah...







.

Friday 27 May 2011

Sayur Labu Goyang ... resepi baru?

.

Semalam 'lunch' dengan Mama di sebuah restoran. Makanannya 'enak-enak banget'.


Setelah usai memilih lauk-sayur-air minuman, kami pun duduk di meja yang bertentangan dengan sepasang (kekasih / suami isteri?) lelaki dan perempuan yang aku anggarkan usia mereka pertengahan 30-an.


Perempuan itu berpakaian seksi. Amat seksi. Memakai bra warna hitam sebab tali bra dan sebahagian 'cup' secara terang-terang nampak. Dia pakai baju tanpa lengan yang selayaknya dipanggil gaun tidur berwarna pirus kerana talinya lebih halus dari tali bra. Maka terbonjol dan terjojollah daging empuk yang macam apam di dada. Sebahagiannya jelas, nampak jelas hingga ke paras lurah yang memisahkan dua daging empuk yang sepatutnya terlindung jika memakai singlet sekalipun. Si lelaki makan dengan hati yang kurang tenteram, aku syak.



Setelah mereka usai makan dan bayar lalu beredar keluar, tiba-tiba seorang perempuan (30-an) yang duduk di meja sebelah aku bersuara.

" Indah sungguh pemandangan hari ni..." dia ulang 2 kali.

Pasangannya (lewat 30-an) ketawa geli hati. Diikuti dengn beberapa meja makan di sekelilingnya. Termasuk kakak towkeh restoran (40-an) yang ketawa terbahak-bahak.


" kak, esok boleh masak sayur labu pula..." tambah lelaki lewat 30-an itu lagi.

" okey, esok akak masak 2 biji labu goyang... " sahut kakak towkeh restoran.


Mereka semua tertawa. Aku tersenyum jer. Mama tak tau apa-apa sebab dia tak perasan dan tak faham punca cerita.



Setelah kami usai makan, aku pun bayar. Di kaunter, aku tanya kakak towkeh 40-an itu.


" esok jadi ke nak masak sayur labu ...? "


Kakak tu ketawa....... Mama masih keliru.







.

Thursday 26 May 2011

Sexual harrassment ... sungguh tak adil!

.






Ada satu hari tu di pejabat, ada kawan tanya aku suka minum susu atau tak. Dengan spontan aku jawab, aku memang suka susu lebih-lebih yang lemak berkrim.


Ada 2 orang kakak terdengar perbualan kami. Dia kata, aku berfikiran lucah. Aku nafikan. Dia kata perbualan kami tadi boleh dikategorikan sebagai 'serangan seksual' kerana lepas aku sebut aku suka susu (tanpa sebut perkataan 'minum susu') sambil tersenyum-senyum.


Dia baru lepas dengar ceramah Sexual Harrassment. Penceramah tu kata, kalau si wanita itu terasa tak 'selesa' walau hanya dengan renungan pihak lelaki dan si wanita 'merasakan' perlakukan lelaki itu boleh 'memberi maksud' tentang seks, si wanita boleh melaporkan itu sebagai kes serangan seksual.


Eh, senang sangat orang lelaki nak kena dakwa...?!!!



Kalau mata aku kuyu sebab tahan bersin dan kebetulan ada wanita nampak muka 'stim' aku, dia mungkin laporkan itu serangan seksual. Tak kisahlah dakwaan itu betul atau salah. Itu cerita kemudian. Cerita awal-awal ni, bila dia laporkan kepada majikan, serta merta kena gantung kerja sehingga menunggu siasatan Domestic Inquiry selesai. Apa-apa hal, kena gantung kerja dulu. Ini tak adil..!!!


Kalau wanita hisap gula-gula Lolipop sampai berdecup-decup bunyinya, tak ada pulak kena dakwa. Kalau wanita pakai 'low neck' Tshirt sampai nampak lurah, tak pula kena dakwa. Kalau perempuan pakai baju jarang, pakai seluar pendek sendat nampak 'lining' seluar dalam, tak pula kena dakwa.


Tapi bila lelaki senyum sumbing sikit, kena dakwa. Mana lebih parah, senyuman atau belahan dada atau punggung yang sengaja didedah? Jiwa lelaki pun 'parah' juga melihat semua 'benda-benda' itu.


Satu lagi, senang-senang je wanita selak baju untuk menyusukan anaknya di pasaraya. Apa, dia ingat anak dia saja ke yang menikmati kebaikan susu ibu? Dia tak ingat juga ke lelaki yang lalu lalang mendapat 'kemudaratan' akibat terlihat 'nenen' dia? Itu pun serangan seksual juga tu. Dah tentu terang-terangan.


Atau.... mungkin 'nenen' tidak ditakrifkan sebagai organ 'kemaluan' wanita kut? Jadi, menayangkan 'nenen' bukan dianggap serangan seksual terhadap kaum lelaki, mungkin?


Apa-apa pun....

Aku syorkan akta serangan seksual itu dimansuhkan serta merta kerana perlaksaannya tidak dapat dilakukan secara adil.







.

Monday 23 May 2011

Apa dia kalau selak....

.

Apa dia...

Kalau selak-selak kain, nampak rambut...


Kalau selak-selak rambut tu.... nampak pula biji?































Jagung...!

Lu pikir apa?





.

Sunday 22 May 2011

Kaitan diantara Subsidi dan Rasuah...

.

Dulu kawan aku pernah cerita (dulu: 2010), nanti lepas-lepas ni kalau harga tepung, gula, minyak petrol dsb naik jangan terkejut. Jangan jadi biawak yang terserempak pemburu.


Sebabnya, dalam salah satu makmal atau 'lab' yang dianjurkan oleh PEMANDU, ceritanya adalah berkenaan subsidi. Dulu juga heboh dengan kenyataan 'Malaysia akan bankrap...'. Juga mungkin berkaitan dengan cerita yang sama.


Dari perbincangan di makmal itu, rata-rata bersetuju bahawa subsidi kerajaan kepada rakyat dengan model subsidi seperti yang ada sekarang ini akan menjadikan Malaysia tidak kompetitif. Kos barang kita sebenarnya lebih tinggi daripada yang sebenar. Tapi disebabkan subsidi, kos boleh direndahkan. Bila kos direndahkan, harga jualan pun bolehlah rendah sikit. Bila harga jualan rendah sikit, ramai orang boleh beli.


Tapi masalahnya, kalau kita eksport barang tu pada harga kos yang tersubsidi, maknanya orang luar negara mendapat tempias 'habuan' subsidi itu. Kalau dijual pada tanpa subsidi, harga menjadi mahal dan tak kompetitif.


Oleh itu, model / struktur subsidi negara teah diubah, dirombak. Katanya, subsidi hanya akan diberikan kepada golongan sasaran.


Ok. Niat yang bagus...



Tapi aku harap janganlah tengok yang itu saja. Bab-bab yang lain pun kenalah tengok juga.

Amalan rasuah, contohnya. Ia juga menjadikan kita tak kompetitif.


Ada sekali tu, bila SPRM panggil berpuluh-puluh kakitangan kastam untuk beri keterangan, kelam-kabut satu Malaysia. Sampaikan wakil kakitangan Kastam pun buat memorandum jumpa pak menteri supaya jangan diberikan tanggapan terlalu negatif kepada kakitangan Kastam.


