Monday, 20 January 2014

Sun Tzu : The Art of War...clustered.

.


 Konsep 'peperangan' yang menjadi asas kepada Sun Tzu ialah
 'minimize casualties, maximize resources of mutual'.

Dengan kata lain, kalau boleh elakkan perang, elakkanlah. Berperang hanya akan menyebabkan kerugian kedua-dua belah pihak. Jadi, peperangan adalah jalan terakhir.

Aku cuma nak kongsikan beberapa 'clusters of strategies' di dalam Art of War. Kesemuanya ada 6 kluster merangkumi 36 strategi.


Cluster 1 - Fighting the stronger force.
(Jikalau pihak yang ditentang atau ingin menentang kita itu LEBIH KUAT).
  • Deceive the sky to cross the sea - moving in shadows will attract suspicions, instead move openly but hide true intention.
  • Besiege Wei to rescue Zhao - attack what your enemy loves most, to psychologically weakens him. Sesiapa yang tonton Red Cliff 1 mungkin kenal siapa Wei dan Zhao sebab cerita itu berdasarkan sejarah China.
  • Kill with a borrowed knife - use the strength of others to attack the enemy. Ini tak sama seperti 'lempar batu sembunyi tangan'. Ini lebih kepada mengupah orang lain yang lebih kuat atau sesuai untuk buatkan. Ada juga yang menggunakan falsafah ini untuk mengabui pihak lawan yang kononnya kita tak terlibat. 
  • Wait at ease for the enemy - relax, save energy while the enemy wears out.
  • Loot a burning house - attack an enemy when he is suffering from chaos, internal conflicts, defection etc. Ini lebih kurang macam 'menangguk di air keruh' maksudnya tapi taklah sama. Tak semestinya 'serang' atau 'serbu' ketika mereka sedang mengalami kepayahan. Lebih baik jika datang dengan menawarkan bantuan kerana dalam budaya Timur, hutang budi dibawa ke mati. Orang akan ingat sampai bila-bila. Banyak orang Cina yang buat cara ini dalam berniaga.
  • Make a feint (trick) to the east while attacking the west - deception, diversion. Ini berbeza daripada yang pertama. Yang pertama itu masih perlu berdepan tetapi yang ini lebih kepada bermuslihat.


Sesetengah strategi yang digunakan boleh dianggap bercanggah dengan nilai-nilai agama dan moral, dan mungkin juga sesetengah undang-undang negara.


Cluster 2  -  fighting for equal forces
(Jikalau pihak yang ingin ditentang atau mahu menentang kita itu SAMA KUATNYA)
  • Create something out of nothinguse feint / deception twice, the enemy will not trust you the third time!
  • Use a well-known path to advance by a hidden path  -  first direct attack, second indirect attack.
  • Watch the fire burning across the river  -  let the enemies fight among themselves until they are tired, then pick up pieces later.
  • Conceal a dagger in a smile  -  charm and impress first, attack when he trusts us. Ini seperti 'madu penuh racun'.
  • Cut down the plum tree to save the peach tree  -  scapegoat strategy, sacrifice short term for long term gain. Ini ramai orang guna bila dah tersepit...
  • Steal any passing goat  -  have a flexible plan, grab any benefit no matter how small it may be. Ini seperti 'sapu je'.


Cluster 3  -  For direct attack!
(Jika pihak lawan kurang berdaya berbanding pihak kita)
  • Beat the grass to startle the snake  -  launch a direct but brief attack to test out the enemy's strength.
  • Raise a corpse from the dead  -  reuse old ideas, strategies, technology etc.
  • Lure the tiger out of the mountain  -  lure the enemy out of his comfortable territory to fight in an unknown new territory. Biasanya kalau nak buat negotiation, panggil orang itu ke pejabat kita kerana kita lebih selesa di tempat kita. Tapi kadang-kadang dia tahu taktik itu. Tak mengapa, pergi sahaja ke Neutral Zone seperti di kedai mamak (tapi kalau kita selalu minum di kedai mamak itu, bermakna itu adalah comfort zone kita .. hehehe).
  • Let the enemy off in order to snare him  -  akin to 'don't force the tiger up the fence', let the enemy focus on escaping rather than fighting you.
  • Hold out a brick to attract a gem  -  using enticement such as wealth, power and sex. Kaum Cina panggil ini sebagai 'using the 5 sins' iaitu arak, perempuan, makanan, judi dan kuasa.
  • To catch rebels bring down their leader first  -  take out their leader.


