Wednesday, 23 November 2011

Lelaki lebih pandai masak... ??

.

Bukan aku yang cakap. Itu Harian Metro yang cakap.



Lelaki lebih pandai masak

Oleh Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my


WALAUPUN dapur lebih dikenali sebagai ‘wilayah wanita’ tetapi sentuhan tangan lelaki yang jarang dapat beraksi di gelanggang kecil itu kadangkala mampu menghasilkan masakan yang unik dan menarik.

Itulah yang disaksikan di Gerai Hati di Karnival Gegaria Harian Metro (KGHM) 2011 di Kepala Batas, Pulau Pinang hujung minggu lalu apabila tiga hadiah utama Pertandingan Masakan disapu bersih kaum lelaki sekali gus membuktikan air tangan golongan itu lebih menarik dan memikat juri.


Kalah menang adat pertandingan, itu kata-kata yang dipegang pemenang utama, Rosli Abdul Majid, 50, yang terharu selepas diumumkan sebagai pemenang.

Katanya, tujuan asalnya menyertai pertandingan itu kerana minat dan ingin bertemu chef idolanya, Chef Zaidah namun terkejut dengan keputusan berkenaan.  [lagi...]

 dari myMetro- online





.




9 comments:

tasekM said...

tapi lelaki di rumah ni haram tak tau memasak.

Nizam.Ariff said...

TM,
dia malas.. bukan tak tau...
kan? hahaha

sepa said...

ehem.! salam brader, wa goreng telur sama rebus air jeh.

Nizam.Ariff said...

Sepa,
lu bukan champion buat teh o kat taman Maju dulu ke?

sepa said...

oya... lupa lak gua. la ni gua tak buat dah teh-o Boh atau Lipton, gua buat teh-o Twinnings, Darjerling & GreyEarl... hehehe...

Linda said...

aku sokong dalam diam...

pandai memang pandai,
masalahnya kalau wife ada kat rumah, automatik jadi MALAS!

Sang Kelembai said...

BK,
itu sebab lelaki juga 'bos' hahaha

sudipVSsenduk said...

suami di rumah hanya pandai memasak bila isterinya ini sakit tenat dirumah, huhuhu...

Sang Kelembai said...

Sudip,
hahaha.... ok la juga. Kalau dia tapaw jer, lagi payah...