Itu yang dikatakan  mereka. betulkan itu sahaja kalau sampaijumpa pak menteri?

Ataukah mereka 'merayu'?


Ingatlah! Jangan dilayan sangat. Biarkan sistem keadilan kita berjalan tanpa sebarang 'rayuan'.

Ingatlah! Subsidi dah mula ditarik balik sikit demi sikit. Harga barang-barang dah mula naik.

Tarik subsidi tanpa kasi muka... maka aku harap SPRM jangan bagi muka kepada mereka yang rasuah.






.

Wednesday 18 May 2011

Berbicara bahasa Tuhan...

.

Pagi tadi, aku lapar kerana belum sarapan. Aku bercadang untuk pergi awal dan sampai awal ke pejabat kerana pejabat di sebelah ada orang jual nasi lemak dan kuih-muih. Tapi, dia hanya jual sehingga pukul 8.00am, selepas itu dia akan simpan dan bawa turun ke Cafe.


Dan entah macam mana, pagi tadi trafik sesak. Sehinggalah aku lewat 5 minit ke pejabat. Dan aku tak dapat beli sarapan aku.


Aku mula mengeluh dan dalam hati aku cuma kata " tak ada rezeki sarapan aku pagi ni..."


Pukul 9 tadi masa aku buat air di pantri, ada seorang kakak beritahu dia ada beli Roti Canai lebih dan dia suruh aku makan...!!!


Serta merta aku teringatkan keluhan aku tadi. Hmm.... Tuhan masih beri rezeki untuk aku cuma caranya kadang-kadang dari punca yang tidak disangka-sangka.




Berpuluh tahun dulu, ketika aku masih belajar di U, aku alami perkara yang sama. Aku kehabisan duit tunai. Aku perlu keluarkan di mesin ATM di bandar cuma masalahnya motorsikal aku kawan dah pinjam. Aku cuma ada RM2. Aku bersarapan dan bakinya aku beli rokok 2 batang.


Untuk makan tengahari? Aku tawakkal. Aku cakap dalam hati, kalau Tuhan bagi rezeki, aku makanlah. Dan aku sengaja 'menduga' Tuhan akan beri rezekinya bagaimana nanti.


Jadi, untuk elakkan rasa lapar tengahari itu aku tidur sementara menunggu kawan pulang. Aku boleh pinjam duit daripada kawan-kawan cuma kedegilan aku nak tengok macam mana Tuhan nak beri makanan kepada aku hari minggu itu.


Pukul 3.00pm, aku terjaga dan aku masih belum ada makanan. Aku dah lapar. Dan aku dah mula 'merajuk' dengan Tuhan. Aku mula berfikir " Tuhan dah tak sayang dengan aku agaknya.."


Kira-kira pukul 4.00pm, pintu bilik aku diketuk bertalu-talu. Bila aku buka, kawan aku yang menginap dibilik depan aku datang. Dia ajak aku makan sekali dengan dia.

Dia bagi tau tadi keluarganya datang melawat dan bawa banyak bekal makanan tapi tak ada orang sebab ramai yang keluar ke bandar.


Bila aku masuk bilik dia, memang benar. Terlalu banyak makanan kalau setakat untuk dimakan berdua.


Dan aku makan sambil aku tersenyum tak habis-habis...

"Tuhan masih sayangkan aku..." kata aku dalam hati. Cuma, cara rezeki itu datang bukan dari cara yang kita sangkakan...








.

Tuesday 17 May 2011

Paradoks: dunia akhir zaman... Islam dan Kristianiti

.


Kalau dah hadis dan ayat-ayat suci Allah itu ceritakan apa yg berlaku di akhir zaman, buat apa kita nak risau lagi. Perkara yang diceritakan itu PASTI AKAN berlaku - perang, bunuh, penduduk Islam terpinggir, tertindas dsb.


Nak usaha untuk elak macam mana pun, pasti akan berlaku. Kalau tak berlaku maknanya hadis dan ayat2 yang suci itu lemah.


Itulah paradoksnya.


Cuma yg penting, apakah usaha kita untuk mengelak diri dan keluarga sendiri dari termasuk dari kalangan yang sesat itu.


Bunyinya macam 'pentingkan diri sendiri', tapi itulah nafsi-nafsi.


Kalaulah kita diberitahu, 7 orang akan datang dan hanya 2 yang dibenarkan masuk manakala 5 lagi akan dibiarkan di luar.

Adakah kamu akan berkata "marilah kesemua kita cuba hiaskan diri dan masuk ke dalamnya. mudah-mudahan kita semua dapat memasukinya"...

atau

Adakah kamu cuba persiapkan diri sendiri seelok mungkin dengan harapan kamu yang terpilih.

atau

Adakah kamu akan cuba menjatuhkan 5 orang dengan membuat pakatan dengan salah seorang daripada mereka.



Aku rasa dengan cabaran begini, eloklah kita Uzlahkan diri kita. Uzlah jiwa tanpa perlu pergi ke gunung atau gua. Lagi pun, akhir zaman nanti kalau sempat berlindung di gunung, berlindunglah ketika azab Tuhan turun.


Itulah sebabnya aku 'anti sosial'....hahaha...


Jom anti sosial. Anti daripada sosial yang menjadi semakin haram jadah.





  .

Sunday 15 May 2011

Tolak menolak bahu apabila dunia semakin sempit

.

Tentang kisah Islam dan Kristianiti di Malaysia ini tak pernah habis-habis. Masing-masing menjalankan tanggungjawab mereka kepada kepercayaan masing-masing. Aku rasa itu juga yang berlaku kepada kepercayaan-kepercayaan lain di Malaysia.


Perkara yang berlaku antara Islam dan Kristianiti di Malaysia baru-baru ini pada asasnya berebut hak untuk mengembangkan kepercayaan masing-masing dan memastikan ppihak yang satu lagi sukar untuk menggugat kerja-kerja mereka.


Kenapakah kepercayaan dalam beragama itu perlu diterapkan macam ikut skim MLM? 'Head Hunting' . Tak ada cara berhikmah yang lainkah? Kalau ditanyai kedua-duanya, pasti mereka kata " untuk menolong orang yang sesat kembali ke jalan yang lurus".


Tak bolehkah mereka buat sesuatu yang boleh menarik orang untuk mendekati agama dan berhijrah? Orang itu sendiri tertarik dengan keindahannya. Sedangkan pemberian cahaya suci tu adalah hak mutlak Allah, kita hanya perlu berusaha dan banyak cara usaha itu. Kalau payah cara itu, guna cara yang lain.


Apabila gerakan missionary menjadi lebih aktif manakala prospeks pula terdiri daripada orang yang telah ada agama, tolak menolak bahu pun berlaku. Kalau dah semakin sempit aku takut bunuh membunuh pun berlaku untuk luaskan.



Kalau dah asyik bergaduh, aku takut satu hari nanti Kerajaan akan memutuskan untuk MENGHARAMKAN aktiviti-aktiviti penyebaran agama di Malaysia... atas sebab keharmonian beragama di Malaysia...


Aku takut jadi macam tu...








.

Sunday 8 May 2011

Ratu anai-anai sumber Viagra.....?