Cluster 4  -  Confuse the enemy
(Antara strategi yang boleh digunakan untuk menjatuhkan pihak lawan)
  • Take away the fire from under the cauldron  -  undermine the enemy's foundation and remove his source of power / energy.
  • Fish in troubled waters  -  do something unusual, strange and unexpected to disrupt his focus and thinking.
  • The cicada sheds its skin  -  escape and regroup by creating an illusion.
  • Bolt the door to catch the thief  -  catch the enemy, letting it go means planting seed for future revenge.
  • Befriend a distant state while attacking a neighbour  -  the greatest enemy is the 2nd strongest in our field, not the strongest in other field.
  • Borrow a route to conquer Guo  -  borrow from an ally to attack a common enemy, after winning, turn against the ally.


Cluster 5  -  Gaining Ground
(Apabila memiliki sesebuah tempat atau kawasan)
  • Replace the beams and pillars with rotten timber  -  disrupt the enemy's method of operation. Contoh dalam bisnes ialah 'disruptive technology', teknologi baru yang menjadikan teknologi yang sedia ada menjadi kurang relevan e.g. Kaset, CD lagu digantikan dengan internet download.
  • Point at the mulberry only to curse the locust  -  without mentioning names, those guilty will feel it but will not reveal themselves. Ini seperti ' siapa yang makan cili, dialah yang rasa pedasnya'. Mungkin juga hamper sama dengan ' pukul anak sindir menantu '.
  • Feigning foolishness  -  pretend to be stupid. Kata orang, buat baik berpada-pada. Samalah juga, nak tunjuk pandai pun biarlah berpada-pada. Kalau asyik tunjuk pandai, nanti ada yang buat-buat bodoh dan akhirnya yang tunjuk pandai akan kena buat kerja.
  • Remove the ladder after the ascent  -  using baits and deception, lure the enemy into treacherous ground and cut off his supply.
  • Putting fake blossoms on the tree  -  pretend to make something of no value seen valuable. Ini banyak dilakukan oleh pengusaha atau peniaga...yang dipanggil kononnya 'valuadded' sedangkan barang yang layak untuk tong sampah tapi kemudian ditambah itu ini.
  • Host and guest reversed  -  defeat the enemy by 'attacking inside out', pretend to cooperate and attack from inside, e.g. police informants. Kalau dalam social, ini dipanggil 'kawan makan kawan'.


Cluster 6  -  Before the Last Stand
(Sebelum berundur dari medan perang jika hamper tewas)
  • Beauty trap  -  deploy traps all over the place. Jika berundur, jangan biarkan musuh senang-senang masuk ke tempat kita.
  • Empty city ploy  -  act casually when the enemy is attacking, arousing suspicion that we may have traps.
  • Use the enemy's spies to sow discord in the enemy's camp  - create rumours, bad / false information for the enemy's spies. Enemy's spies ini kadang-kadang datang dalam bentuk  para konsultan atau auditor yang selalu datang minta data itu ini, dalam masa yang lain, menjual maklumat kepada pesaing.
  • Inflict injury on oneself to win the enemy's trust
  • Interlocking stratagems  -  use combination of strategies to win the fight
  • He who runs away today lives to fight another day  -  try to escape unharmed, to reconcile with others and fight the next day. 


Sekian.

.

Tuesday, 13 November 2012

Guided Brainstorming technique ... express way for The Theory of Inventive Problem Solving

.

Tajuk 1: Kreatif yang Inventif... setakat menjadi insan yang kreatif sahaja tidak cukup!


Menjadi seorang yang berfikiran kreatif, walaupun bukan mudah, ianya bukan susah tara mana pun.
Segala modal yang diperlukan sudah ada disediakan Tuhan. Supplement yang perlu ialah berdoa: minta dicetuskan ilham dan cahaya hikmah dariNya.

Kreatif yang aku maksudkan di sini bukanlah kreatif yang biasa-biasa tetapi kreatif yang inventif. Jadi, hari ini aku mahu kongsikan sedikit pengetahuan tentang 'kreatif yang inventif ' dalam menyelesaikan masalah. Masalah yang ku maksudkan bukanlah setakat masalah berkaitan alam pekerjaan dan teknikal, malah masalah yang kita mungkin hadapi seharian. Contohnya: Aku suka memasak tapi tak suka kemas dapur.

Perhatian; Bukan tujuan aku untuk mengajar tetapi nak berkongsi.

Apa dianya kreatif yang inventif?

