.
Gigi adalah 'tool'.
Perkakasan yang diperlukan untuk mengunyah. Ia adalah perkakasan asas yang dijadikan Tuhan untuk manusia dan beberapa ratus ribu jenis binatang lagi. Perkakasan yang kegunaannya sungguh 'simple' dan penyelenggaraannya secara relatifnya juga mudah. Oleh kerana gigi adalah salah satu perkakasan asas untuk hidup, ia kerap kali tidak diambil peduli.
Itu dulu. Dulu itu bermaksud beratus-ratus tahun dulu.
Apabila gigi dikaitkan dengan kecantikan wajah, segala-galanya pun berubah.
Kini gigi merupakan aset yang penting untuk dijaga. Bila dah dikaitkan dengan kecantikan, gigi dah menjadi aksessori yang penting. Bila dah penting, selenggaraan pun dah jadi mahal. Macam-macam ada.
Satu lagi perkara asas dalam kehidupan yang dulunya tidak diberikan perhatian, seperti cerita gigi tadi, ialah KETIAK...
Apabila KETIAK mula dikaitkan dengan kecantikan, apakah yang bakal terjadi agaknya ???...
.
3 comments:
maka ketiak akan dipakaikan dengan baju khas dan disolek2 seindah rupa... :)
mungkin satu hari, kentut akan juga penuh makna... pada masa itu berebut2lah warga dunia untuk menciptahasil kentut manjadi sewangisemerbak mungkin... hehehe
nnti bulu ketiak org buh riben...
keh keh.
.
Sepa,
aku syak nanti baju-baju dilobangkan kat bahagian ketiak sebab nak tunjukkan bulu ketiak yang berpintal-pintal... hahaha
TM,
jenuh nak bela bulu ketiak panjang-panjang sebab nak pintal buat sanggul dan nak ikat reben... kakaka
Post a Comment