.

Jika terlihat busut jantan, jangan takut dan jangan seram.

Kerana apa yang ada dibawahnya adalah sesuatu yang bernilai tinggi.

Ratu anai-anai dikatakan mampu bertindak seperti Viagra, itu kata seseorang dalam HMetro hari ini. Di sokong oleh seorang tabib berbangsa Cina.

Untuk mencapai khasiat yang optimum, ratu anai-anai perlu dimakan mentah-mentah dan dimakan 15 minit sebelum 'bersama'.

Aku syak, tenggiling sejenis binatang yang kuat seks. Kerana ia suka makan anai-anai.



Lepas ini, kalau nampak aku terbongkok-bongkok di pangkal busut jantan malam-malam Jumaat, jangan takut dan jangan syak wasangka.

Aku bukan nak mengangkong ambil nombor ekor. Jauh sekali aku nak bertanding dengan tenggiling...


Aku cuma nak pastikan aku mendapat khasiat yang optimum dari si ratu, 15 minit sebelum 'bersama' ....





.

Saturday 7 May 2011

Kisah tiga lelaki

.


Tiga orang lelaki masuk ke gerai buah-buahan.

Lelaki pertama pegang Betik yang masak ranum. Diambilnya pisau lalu dibelah dua Betik itu. Dia makan dengan rakus.

"... aku suka betik..." katanya.


Lelaki kedua pegang buah Tembikai tanpa biji. Diambilnya pisau dari lelaki pertama tadi lalu dibelahnya. Dia benamkan mukanya pada buah itu sambil memakanya.


"... aku pula suka tembikai..." katanya pula, dengan muka penuh dengan air buah itu.


Lelaki ketiga melihat lelaki kedua itu dengan jijik kerana muka lelaki itu penuh dengan sisa-sia buah tembikai. Lelaki kedua itu unjukkan pisau kepada lelaki ketiga.


"... tak perlu pisau.... aku suka buah rambutan...." kata lelaki ketiga.



Lelaki pertama tadi datang mendekati lelaki ketiga itu.

"... kamu 'gay'..? " tanya lelaki pertama.






.

Wednesday 4 May 2011

Mak Esah pun nak kaya gak...

Mak Esah pun belek-belek buku kira-kiranya. Dia perlu buat sesuatu untuk menampan kenaikkan harga, kalau tidak, dia kena naikkan harga nasi lemaknya. Kalau dia nak diversify product portfolio atau vertical integration pun tak mampu sebab perlukan modal juga. Apatah lagi kalau dia nak diversify business atau horizontal integration dia. Dia mahu fokus dulu dengan perniagaan nasi lemaknya.


Maka, Mak Esah pun fikir...

Pertama, dia kena tengok dulu proses dalam rumahnya sendiri. Lepas tu, dia tengok pula di bahagian supplier pulak. Untuk dalam rumah, dia nak kasi gegar semua tukang potong bawang, tukang masak, tukang bungkus ... semua yang terlibat. Untuk supplier pula, dia nak gegar orang yang pesan barang-barang tu...



Manufacturing, atau lebih luas lagi dari pesanan kepada penghantaran (order to delivery), kebanyakkan industri guna beberapa strategi.

1. Lean Manufacturing. Ini paling banyak diguna pakai. Lean Manufacturing ni sebenarnya sama atau evolve dari TPS (Toyota Production System). Sila google "Lean Manufacturing". Benda ni sebenarnya satu falsafah yang mementingkan "guna mana yang perlu, buat mana yang perlu " atau lebih tepat sekali dengan nama "lean" tu dengan bermaksud kurus. TPS pula menekankan konsep "waste elimination". Sila google " 7 waste in TPS", mungkin jumpa apa 7 pembaziran itu. Antara falsafah penting yang diterjemahkan daripada Lean ini ialah Just In Time (JIT).


Mungkin tak keterlaluan jika dikatakan JIT adalah tulang belakang kepada Lean. JIT ini pada dasarnya supplier hantar komponen ke tempat pembuatan pada masa yang ditetapkan pada kuantiti yang betul dan pada tempat yang betul. Tak mahu cepat dan tak mahu lambat, juga tak mahu hantar banyak-banyak. Dengan kata lain, tujuan JIT ialah untuk mengurangkan inventori. Bila inventori dikekalkan pada tahap optimum, holding cost juga kurang, aliran tunai pun baik, stor pun tak payah besar-besar. Daripada sini, keluar pula istilah inventory management termasuk istilah FIFO (first in first out). Dari sini juga muncul istilah Visual Control atau Visual Management. Juga, bila semua dah JIT, risiko produksi terhenti akibat kekurangan komponen juga semakin tinggi. Ini kerana JIT akan mengurangkan stok penimbal (buffer stock) yang sepatutnya bertindah seperti kapasitor yang menyimpan cas dan akan keluarkan cas apabila diperlukan; juga seperti akumulator yang menyimpan tekanan dan akan melepaskan tekanan bila diperlukan. Untuk itu, keluar pula istilah 'milk run' yang dilakukan oleh logistik. Semua istilah tu... macam biasa... sila google sendiri.


Dari falsafah Lean inilah timbul beberapa metodologi juga disiplin untuk mencapai kekurusan itu. Antaranya: Pull System, Kanban, Value Stream Mapping, One-Piece Flow Concept dan disiplin yang biasa diamalkan ialah Kaizen (continuous improvement) atau QCC. Sekarang ni, QCC dah jadi ICC. Sila google semua tu.


2. TPM juga boleh mengurangkan kos dari segi cost avoidance. Ini lebih memfokus kepada pengurangan kos MRO (maintenance, repair, overhaul). TPM ini ada disiplinnya. Ada peringkat-peringkatnya. Sila google Total Preventive Maintenance.


3. TQM, walau tujuannya untuk perbaiki kualiti tapi dia juga boleh kurangkan kos kualiti (Cost of Quality). Contohnya kos tambahan akibat warranty, reject, repair, kos yang bersangkutan dengan aktiviti kawalan kualiti yang disebabkan kualiti yang kurang baik seperti terpaksa melawat/bantu kilang yang bermasalah, kilang terhenti beroperasi akibat kegagalan kualiti, kehilangan keyakinan pelanggan kerana kualiti dan lain-lain...sila google Total Quality Management.


4.  Automation pun salah satu cara untuk tingkatkan produktiviti dan selanjutnya mengurangkan opportunity loss. Cabang kepada Automasi ini yang sering diguna-pakai untuk elakkan kesilapan ialah Poka-Yoke. Kesilapan akan menyebabkan kerugian. Dengan mengurangkan kesilapan, kos akan kurang. Tapi ini adalah cost avoidance. Lain pula dengan automasi untuk tingkat produktiviti di mana ianya untuk menambahkan produksi, seterusnya menambahkan revenue.


5. Value Analysis Value Engineering (VAVE). Ini pun boleh kurangkan kos produk atau menaikkan value produk. Sila google sendiri.


6. TRIZ adalah satu perkakasan (tools) untuk brainstorming untuk menyelesaikan masalah. Bagus untuk meleraikan konflik. Contohnya, aku suka makan banyak tapi aku tak nak gemuk.... TRIZ mungkin boleh cari penyelesaiannya. Sila google TRIZ...