Anda boleh cari definisi kreatif sendiri, tak perlu aku tuliskan lagi. Namun, menjadi kreatif tidak semestinya menghasilkan invention. Banyak orang tulis tentang tingkat-tingkat inovasi (level of innovation) tetapi aku lebih gemar yang ini:

  • Level 1 - Improvement (tambah-baik dari yang sedia ada)
  • Level 2 - Technical invention (mencipta sesuatu dengan menyelesaikan masalah teknikal)
  • Level 3 - Physical invention (mencipta sesuatu menggunakan ilmu pengetahuan lain untuk menyelesaikan masalah)
  • Level 4 - Technological breakthrough (mencipta satu teknologi yang baru untuk selesaikan masalah)
  • Level 5 - New Discovery (penemuan baharu seperti Penisilin, Teori Fizik dsb yang sekurun mungkin 2-3 kali saja)

Jadi, kreatif yang inventif biasanya pada Level 3 & Level 4.Manakala Level 1 & Level 2 biasanya boleh diselesaikan dengan cara Problem Solving Methodology yang biasa.

Kenapa Level 5 bukan inventif?
Kerana penemuan biasanya bukan disengajakan. Ia dikatakan penemuan kerana apa yang ditemui itu bukanlah dia yang ciptakan tetapi Tuhan telah ciptakan dan dia hanya menemui atau memahami ciptaan Tuhan itu.

Methodology yang aku nak kongsikan (kreatif yang inventif) ini telah aku ubahsuai supaya lebih mudah untuk kegunaan sehari-hari. Ianya lebih kepada logik dan ilham (untuk menyelesaian masalah berkaitan teknikal atau business, methodology tertentu perlu digunakan). Dan cara ini amat sesuai untuk menyelesaikan suatu pertembungan (contradiction).

Contoh: Aku suka makan macam-macam TETAPI aku tak nak jadi gemuk!
Contoh: Aku nak balik kampung TETAPI aku ada kerja tak selesai. 

Methodology yang aku biasa guna ialah:

Apa masalahnya  -> Bina struktur kontradiksi -> Guided Brainstorming -> Pilih penyelesaian yang sesuai.




Tajuk 2: Cara-cara selesaikan masalah secara kreatif lagi inventif...


Entri sebelum ini, aku ada dedahkan langkah-langkah yang biasa aku gunakan iaitu:
(nota: langkah-langkah ini telah disesuaikan untuk masalah yang melibatkan kontradiksi)

Apa masalahnya  -> Bina struktur kontradiksi -> Guided Brainstorming -> Pilih penyelesaian yang sesuai.

Langkah 1: Apa masalahnya?
Cuba kenal pasti apa sebenarnya masalah itu. Kadang-kadang yang ternampak cuma simptom sahaja dan bukan masalahnya. Contoh: Eh, berat badan aku dah naiklah, baju aku dah mengecut, bini aku kata aku dah tak macho. Bila diselidiki, didapati 'aku' dah kerap makan. Bukan disebabkan stress atau penyakit lain tetapi sebab suka makan. Apabila ditanya, kenapa 'aku' makan banyak, dia kata "aku suka makan, semuanya nampak sedap"

Langkah 2: Kontradiksi.

Tapi, 'aku' dah mula risau sebab bini dia kata dia dah tak nampak macho. Jadi, dia tak suka gemuk. Kontradiksi yang boleh dibuat ialah " Aku suka makan macam-macam TETAPI aku tak nak jadi gemuk "

Langkah 3: Guided Brainstorming.


Langkah ke-3 ini biasanya ialah langkah mencari penyelesaian masalah. Yang biasa kita dengar ialah 'brainstorming' dan 'mind mapping' sebagai perkakasan untuk menjadi penyelesaian. Tapi, masalahnya ialah dalam 'brainstorming' itu apa-apa sahaja menjadi kemungkinan dan kerap kali kita tak tahu nak mula dari mana.

Maka, dengan ini aku usulkan salah satu teknik untuk 'brainstorming' tapi aku panggil 'guided brainstorming'.

Kenapa 'guided brainstorming'?
Kerana kalau lepaskan semua 'brain' dalam 'storm', ditakuti nanti semuanya jadi caca-marba dalam ribut taufan. Jadi, aku rasa kita perlu buatkan satu lampu suar (beacon) atau tali atau papan tanda atau apa-apa agar orang-orang yang panik atau kelam kabut di dalam ribut itu tahu arah mana hendak dituju. Tetapi, tak boleh melanggari falsafah 'brainstorming' itu sendiri seperti 'do not pre-judge ideas'. 'free flow of ideas' dsb.

'Guided Brainstorming' juga ada falsafahnya. Secara ringkasnya begini:

"Some time, somewhere, somebody have solved your problem"


Maksudnya, masalah yang kita hadapi ini kebiasanya bukanlah unik. Ada ramai lagi manusia dalam dunia ini mungkin pernah mengalaminya dan mungkin ada beberapa orang telah berjaya menyelesaikan masalah itu. Jadi, buat apa kita nak bersusah-payah nak fikir. Kita selidik dulu bagaimana dia orang selesaikan dan cuba lihat kalau-kalau ianya bersesuaian dengan kita.

