Bukan aku yang cakap. Itu Harian Metro yang cakap.
Lelaki lebih pandai masak
Oleh Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my
WALAUPUN dapur lebih dikenali sebagai ‘wilayah wanita’ tetapi sentuhan tangan lelaki yang jarang dapat beraksi di gelanggang kecil itu kadangkala mampu menghasilkan masakan yang unik dan menarik.
Itulah yang disaksikan di Gerai Hati di Karnival Gegaria Harian Metro (KGHM) 2011 di Kepala Batas, Pulau Pinang hujung minggu lalu apabila tiga hadiah utama Pertandingan Masakan disapu bersih kaum lelaki sekali gus membuktikan air tangan golongan itu lebih menarik dan memikat juri.
Kalah menang adat pertandingan, itu kata-kata yang dipegang pemenang utama, Rosli Abdul Majid, 50, yang terharu selepas diumumkan sebagai pemenang.
Katanya, tujuan asalnya menyertai pertandingan itu kerana minat dan ingin bertemu chef idolanya, Chef Zaidah namun terkejut dengan keputusan berkenaan. [lagi...]
dari myMetro- online