7. Design to Cost. Ia adalah konsep dimana kos sesuatu produk itu ditentukan dahulu awal-awal dan rekabentuknya perlu dibuat berdasarkan nilai kos tersebut, kalau boleh jangan lepasi kos yang ditentukan. Dengan kata lain, ialah adalah cost focus dan dilakukan secara terbalik (backwards) dari kos produk yang akhir barulah dipecahkan kepada kos setiap komponen. Setiap perekabentuk akan mereka komponen itu tanpa melebihi kos yang ditentukan. Juga, sila google.


8. ... nanti-nantilah aku fikirkan...



Oh ya, aku ada sebut beberapa istilah ini: Cost reduction, Cost Avoidance dan Revenue Increase. Sila biasakan diri dengan istilah-istilah ini kerana setiap perkara yang dilakukan untuk menambah baik proses akan memberi impak kepada 'bottom line' ini... impak kepada akaun.




Itu baru proses dalaman. Belum cerita apa yg boleh dibuat di Purchasing.






.

Monday 2 May 2011

Mak Esah Enteprise....

...maka Mak Esah pun kini menjadi ahli perniagaan nasi lemak daun pisang yang berjaya di kampungnya...


Untuk kekalkan harga nasi lemak yang berpatutan, Mak Esah perlu mendepangi segala cabaran yang mendatang. Salah satu cabaran yang besar ialah kenaikan kos. Jika kos nasi lemaknya meningkat, mahu tak mahu Mak Esah perlu, sama ada, naikkan harga nasi lemaknya atau kurangkan margin keuntungannya. Atau... Mak Esah boleh cuba beberapa cara untuk kurangkan kos.


Bagi Mak Esah, cara paling mudah ialah kekalkan margin keuntungan manakala segala tambahan kos dipindahkan secara terus kepada pelanggannya. Maknanya, kalau ikan bilis naik RM2 sekilo dan setiap bungkus nasi lemaknya menggunakan 100g ikan bilis (contoh sahaja), Mak Esah akan naikkan harga nasi lemaknya sebanyak 20 sen.


Pelanggannya mula merungut tapi Mak Esah menggunakan harga ikan bilis yang naik sebagai alasan. Bila banyak yang mula merungut, Mak Esah tak boleh duduk diam. Dia perlu fikirkan cara lain.


Mak Esah terasa mahu kurangkan margin keuntungan tetapi itu nanti akan mengganggu aliran tunainya, juga keuntungan sedangkan perniagaannya perlu dikembangkan. Mak Esah bercita-cita nak buka satu lagi gerai payung di simpang jalan. Dia nak suruh Pak Anjang jagakan. Mak Esah perlu kumpul modal pusingan untuk gerai barunya. Nak pinjam Ah Long, risikonya terlalu tinggi. Nak pinjam bank, mana ada bank nak layan. Lebih-lebih lagi kalau semua duit Mak Esah disimpan bawah bantal dan bukan di dalam akaun bank yang boleh nampak keluar masuk duit tu.


Mahu tak mahu, Mak Esah perlu fikirkan " Cost Minus ".


Dalam struktur harga (price structure), katakanlah 50% adalah kos bahan mentah, 20% pula kos proses, 5% kos pengurusan, 5% lagi kos lain-lain dan 20% adalah keuntungan. Kalaulah ada kenaikan kos sebanyak 5%, Mak Esah boleh buat sasaran untuk mengurangkan kos bahan mentah dari pembekal (-2%), kos proses (-2%), kos pengurusan (-1%).. ... dan mungkin juga lain-lain kos (-1%). Jumlah -6%.


Kalau sasaran Mak Esah mengena, Mak Esah bukan sahaja dapat menampan kenaikkan kos 5% itu malahan Mak Esah mungkin dapat tambah margin keuntungan sebanyak 1%. Kini, margin keuntungan nasi lemaknya menjadi 21% !


Masalahnya, macam mana nak buat cost reduction tu? Apa strategi ? Apa pelan tindakan ?






Ahhh.... sakit belakang aku. Nanti sambung...





.

Saturday 30 April 2011

Towkeh... harga kasi turun sikit la... gua mau untung juga maa....

Sebelum cerita pasal Cost Minus Mentality, elok kita buka gelanggang ini dengan menentukan sempadannya. Kita sediakan konteksnya supaya kita boleh letak cerita-cerita ikut grid-grid yang tertentu.


Tak sah kalau tak citer supply chain dan value chain dalam cerita cost reduction. Sebab, cost reduction ini perlu dilakukan pada setiap perhentian supply chain. Sebagaimana value/nilai ditambah apabila barang itu hanyut dari hulu ke hilir, kos juga mungkin ditambah semasa barang itu menghilir sungai.

Kita ambil contoh supply chain untuk buat Nasi Lemak. Ia mungkin bermula daripada nelayan (ikan bilis), penternak ayam (telur ayam), petani (beras), peladang (buah kelapa), pekebun (pandan, daun pisang). Bila mereka jual kepada pemborong, mereka letakkan harga. Mak Esah beli barang-barang itu pula dari pemborong. Mak Esah pun gunakan bahan-bahan tadi itu untuk buat nasi lemak. Jenuhlah Mak Esah bangun pagi-pagi seawal jam 3am untuk tanak nasi dan buat sambal bilis. Dia pun jual nasi lemak panas berbungkus daun pisang di gerai payungnya di tepi jalan. Mak Esah telah menambah nilai kepada bahan-bahan yang dibelinya tadi menjadi... nasi lemak bungkus daun pisang. Kos juga bertambah sebab semua orang dalam rantaian bekalan itu nakkan duit, semuanya nak untung, semuanya nak beli kereta, nak beli TV, nak bayar Astro Warna sebab nak tengok Maharaja Lawak. Mak Esah pun nak untung juga. Siapa nak berniaga kalau tak untung? Tapi... adalah harga RM1.50 itu boleh diterima oleh Kak Tini yang mengidamkan nasi lemak Mak Esah itu? Apa yang menariknya nasi lemak Mak Esah berbanding dengan Roti Canai Hussein Pakistan?.. Entah.. aku mana tau, tanya sendiri la...


Sayugia diingatkan, nilai itu terletak pada mata yang melihatnya (is in the eyes of the beholder...). Sesuatu yang bernilai bagi aku tak semestinya ada nilai pada mata orang lain. Value is subjective. Tapi, kita boleh ambil secara pukul rata nilai-nilai yang diterima oleh majoriti orang dan kita boleh anggap ia adalah nilai yang diterima. Faham? Tak faham sudah.


Jadi, cara mudah nak cerita pasal cost control ialah: mana-mana proses yang tidak menambah nila (added value), sila buang jauh-jauh. Proses yang tak ada nilainya, buat apa nak buat. Buang masa je. Buang duit je. Siapa nak bayar kos proses tu kalau tak ada nilainya? Pengguna yang cerdik pasti akan perasan dan tak mahu bayar kos proses yang tak ada gunanya tu.