Beberapa penyelesaian itu, kalaulah diselidiki dalam-dalam, menggunakan beberapa prinsip asas atau petua.

Oleh itu, 'guided brainstorming' menggunakan prinsip-prinsip asas atau petua ini dalam aktiviti 'brainstorming'.  Prinsip-prinsip itulah menjadi lampu suar (beacon) agar para peserta yang berada dalam ribut taufan tidak caca-marba. Dengan kata lain, prinsip-prinsip ini mungkin dapat membantu mencari penyelesaiannya.



Tajuk 3: Guided Brainstorming... express inventive problem solving


Apa yang aku maksudkan dengan Guided Brainstorming ialah proses mengeluarkan idea-idea dengan memikirkan sekitar prinsip-prinsip asas yang diberikan. Perbezaan dengan classic brainstorming ialah satu prinsip akan disebut dan kita cuba menggunakan prinsip tersebut untuk mencari penyelesaian yang munasabah. Jika sudah habis difikirkan atau tiada idea yang timbul, prinsip seterusnya akan diutarakan. Jadi, sessi brainstorming akan menjadi lebih berstruktur.

Pada asasnya, cara ini digunakan oleh pengamal TRIZ dan dalam TRIZ yang original, ada 40 prinsip asas yang telah disenaraikan oleh penciptanya. Kemudian, TRIZ telah berevolusi dan para pengamalnya telah menokok-tambah sehingga menjadi lebih daripada 40 prinsip, adakalanya hingga mencecah ratusan!

Namun, ianya terlalu teknikal dan bosan. Jadi, aku senaraikan 12 prinsip asas yang paling banyak aku gunakan dan contoh-contohnya. Cukup?


Ingat! Biarkan idea keluar dan DO NOT PRE-JUDGE THE IDEAS. 
Ada kalanya idea itu sungguh tak masuk akal tetapi mungkin berguna pada satu hari nanti.

Selesaikan masalah ini: "Aku suka makan macam-macam tapi aku tak nak jadi gemuk"

1.  Simultaneous process - lakukan 2 atau lebih perkara sekaligus.
     e.g.:Makan sambil minum air banyak-banyak supaya cepat kenyang
            Makan sambil berjoging ... kalori masuk = kalori dibakar
            Makan sambil sembang dan bergurau senda ... seronok sampai lupakan makanan
            Makan sambil tidur (errk??)... ooo, mungkin untuk Astronaut nak ke Marikh, cucuk masuk air zat semasa tidur
            Makan dan gemukkan sekaligus (errk 2x?)... tak ada idea hahaha..

2.  Divide - pisahkan, pecahkan mereka atau komposisi mereka.
     e.g.: Pisah-pisahkan makanan yang sedap2 itu dan makan pada masa berlainan
             Pisahkan yang tak baik (lemak, karbo) daripada yang baik (vitamin, serat)
             Pisahkan kegemukkan dari makanan (errk?)... dan gantikan perkataan 'gemuk' kepada 'hodoh'
             Pisahkan makanan kepada beberapa bahagian dan makan hanya 1 bahagian... boleh?
             Pisahkan nafsu dari rasa nak makan (errk?)... perrgh! boleh jadi tok wali ni. 

3. Combine - gabungkan mereka.
    e.g.: Gabungkan makanan dengan dengan minuman ... sup? bubur?
            Gabungkan kegemukkan (erkk?)... letakkan orang gemuk2 di depan kita semasa kita nak makan!
            Gabungkan yang tak baik dengan sesuatu supaya tak diserap badan ... minyak+fiber?

4. Encapsulate - selaputi, bendung atau kurung mereka
    e.g.: Kurung nafsu atau rasa mahu makan... puasa? katakan "TIDAK" kepada makanan!
            Kurung diri sendiri semasa waktu lunch, dinner (errkk?)... suruh kawan kuncikan bilik dari luar... hahaha
            Selaputi makanan lazat tapi tak elok dengan sesuatu yang tak sedap (errk?)... bubuh hempedu pahit?
            Bendung lemak, karbo dsd daripada diserap masuk ke dalam tubuh
           
5. Paralel - walau pun terpisah tetapi mulakan pada masa.
    e.g.: Makan banyak-banyak, pada masa yang sama minumlah julap...
           (sila kembangkan lagi)

6. In sequence - berturutan, selepas satu baru mulakan yang satu lagi.
    e.g.: Buat sesuatu supaya masa makan, tidur dan beriadah dilakukan secara teratur
            (sila kembangkan lagi)

7. Pre-process - buat proses awalan, mana yang boleh buat, buatlah dahulu.
    e.g.: Prosess makanan awal-awal supaya lemak, karbo dsb dihilangkan dahulu sebelum dihidangkan...
            (sila kembangkan lagi)

