Sunday, 17 July 2011

Melayur...............

.

Zaman dulu...

Nak tahu dah ngam cantik, daunnya dimasak hingga cukup layu tapi tak terlalu layu. Cukup sekadar menjemur padi sehingga kering. Kalau terlebih, tak sedap. Kalau terkurang pun tak sedap.

Jadi, yang betul-betul tau hanya orang yang tahu melayur daun itu sahaja. Ianya amat payah untuk direplikasikan oleh orang lain.


Beberapa lama kemudian, ada seseorang yang mengkaji tahap layu daun yang sedap-sedap dimakan itu. Didapati kelembapan adalah 50%. Maka, dijadikanlah standard. Melayur daun biarlah sehingga 50% kelembapannya.


Beberapa puluh tahun pun berlalu lagi...

Yang mereka tahu hanya 50%...

Mereka tidak tahu bagaimana rupa daun yang layu dengan kelembapan 50% itu.

jika alat pengukur itu hilang, sahih daun itu dilayur dan rasa tak sedap.



Itulah dia ... antara seni dan sains.

antara kemahiran dan pengetahuan...






.

2 comments:

sepa said...

macam buat telur separuh masak...!

Nizam.Ariff said...

Sepa,

betul tu... macam, kalau tak ada perendam air panas yang menitis bak jam pasir tu, payahnak dapat telur seprauh masak yang kuningnya dah beku tapi putihnya masih boleh goyang-goyang...