Juga secara senangnya, mana-mana pembaziran perlu dihentikan supaya kos terkawal dan kos pengeluaran akan turun. Apa yang bazir? apa-apa sahaja yang tak perlu atau yang digunakan melebihi daripada yang diperlukan. Toyota kata ada 7 pembaziran yang perlu dielakkan. Aku malas nak tulis. Google sendiri " 7-waste".


Dan cara/metodologi nak capai pengurangan kos dengan cara di atas biasanya dipanggil Kaizen. Ada langkah-langkahnya. Sila google sendiri "Kaizen". Sepertimana tukang rumah perlukan pahat dan tukul, begitu juga dengan Kaizen. Ia ada 'tools' atau perkakasannya sendiri. Biasanya, orang guna '7-QC Tools'. Sila google sendiri.


Dan apa yang perlu kita fokuskan? Apa-apa sahaja yang boleh kurangkan kos pengeluaran (production cost)  boleh mengurangkan kso produk (product cost). Kawan yang duduk di sebelah aku pernah tanya Idris Jala (masa tu belum dapat Dato') dalam satu presentation, aktiviti apa yang perlu difokuskan untuk business turn-arround? Jawabnya, apa-apa aktiviti yang boleh beri impak kepada P&L (profit & loss). Apa P&L? Sila tanya orang akaun. TasekMerah, misalnya.


Kenapa aku suruh google sendiri? Sebab benda-benda itu menjadi satu kemestian untuk setiap warga kerja kilang. Memang menjadi rutin pekerja kilang terutamanya kilang-kilang Jepun. Mungkin mereka boleh hafal metodologi itu lebih bagus daripada hafal surah As-Sajadah..!


Itu cerita-cerita biasa sahaja. Aku malas nak olah banyak-banyak.



Aku nak cerita yang lain. Aku nak cerita bagaimana Mak Esah boleh untung lebih atau turunkan harga nasi lemaknya supaya Kak Tini suka beli dan dia pula boleh ceritakan kepada orang lain. Aku nak ceritakan bagaimana Mak Esah boleh jual nasi lemaknya denganh harga RM1.20 tapi untungnya tetap sama atau lebih walau tak jual pada harga RM1.50.


Tapi.... dah panjang ni. Sakit pinggang aku nak menaip.

Lain kalilah sambung cerita.






.

Friday 29 April 2011

Cost minus mentallity

.

"Towkey, itu harga kasi turun sikit laa... gua pun mau juga untung maaa..."

"...ooo tak boleh, gua pun untung sikit saja maaa..."


Jawapan ikut skema yang boleh diteka dari awal lagi.



Dalam kes B2C (business to customer), biasanya harga diturunkan dengan mencantas 'margin' keuntungan penjual. Bermakna, penjual dah awal-awal lagi naikkan 'margin' keuntungan. Itu biasa kita dengar dan tahu. Makcik kat Felda pun tahu macam mana nak minta diskaun wajan dan belanga sewaktu beli belah di utara tanah air. Tak mau cerita bab yang ini. Kita cerita bab yang lain.


Dalam kes B2B (business to business), kelakuan pembelian lain sikit sebab jumlah belian dan hubungan antara 2 firma tu lain sikit. Sebabnya, hubungan B2B ni lebih kerap dan lebih kekal sikit dari B2C. Dalam B2C, bila dah beli takkan dia datang esok nak beli lagi benda yang sama. Tapi, B2B biasanya akan 'repeat order'.


Cabaran dalam B2B, tekanan terhadap kos. Selalunya, untuk kekalkan hubungan perniagaan, si penjual dan si pembeli perlu bertolak ansur tentang harga. Macam-macam terma dan syarat dibuat.


Dalam sektor perkilangan, hubungan B2B ni lebih kompleks. Istilah 'vendor' digunakan untuk si penjual dan 'client' untuk pembeli. Juga istilah 'supply chain' dan 'value chain'. Value/nilai itulah yang kita tambah dan akhirnya kita beri kepada pelanggan akhir.


Client selalu minta turunkan harga barang yang dibeli manakala vendor yang mengilangkan barang tu pula tertekan dengan kenaikan kos bahan dan kos kilang. Jadi, bila client minta turunkan harga, vendor sering beri alasan tentang kos yang meningkat. Maksudnya, jika client masih mahu beli pada harga yang rendah, vendor perlu potong sedikit margin keuntungannya. Konsep yang sama seperti 'B2C' tetapi fundamentalnya tak sama.

Kalau begitu yang dia lakukan, vendor itu telah buat satu kesilapan besar. Dan mungkin bisnes dia tak tahan lama kerana fundamental B2B tak sama dengan B2C dari segi hubungan client - vendor/customer.


Dia kena terapkan ' Cost Minus Mentallity'.


Wuihh... dah panjang. Lain kali je aku tulis pasal tu.







.

Wednesday 27 April 2011

Nasihat melalui makan nasi....

Tadi, aku makan tengahari bersama-sama si dia. Kami makan nasi campur saja.


Aku ambil lauk Asam Pedas Ikan Pari dan Sardin, dan sayur. Si dia ambil Telur Asin separuh sahaja dan sayur. Ketika makan, aku lihat matanya asyik melihat-lihat lauk pauk aku. Aku tanya dia, nak rasa sikit lauk aku ke? Dia jawab, mestilah.. sambil buat muka muncung dan masam. Aku tanya lagi, kenapa ambil telur Asin separuh saja? Dia jawab, sebab dia ingat nak kongsi sikit lauk dengan aku sebab Ikan Pari tu agak besar dan aku pun ada ikan sardin lagi.

Ooo... baru aku tahu strategi dia. Dia ambil lauk sedikit dengan harapan dapat berkongsi lauk dengan aku, jadi dapatlah jimat kos. Itu satu strategi yang baik. Bagus. Tapi, strategi yang baik kalau tidak dikongsikan dengan rakan kongsi pasti tak dapat dilaksanakan dengan berjaya.



Semasa makan itu, aku suakan sudu aku ke tempe goreng pedas di dalam pinggang dia. Aku ambil sedikit. Sedangkan dia masih tertunggu-tunggu untuk ambil Ikan Pari di dalam pinggang aku. Dia kata, aku boleh ambil dari pinggan dia tapi aku tak beri pun sedikit lauk aku kepadanya.

Aku kata, orang yang berjaya biasanya akan buat langkah yang pertama. Habuan perlu dikejar. Jangan tunggu orang itu beri.



Dia pesan Teh Ais sedangkan aku cuma ambil air suam. Ikut petua orang tua-tua, kononnya. Semasa suapan terakhir, aku tergigit cili padi di dalam sambal cencaluk yang aku ambil. Aku kepedasan, sedangkan nasi telah habis. Aku teguk air suam tetapi pedas pada mulut semakin parah rasanya. Aku pun pesan Teh Ais untuk redakan rasa pedas. Sementara menunggu Teh Ais aku sampai, aku teguk Teh Ais dia sampai tinggal separuh.

Dia kata kepada aku, lain kali cuba fikirkan risiko dan buat persiapan mana yang patut sebagai pelan keluar jika risiko itu berlaku dan sebelum ia menjadi isu yang besar.



Ok lah........... , aku kata.







.

Saturday 23 April 2011

Bertaraf global, tak perlu around the globe...

.