8. Delay - lewat-lewatkan
    e.g.: Lewat-lewatkan menelan... kunyah sampai rahang lenguh dan tak boleh makan lagi dah... hahaha
           (sila kembangkan lagi)

9. Speed - percepatkan
    e.g.: Makan cepat-cepat di depan awek di restoran sampai dia kutuk dan benci, tak nak dating lagi... hahaha
           (sila kembangkan lagi)

10. Space - gunakan ruang yang ada atau ciptakan ruang baru
      e.g.: Letak pasu bunga, FM, Teddy Bear dsb di atas meja makan, biar ruang nak letak makanan tak ada...
              (sila kembangkan lagi)

11. Time - gunakan atau ubah masa
      e.g.: Ubah masa makan supaya rasa lapar dah hilang.... boleh ke?
              (sila kembangkan lagi)

12. Discard - buangkan.
      e.g.: Bila nak suap, terus campakkan ke dalam tong sampah... boleh? hahaha
 


Dimanakah elemen 'kreatif yang inventif'? Tak ada pun sesuatu yang inventif di situ?

Ok. Ianya bergantung kepada pengetahuan asas orang yang melakukan 'brainstorming', jadi apabila idea dikembangkan maka akan sampai satu tahap benda-benda yang mengarut pun boleh keluar. Dan diantara benda-benda mengarut itu mungkin ada sesuatu yang baru.

Oleh kerana aku ada asas sains, aku bagi contoh-contoh yang berikut:

1.  Simultaneous process
Cipta satu enzim yang bertindak menguraikan makanan yang tidak baik (selective enzyme which acts ONLY to bad food) ketika mengunyah lagi. Dah ada belum? kalau tak ada, dan berjaya dicipta, kita boleh komersialkan dan jadi kaya... whooaa.. .pakcik kayo! 

2.  Divide
Pasangkan satu mekanisma di dalam perut dimana minyak, karbo dsb akan di simpan pada satu sudut di dalam perut dan tidak akan diserap oleh tubuh. Jadi, makanan yang itu akan dibuangkan melalui 'pintu' lain. Bagaimana nak buat? Hmm.... mungkin 50 tahun lagi para saintis dan doktor boleh buat. 

3. Combine
Telan segerombolan 'pembawa' (carrier) yang akan melekap pada makanan tidak baik ketika di dalam perut (minyak, karbo?) dan membawanya keluar dengan cepat. Mungkin dengan teknologi nano?

4. Encapsulate
Cipta satu cecair seperti jelly yang akan 'membungkus' makanan yang ditelan, menyebabkan makanan tak dapat diproses dan diserap tubuh.
           
5. Paralel
Buat satu hormon yang mengurangkan rasa lapar atau mahu makan DAN bertindak secara automatik setiap kali ada rasa keinginan mahu makan. Dan ianya boleh dilaraskan kekuatannya dan masanya, yakni boleh diprogramkan oleh diri sendiri.

6.... 7... 8.... 9....10....11.. ( pagi-pagi ni malas nak fikir.. hahaha)

12. Discard
Tebuk satu lubang pada esofagus dan letakkan satu injap bio yang diperbuat daripada otot-otot yang boleh dikawal-perintah oleh otak. Setiap kali kita telan, makanan akan disalur-keluarkan ikut situ, jadi makanan tak sempat sampai ke dalam perut. Tapi, kalau kita makan sayur, tutup injap itu dan makanan akan masuk ke dalam perut. Ada berani?


Dan langkah terakhir ialah....

Langkah 4 - Pillih penyelesaian yang difikirkan sesuai.
Ada penyelesaian yang mungkin tidak boleh dibuat pada masa sekarang kerana ilmu dan teknologi belum wujud lagi tetapi pada satu hari nanti mungkin teknologi itu ada dan penyelesaian itu boleh digunakan. Mana tahu, kan? Masa kita kecil dahulu mana kita boleh fikirkan yang telefon, TV, Radio dan internet boleh digabungkan dan menjadi sekecil saiz tapak tangan? Segala kemungkinan boleh berlaku.


Sekian. Silakan mencubanya.


************************************************************
Kepada yang ingin tahu prinsip-prinsip asal Inventive Problem Solving atau TRIZ (teoriya resheniya izobretatelskikh zadatch)  bolehlah rujuk kepada pautan-pautan ini:
Kalau nak tahu apa itu TRIZ, sila rujuk wikipedia di sini...