Menjadi satu stigma kononnya kalau nak berjaya, firma perlu pergi global. Fikiran pendeknya, ke luar negara menjadi ukuran sama ada firma itu berdaya saing atau tidak. Ada benarnya tetapi tak juga semuanya benar.


Cuba fikir, kita sibuk nak buka operasi di luar negara tetapi dalam masa yang sama, orang luar berebut-rebut nak masuk ke Malaysia nak berniaga. Kerajaan pun memberikan insentif untuk mereka demi untuk memastikan sasaran FDI (foreign direct investment) tercapai.


Sungguh pelik kalau kita beria-ia mahu ke luar negara sedangkan banyak lagi yang nak masukke Malaysia. Soalannya, apa yang mereka nampak di negara kita yang kita tak nampak? Atau mungkin kita nampak tapi buat-buat tak nampak. Buat-buat buta.


Mereka yang datang ke sini sudah tentu bersedia dengan segala kelengkapan dan otak fikiran.

Mereka datang dengan duit dan teknologi. Kita perlu tahan serangan itu dengan duit dan teknologi juga.... dengan bijaksana.. juga dengan licik.


Kalaulah kita mampu bertaraf global, sama taraf dengan mereka, kita tak perlu risau walau sesiapa pun yang datang memacakkan tiang kilang mereka di sini.

Ini kerana walaupun mereka bertaraf global dari segi kecekapan dan pengurusan, mereka tetap tidak dapat lari dari bebanan menjadi orang asing (foreigner's liability).

Mereka datang dan mereka bertarung di padang kita. Padang yang kita lebih arif dengan selok-belok, lurah dan gunungnya. Kecualilah kita terlalu bodoh sampai orang asing lebih tahu daripada kita. Sejarah telah membuktikannya. Risikan dan talibarut. Perkataan yang setaraf dengan penderhakaan.


Mereka datang dengan duit dan teknologi tetapi mereka masih menggunakan sumber-sumber kita. Sumber-sumber atuk nenek kita. Sumber-sumber yang dalam kawalan kita. Kecualilah kalau kita sendiri mengalu-alukan mereka datang dengan menaburkan bertih beras dan bunga rampai. Merelakan diri kita diperhambakan lagi... dan lagi.



Kalau kita setaraf dengan globalnya mereka yang datang, kita masih mempunyai kelebihan-kelebihan lain yang memungkinkan kita mampu menewaskan sesiapa pun yang datang.


Hang Tuah pernah melakukannya....







.

Thursday 21 April 2011

Going Global not necessary in physical capacity...

.

Globalisasi


Satu perkataan yang kuat, yang sering aku dengar di persada Malaysia sejak 4 tahun kebelakangan ini. Juga sejak DS Najib naik takhta Perdana Menteri.

Dalam arena industri pula, globalisasi telah lama berkumandang, sejak awal 90-an lagi. Padahal globalisasi telah pun bertapak didunia perniagaan berkurun lamanya, sejak KFC bertapak di Malaysia, sejak Shell berada di Sarawak. Malah, mungkin beratus-ratus tahun lamanya jika boleh ambil kira Syarikat British-India yang telah bertapak di sekitar nusantara.


Dalam arena perniagaan, globalisasi yang dicanang-canangkan adalah salah satu strategi perniagaan.

Mengikut kata cerdik pandai, strategi perluasan perniagaan ke luar pesisir (ayat je canggih, maknanya nak keluar negeri) ada 4 cara:

1. Localization
2. Multi-local Organization
3. Globalization
4. Internationalization


Jadi, janganlah terlalu gah mencanangkan globalisasi kerana ada 3 cara lain lagi. Setiap satunya ada kelebihan dan kekurangan. Jangan kabui pandangan masyarakat Malaysia seolah-olah globalisasi itu satu-satunya jalan keluar. Jangan momok-momokkan orang ramai dengan 'ancaman' globalisasi.

Ini kerana jika sesebuah syarikat berasa strategi globalisasinya mungkin mendapat tentangan hebat, syarikat mungkin boleh guna strategi Multi-Local organization atau localization dan mereka masih boleh berjaya dalam perniagaan.


Banyak contohnya. Tak perlu bagi contoh-contoh yang canggih-canggih seperti HSBC dan Citibank. Itu untuk professor-professor madya. Kita-kita ni ilmu picis-picisan jer, tak perlu kerah sangat otak malam-malam Jumaat ni..


Aku bagi contoh yang mudah untuk difahami dan dapat pula dilihat di sekeliling kita.

Kita tahu di Malaysia industri makanan dan restoran didominasi oleh kaum Melayu (majoriti penduduk Malaysia adalah Melayu) dan (mungkin) Islam. Ini kerana budaya setempat adalah sangat berkaitan dengan makanan dan makanan yang dimaksudkan di Malaysia ialah yang HALAL.



Bagaimana kaum lain ingin merebut peluang dalam perniagaan makanan di Malaysia?

McDonal dan KFC menggunakan strategi Internationalization dan globalisasi, iaitu menggunakan standard model perniagaan dan jenama syarikat induk. Sistem franchais, contohnya. Dalam internationalization, prosedur dan budaya syarikat induk dibawa masuk dan biasanya budaya setempat agak lama untuk menerima budaya perniagaan tetapi kalau telah berjaya di'budayakan', syarikat akan kukuh, seperti Coca Cola dan Pepsi yang nilai jenamanya sahaja mencecah $80 billion. Tapi, pelaburan untuk 'membudayakan' itu bukan murah. Wang dan masa banyak habis. Globalisasi pula memajmukkan budaya perniagaan itu hingga payah nak kenal dari mana asal syarikat itu. Dari segi standard dan model perniagaan juga menjadi global, sehinggakan seolah-olah syarikat itu berasal dari Bumi dan diwakili oleh penduduk Bumi. Dengan kata lain, syarikat 'sepatutnya' mampu menawarkan budaya perniagaan yang boleh diterima oleh majoriti penduduk dunia. Jadi, kalau kita di dunia ke 3, kita akan berpendapat syarikat itu datang dengan budaya perniagaan dari dunia maju, semestinya kita akan takut kerana mereka banyak modal, cara kerja yang mementingkan kecekapan dan keuntungan.

Namun, tentangan selalunya berlaku. Itu dipanggil 'foreigner's liability'. Tanggungan yang disebabkan mereka bukan local. Banyak tanggungannya, salah satunya membayar tariff yang lebih, buat iklan lebih sikit, suap sana-sini... pelaburan tinggi untuk menawan hati orang tempatan.


Kalau itu payah, strategi yang lebih 'halus' ialah dengan cara Multi-Local.

Pernah dengar perkataan 'GLOKAL' satu ketika dulu?

Glokal itu gabungan Global + Lokal. Pernah diwar-warkan sedikit masa dulu oleh pak menteri. " kita mahu menjadi Lokal tetapi bertaraf Global ".


Senang cerita, strategi ini menjadikan budaya setempat (local) di meja hadapan sedangkan dibelakang tabir adalah mereka-mereka yang datang dari global. Dengan kata lain, rakyat setempat akan melihat 'muka-muka'  tempatan di premis itu tetapi di belakang pintu segala jenis mat salleh dan mat hitam ada.


Itu dari segi servis pelanggan. Dari segi strategi perniagaan pula, model perniagaan yang dibawa masuk adalah mengikut firma asal tetapi ada sedikit perubahan / ubahsuai untuk 'serasi' dengan budaya setempat.


Contoh yang sedikit kena mengena tetapi dapat menerangkan tentang konsep Multi-Lokal ialah Kopitiam. Kita tahu kebanyakkan kopitiam adalah perniagaan kaum Hailam / Hainan. Apa yang mereka buat ialah menggaji pelayan dari orang Malayu atau Indon, juga tukang masak yang Islam kerana mereka tahu makanan itu berkait dengan budaya tempatan dan di Malaysia, majoriti tempatan adalah yang halal. Padahal, pes mee kari dan kopi campuran dia mungkin dari sumber yang sama. Manalah kita tahu. Yang kita nampak cuma 'wajah-wajah' muslimah yang redup-redup air mukanya...



Oklah...

Cerita berkaitan tajuk entri tu belum lagi diceritakan di sini. Dah panjang ni. Bukan ada yang suka baca panjang-panjang pun.


Topik tajuk entri tentang 'menjadi globalisasi tak semestinya ke luar negara' nanti aku tulis lain kali.







.

Tuesday 19 April 2011

Berlumba-lumba setiap pagi dengan si dia...

.
" Ah... kali ini kita menang..!!!" kata aku kepada anak aku di sebelah.




Aku perlu pastikan anak aku sampai di sekolah tepat pada waktunya. Aku takrifkan 'tepat' itu sebagai 'tidak awal dan tidak lewat'. Jadi, setiap pagi aku akan pecut kereta tua aku, dan anak aku akan sampai 'tepat' pada masanya.


Penanda aras kami ialah seorang wanita berbangsa India pertengahan umur dan seorang anak lelakinya yang aku kira sebaya dengan anak aku.

Setiap pagi, aku akan terserempak dengan wanita dan anak lelakinya itu berjalan ke sekolah. Ya, mereka berjalan ke sekolah dari taman perumahan yang tidak jauh dari rumah aku. Tidak jauh. Dan mereka berjalan kaki ke sekolah kira-kira 1 km pergi dan pulang.


Kadang-kadang, kami terserempak mereka berdua di pintu pagar. Tapi, selalunya kami berselisih dengannya ketika dia sudah berjalan pulang dari sekolah. Ya, kami seringkali kalah dengannya yang setiap hari berjalan kaki.


Setiap kali kami berselisih dengan wanita itu, aku akan tunjukkan kepada anak aku. Kami 'berlumba' dengannya dalam diam.




Dan pagi ini, dengan jayanya aku sempat berhentikan kereta aku kira-kira 20 kaki ke depan dari mereka. Aku suruh anak aku keluar cepat-cepat dan berlari ke pintu pagar untuk pastikan anak lelaki India itu kekal di belakangnya.



Dan pagi ini, dengan bangganya kami telah berjaya mengalahkan mereka !







.

Sunday 17 April 2011

Otak Lembu...

.


Selama ni cuma tengok dalam Ass-throw, pasal makan benda bukan-bukan. Tapi kali ini aku jumpa sendiri resepi 'taboo'.


Tadi aku balik ke Langkap, dah tengahari tak manislah terjah rumah abang tanpa bagi 'signal' awal-awal nak datang. Mau disambut dengan batang penyapu, bukan nasi ambeng.


Jadi, aku singgah di restoran Ajmal Nasi Kandar.


Antara sajiannya, yang ini....







Aku tak sanggup nak makan gulai lemak Otak Lembu.

Aku ambil kepala sotong masak sambal.







.

Saturday 16 April 2011

Memang pesen pemandu Malaysia macam tu...

Oppsss...... !!!



Lain kali sebelum masuk ke dalam kereta, cuba jangan terus buka pintu bahagian pemandu.

Cuba berjalan ke sebelah sana kereta, sebelah kiri kereta dan berdiri dengan kepala sama paras dengan tombol pintu itu.

Lihat betul-betul permukaan pintu depan dan belakang sebelah kiri badan kereta itu.

Kemudian, pergi semula ke sebelah kanan badan kereta. Buat perkara yang sama.


Cuba perhatikan perbezaannya...


Aku dapati panel pintu depan dan belakang sebelah kiri kereta aku berlekak-lekuk. Penuh dengan garis-garis calar. Sebelah kanan kereta aku okey.

Sebabnya, orang parking sebelah selalunya tak hiraukan pintunya bila dibuka. Asyik 'tersentuh' panel kereta aku.

Aku juga dapati, semua kereta pun lebih kurang begitu: sebelah kiri lebih banyak lekak-lekuk daripada sebelah kanan.


Sebabnya, kereta di Malaysia dipandu dari sebelah kanan. Dan bila parking rapat-rapat memang payah buka pintu nak keluar. Lebih-lebih lagi kalau pesen buka pintu dengan kaki.





.

Thursday 14 April 2011

Sub-way roti panjang

.

Sub-way. Pernah nampak. Makanan sedap. Rotinya setengah kaki panjang. Kerat dua, satu makan dan satu lagi boleh simpan untuk esok-esok kalau tak basi.


Kenyang.









Kat mana sub-way ni?

Alaa... di Ground Floor, Bangunan Teoh-Beng-Hock, Seksyen 9, Shah Alam.







.

Ada orang meninggal dunia

.


Pagi-pagi tadi, seorang rakan hantar sms mengatakan ayahnya meninggal dunia. Penyebabnya dikatakan kanser.

Di pejabat pula, seorang rakan lain dapat e-mail mengatakan yang rakannya sekolahnya telah meninggal dunia juga. Penyebabnya dikatakan hypertension.

Hari ini hari Khamis. Ada diceritakan betapa eloknya jika dapat meninggal dunia pada hari Jumaat kerana diangkat siksa kubur.

Aku teringat salah satu ceramah oleh Ustaz Hassan Din tentang hakikat kematian dalam salah satu saluran TV.

Katanya, kematian pada hari Jumaat itu termasuk mati pada hari Jumaat, atau mati pada malamnya dan dikebumikan pada hari Jumaat.

Mungkin ramai yang tak sedar, aku pun baru sedar beberapa tahun kebelakangan ini, bahawa peralihan hari bagi manusia ialah 12.00 tengah malam tetapi peralihan hari bagi umat Islam ialah masuknya waktu Maghrib.

Kerana itu doa akhir tahun dan awal tahun dibuat sebelum dan selepas Maghrib.

Kerana itu juga berbuka puasa dibuat di penghujung hari iaitu bila masuknya Maghrib.








.

Wednesday 13 April 2011

Prinsip ... sampai bila ia bertahan?

.

Kadang-kadang, aku terjumpa duit syiling di atas jalan.


Ada kawan aku dulu, dia akan ambil.


Katanya, itu rezeki. Tuhan beri dengan cara itu.

Namun bagi aku, prinsip tetap prinsip. Kalau bukan milik aku, aku tak akan ambil.

Biar pun duit kertas bergulung. Malah, mungkin aku tak usik pun.




Pernah satu hari itu, di tempat letak kereta, aku ternampak duit kertas RM10 di atas tanah.


Aku lambai seorang penunggang motor yang lalu dekat situ, dan aku tunjukkan kepadanya.