Nota:
  • Guided Brainstorming bukanlah sebahagian dari 40 prinsip-prinsip TRIZ tetapi adalah cara yang diciptakan untuk memudahkan prinsip-prinsip itu digunakan.
  • Methodology yang aku paparkan disini BUKANLAH methodology TRIZ yang asli tetapi telah aku ubahsuai untuk memudahkan mereka yang tak mempunyai asas teknikal. (This methodology IS NOT the original TRIZ) 
  • Penulis (ehem-ehem!) adalah pemegang black belt kaler hijau dalam amalan TRIZ.
*****************************************************


.

Wednesday, 4 April 2012

MANTERA movie trailer HD

.


<object width="560" height="315"><param name="movie" value="http://www.youtube-nocookie.com/v/vVy7NAw57ho?version=3&amp;hl=en_US"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube-nocookie.com/v/vVy7NAw57ho?version=3&amp;hl=en_US" type="application/x-shockwave-flash" width="560" height="315" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true"></embed></object>




MANTERA 2012 trailer yang ini lebih panjang...



Wah... kalau dilihat pada trailer macam gah sungguh...!

Dan nanti, pasti akan ada syarikat pembuat permainan kanak-kanak yang akan mengeluarkan gajet-gajet yang digunakan dalam filem ini. Ditambah pula dengan mini sirries di Disneys atau Nick.

Apa-apa pun, satu percubaan yang berani dan patut dipuji.






.

Thursday, 15 March 2012

Benarkah vitamin B17 diharamkan?

.

Ada dengar-dengar cerita mengatakan vitamin B17 yg boleh dikeluarkan daripada kernel buah Aprikot dapat membantu memulihkan kanser?

Kemudian, benarkah US tak benarkan ianya dijual? Ada para konspirator mengatakan semuanya kerana wang. Buah Aprikot yang murah akan merugikan syarikat-syarikat farmasi gergasi dan hospital-hospital ternama kerana selama ini rawatan untuk kanser adalah tersangat mahal dan menguntungkan mereka.




Ini diantara kata-kata mereka yang menyokong:

" mygdalin has been advocated by some as a "cure" or a "preventative" for cancer, but due to a lack of scientifically accepted evidence of its efficacy, it has not been approved for this use by the United States' Food and Drug Administration.[3]. While some people believe that cancer is related to such a lack of "B17," and thus that it can be used as cancer treatment, it has not been established as medical fact. The lack of information and the self-medication of patients with amygdalin causes severe problems in cancer treatment.[7]

A review of the clinical evidence was published in 2006 with the conclusion "Therefore, the claim that laetrile has beneficial effects for cancer patients is not supported by sound clinical data."[8]





Ini pula kata-kata mereka yang menentang:

"Any Doctor that wants to use the substance from apricot pits, must have their patient fill out a form and then the doctor must submit the form to the FDA... Again, most doctors don't want to get involved in this and would rather keep their names off of the FDA lists. Additionally, the doctor's malpractice insurance will not be valid if they prescribe laetrile ( B17, amygdalin ) to a patient. The American Medical Association ( AMA ) treats any Doctor that prescribes laetrile to be a renegade ( traitorous ) and that he has violated the AMA's membership policies and will be subject to membership termination. Therefore any Doctor that prescribes laetrile may destroy his career as a Doctor. "


"There is no valid reason to ban a vitamin, especially B vitamins which are water-soluble and are expelled in our urine not stored. There has never been a case of water-soluble vitamin overdose, however 600 people every year overdose from Aspirin which is perfectly legal and often prescribed."





Cerita lanjut boleh di dapati di sini....

Dah macam kisah konspirasi renewable energey dan minyak je...




.

Friday, 10 February 2012

Tiba-tiba nama Chenderong Balai jadi terkenal....

.

Nama Chenderong Balai yang entah di ulu hutan banat mana tiba-tiba menjadi terkenal dengan kejadian sebaran rotavirus yang sedang menular di sana...




TV3, 10 Feb 2012 - Dua bayi berusia antara dua dan 10 bulan disyaki mangsa korban wabak Rotavirus di Perak. Wabak itu dikesan sedang merebak di daerah Batang Padang dan Hilir Perak. Hingga kini lebih 2,200 mangsa sebahagian besarnya kanak-kanak bawah 12 tahun dikhuatiri dijangkiti virus itu.

Menurut Exco Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon wabak itu dipercayai menular sejak dua minggu lalu. Antara tanda-tanda dijangkiti wabak itu ialah demam, cirit-birit, muntah, loya, sakit perut, sakit kepala dan hilang selera makan. Seramai 1,397 mangsa termasuk 144 kes baru hari ini dikesan di daerah hilir Perak. Semua mangsa adalah penduduk Hutan Melintang, Teluk Intan, Chenderong Balai dan Langkap...






.

Saturday, 4 February 2012

Monday, 9 January 2012

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

.


KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Keputusan itu dibacakan oleh Hakim Datuk Mohamad Zaibidin Mohd Diah di Mahkamah Tinggi, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada jam 9.15 pagi tadi.

Mohamad Zabidin dalam keputusannya berkata dalam kes ini integriti sampel DNA Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak dapat dipastikan. Menurutnya, adalah tidak selamat untuk bergantung dengan keterangan DNA itu memandangkan tidak ada keterangan menyokong keterangan Mohd Saiful Bukhari.
sumber: myMetro.





Ok. DSAI telah dilepas dan dibebaskan dari pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya itu. Apa lagi lagi selepas ini?


Bolehkah DSAI bertanding untuk perdana menteri? Bolehkah dia dibenarkan menakluk Putrajaya?

Kalaulah sebelum ini ada yang mengatakan DSAI tidak releven lagi untuk PRU13, adakah kini dia menjadi amat-amat releven?


Setakat ini, yang tidak releven hanyalah sampel DNA yang diambil dari 'mangsa', itu kata Hakim.






.

Wednesday, 4 January 2012

Adam Adli dan Tragedi Berdarah di UPSI... Itu tempat selalu aku lalu lalang tu... hish!

.

Apa nak jadi entahlah. Hendak buat sesuatu perlu bijaksana, kaji dulu caranya. Lainlah kalau memang tujuannya untuk dikenali ramai. Kalaulah itu yang dia mahu, maka tercapailah apa yang dia rancangkan.

Bacalah forum ini....


Dan lihatlah pernyataan ini pula....



Tapi tergamakkah dia kalau dikatakan tragedi berdarah itu pada asalnya tercetus oleh perbuatan dia yang, sama ada menurut perasaan demi kepercayaannya terhadap apa yang dia perjuangkan, atau pun di sogok-sokongan oleh pihak-pihak berkepentingan yang mengambil kesempatan terhadap semangatnya yang berkobar-kobar?


Dengan kata lain, ada orang yang mencurah tuba lalu mengharapkan ada anak muda yang mabuk keracunan lalu mencetuskan tragedi?


Sanggupkah dia bertanggungjawab?


Kalaulah aku, sudah pasti aku tak tidur malam dibuatnya.

Dan kalaulah aku, aku akan tulis buku atau gunakan alam siber yang tanpa batas ini dan percuma pula. Bukankah pujangga bijaksana pernah berkata " Pena itu lebih tajam daripada Pedang"?

Dia tak belajar di UPSI tentang itu? Bukankah yang mengatakan itu jga salah satu tokoh yang terkait rapat dengan MPSI atau UPSI? Aku bukan orang sejarah... mungkin ya dan mungkin tidak.






.

Saturday, 31 December 2011

Roti Gardenia versus Massimo bertarung hebat....? Siapa yang menang?

.


Aku beli Roti Massimo atas dasar ianya lebih sedap dan lebih murah. Bak kata orang barat, 'value for money'. Dengan populariti yang diberikan oleh masyarakat kepada Roti Massimo, aku dapat jangkakan apa yang berlaku kepada kilang roti Gardenia.


Roti mempunyai 'shelf-life' yang singkat. Roti putih seperti itu cuma boleh bertahan selama seminggu paling lama. Oleh itu, Gardenia mengeluarkan roti putihnya hari-hari untuk menambah atau menukar roti yang cukup tarikh. Bayangkan apa yang Gardenia alami apabila 2 minggu roti putihnya tak bergerak di rak-rak di kedai-kedai serbaneka. Aku syak, akan berlambaklah bekalan  roti gula iaitu roti putih yang dikeringkan dan di tabur gula dan majerin. Tak apa, memang sedap pun kalau dicicah dengan kopi O panas...


Aku tak tahu pula cerita persaingan Gardenia dan Massimo ini sampai melalut-lalut ke perkauman. Sampai ke parti-parti politik. Sampai dikaitkan dengan DAP, dikaitkan dengan Anwar Ibrahim. Sampai dikaitkan dengan Syed Bukhari dan Robert Kwok.

Sila lihat cerita yang ini....



Sampai begitu sekali demi sebuku roti putih?

Gardenia pun, kenapa tak pandai nak kawal harga? Ohhh.... sebab kilang tepung orang lain yang kawal? Dia beli dari Malayan Flour Mill (MFM) yang beroperasi di Lumut, Perak. Di dalam suratkhabar Berita Harian bertarikh hari ini, ada satu muka surat pernyataan oleh Gardenia tentang ini.


Aku kenal MFM itu sebab aku pernah berada di kilang itu selama 4 bulan, tahu selok beloknya. Aku tak pasti kalau ada kilang MFM yang lain selain dari di Segari, Lumut itu.