Apa yang dia nak buat dengan duit tu, itu hal dia.

Janji, duit itu tidak dibazirkan nilainya begitu sahaja. Dan yang penting, aku tak langgar prinsip aku sendiri.







.

Terpedaya

Terpedaya...


Satu iklan itu mempamerkan satu produk baru yang diperkayakan  (improved), sehingga 25% lebih berkesan. Atau 35% lebih tinggi.

Cuma yang aku mungkin tak perasan ialah, apa asasnya (baseline) untuk ukuran peratusan itu?

Adakah 25% lebih berkesan daripada produk pesaing?

Ataukah 35% lebih tinggi daripada produk pesaing?

Kadang-kadang, ada tulisan kecil yang jarang kita baca, atau mungkin mereka tak berniat untuk beri kita baca.

Bahawa perbandingan itu hanyalah dengan produk sebelumnya. Dibandingkan dengan produknya sendiri.




Mengelirukan.... sungguh...







.

Wednesday 16 March 2011

Malaysia patut belajar dari malapetaka di Jepun

Jepun pernah di hujani dengan 2 bom atom semasa perang dunia ke-2. Berjuta rakyatnya mati, sama ada akibat ledakan dan juga dari kesan radioaktif yang deritanya memakan masa yang lama. Malah, tugu peringatan juga dibuat berupakan tinggalan bangunan yang masih utuh selepas ledakan bom atom itu.


Sayugia Jepun amat memahami akan kesan-kesan radiasi. Juga sudah tentu amat memahami akan negaranya itu terletak di atas garis sesaran plat tektonik yang agak aktif. Perkataan tsunami, yang menjadi ikon kepada ombak besar hasil gempa, juga diambil dari perkataan Jepun yang bermaksud " ombak pelabuhan ".


Dengan kata lain, Jepun terlalu-lalu memahami akan kaitan atom dan gempa bumi.


Namun begitu, Jepun tetap mendirikan berberapa loji kuasa nuklear. Kita tahu, punca Jepun menyertai perang dunia ke-2 juga disebabkan masalah tenaga. Masalah bekalan minyak dan ancaman dari tanah besar, untuk lebih tepat. Jadi, Jepun seolah-olah 'terpaksa' mendirikan loji kuasa nuklear. Dan akhirnya, kita lihat malapetaka yang menimpanya.


Sekarang ini, Malaysia pula telah pun bercita-cita untuk memiliki loji kuasa nuklearnya, meski pun kita tahu Malaysia punyai gunung dan lembah, juga hujan yang hampir separuh dari setahun. Ada cara lain untuk mengekang kenaikan kos kuasa elektrik dari penggunaan bahan api berasakan fosil. Walaupun Malaysia agak bernasib baik kerana tidak berada di garisan api yang aktif, Malaysia juga ada punyai beberapa kolam air panas yang terbentang dari utara hingga ke selatan.

Kajian pernah di buat ke atasnya dan dikatakan air panas itu terhasil bukan dari aktiviti gunung berapi. Ianya dikatakan terhasil dari tindak balas kimia batu kapur.

Dua perkara yang mungkin perlu dipertimbangkan tentang loji kuasa nuklear di Malaysia:

1. Pengurusan sisa radioaktif, di mana tak banayk negara yang sanggup menerimanya. Malah, menghantarnya memalui kapal laut juga mengundang banyak tentangan. Ada juga negara yang menerima tekanan daripada rakyatnya agar kerajaannya tidak membenarkan kapal itu berlabuh atau melalui perairannya. Kalau begini, di mana Malaysia akan buang sisa radioaktifnya? Di Bukit Nanas?

2. Apa kata kalau bumi Timur asyik diserang gempa bumi dan plat tektonik merekah? Kita sedia maklum sejak beberapa tahun ini, kejadian gempa bumi yang melebihi 6.0 skala Richter di kawasan Asia semakin kerap. Apa kata akalu lava dari perut bumi bergerak memasuki rekahan ini dan mencari jalan keluar lain. Melalui kolam-kolam air panas di Malaysia, misalnya. Hampir setiap negeri di pantai Barat Malaysia ada kolam air panasnya masing-masing.


Masihkah Malaysia mahu mendirikan loji kuasa nuklearnya?
Jika difikirkan, rasanya ada sebab lain. Sebab-sebab yang lebih strategik untuk memiliki loji kuasa nuklear. Apakah agaknya...?






.

Saturday 12 March 2011

Pusat jagaan orang-orang tua adalah baik?

Bukan setakat pusat asuhan untuk kanak-kanak sahaja, kini telah banyak pusat jagaan untuk orang-orang tua. Selain daripada itu, juga ada pusat untuk pesakit mental, pusat untuk pesakit kusta dan tibi, pusat serenti.... macam-macam.


Pusat jagaan orang-orang tua, ketika heboh diperkenalkan sedikit masa dulu, telah mengundang pelbagai reaksi dari masyarakat. Banyak yang menentang dan sedikit yang menyokong penubuhannya. Bagi yang menentang, norma-norma adat dan budaya menjadi batu asas tentangan mereka. Budi bahasa dan mengenang jasa orang-orang tua menjadi pegangan. Bagi mereka, institusi kekeluargaan dan jalinan masyarakat semakin musnah jika trend menghantar orang-orang tua ke pusat jagaan terus diamalkan.

Bagi mereka yang menyokong pula, 'meninggalkan' orang tua sendiri di pusat jagaan harian dilihat sebagai sesuatu yang praktikal dewasa ini. Bayangkanlah norma kehidupan seperti ini:

Suami dah isteri pergi kerja pada pukul 7 pagi untuk elak kesesakan lalulintas. Sebelum itu, mereka terpaksa singgah di sekolah untuk menghantar 2 orang anaknya yang bersekolah rendah. Oleh kerana tempat kerja mereka itu agak mengambil masa, mereka tidak boleh pulang ke rumah untuk makan tengahari demi menjimatkan masa. Manakala anak-anak mereka pula akan menaiki bas untuk transit di pusat jagaan kanak-kanak. Sekitar jam 6 petang, barulah mereka dapat menjemput anak-anak mereka itu di pusat jagaan/transit itu. mereka akan sampai di rumah sekitar jam 7 malam. Si isteri akan mula memasak untuk makan malam dan mereka sekeluarga akan makan malam pada jam 8.30 malam. Itulah rutin harian mereka.


Jika orang tua mereka tinggal bersama-sama dengan mereka, dan kalaulah orang tua mereka itu ditinggalkan di rumah, pasti jiwa orang tua mereka akan kosong dan kesunyian. Untuk yang kurang upaya, mereka terpaksa bersusah-susah untuk menyediakan makanan tengahari dan mungkin juga makan malam kerana mereka tidak mampu untuk bertahan lapar sehingga lebih jam 7 petang.


Kalaulah mereka di hantar ke pusat jagaan harian orang-orang tua, makan minum mereka pasti terjaga dan yang lebih baik lagi, mereka punyai ramai teman untuk bersebang atau bermain atau pun sekadar duduk-duduk bersama-sama.


Mereka tidak akan merasa sunyi. Dan bagi yang duda, mungkin mereka juga berpeluang mencari janda di sana...







.