Alaaaa.... Massimo tu pun sampai bila dia nak beri diskaun (harga RM4 tapi harga promosi RM2.50). Lama-lama, dia naikkan baliklah. Masa itu, mungkin aku berhijrah semula ke Gardenia.


Tapi betullah.... Roti putih Gardenia tu agak padat dan keras. Memang bagus sebab cepat kenyang tetapi keras sangat. Elok juga kalau Gardenia lembutkan sikit. Dia pun boleh untung sikit sebab bubuh banyak yis bagi ringan...


Apa-apa pun, tak ada ke yang nak bersaing dengan 'Roti Benggali' atau Roti Pound?








.

Monday, 19 December 2011

Pengguna tak asing sisa pepejal akan didenda

.



Pengguna tak asing sisa pepejal akan didenda


2011/12/19

PUTRAJAYA: Orang ramai akan diwajibkan untuk mengasingkan sisa pepejal masing-masing yang boleh dikitar semula dalam tempoh tiga tahun lagi dalam usaha kerajaan mengurangkan jumlah sisa pepejal di negara ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung, berkata bagi merealisasikan hasrat itu, kementerian akan mewujudkan sistem kutipan sisa pepejal yang boleh dikitar semula sekali seminggu bermula 1 September 2012 di semua negeri di Semenanjung kecuali Selangor, Pulau Pinang dan Perak.

sumber: bharian.com.my




Patutlah bagi tomg sampah percuma. Tak apa, ianya memang patut dan perlu disokong. Di negara Jepun, sisa pepejal ini telah siap-siap diasingkan oleh tuan rumah.

Elok juga tu, bayangkan kalau perut ikan dan ayam dicampurkan sekali dengan plastik chup-pa-chap dan kotak pizza, tentu payah nak diasingkan oleh loji sampah.

Tapi, elok juga dibuat penambah-baikkan lagi...

Kalaulah dah tau sampah domestik berpunca dari dapur tu membusuk dan telah siap-siap diasingkan, apa salahnya kerapkan diambil sampah jenis itu.



Pasal denda pula... err... takkan nak di denda?

Nak denda sapu sampah sekitar kawasan perumahan ke?





.

Sunday, 11 December 2011

Aura Aeron ...

.

Malaslah nak cakap.... karang kata kami saudara pulak.








Keh keh keh....




.

Wednesday, 23 November 2011

Lelaki lebih pandai masak... ??

.

Bukan aku yang cakap. Itu Harian Metro yang cakap.



Lelaki lebih pandai masak

Oleh Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my


WALAUPUN dapur lebih dikenali sebagai ‘wilayah wanita’ tetapi sentuhan tangan lelaki yang jarang dapat beraksi di gelanggang kecil itu kadangkala mampu menghasilkan masakan yang unik dan menarik.

Itulah yang disaksikan di Gerai Hati di Karnival Gegaria Harian Metro (KGHM) 2011 di Kepala Batas, Pulau Pinang hujung minggu lalu apabila tiga hadiah utama Pertandingan Masakan disapu bersih kaum lelaki sekali gus membuktikan air tangan golongan itu lebih menarik dan memikat juri.


Kalah menang adat pertandingan, itu kata-kata yang dipegang pemenang utama, Rosli Abdul Majid, 50, yang terharu selepas diumumkan sebagai pemenang.

Katanya, tujuan asalnya menyertai pertandingan itu kerana minat dan ingin bertemu chef idolanya, Chef Zaidah namun terkejut dengan keputusan berkenaan.  [lagi...]

 dari myMetro- online





.




Sunday, 20 November 2011

Gigi punya cerita...

.

Gigi adalah 'tool'.

Perkakasan yang diperlukan untuk mengunyah. Ia adalah perkakasan asas yang dijadikan Tuhan untuk manusia dan beberapa ratus ribu jenis binatang lagi. Perkakasan yang kegunaannya sungguh 'simple' dan penyelenggaraannya secara relatifnya juga mudah. Oleh kerana gigi adalah salah satu perkakasan asas untuk hidup, ia kerap kali tidak diambil peduli.


Itu dulu. Dulu itu bermaksud beratus-ratus tahun dulu.



Apabila gigi dikaitkan dengan kecantikan wajah, segala-galanya pun berubah.

Kini gigi merupakan aset yang penting untuk dijaga. Bila dah dikaitkan dengan kecantikan, gigi dah menjadi aksessori yang penting. Bila dah penting, selenggaraan pun dah jadi mahal. Macam-macam ada.



Satu lagi perkara asas dalam kehidupan yang dulunya tidak diberikan perhatian, seperti cerita gigi tadi, ialah KETIAK...


Apabila KETIAK mula dikaitkan dengan kecantikan, apakah yang bakal terjadi agaknya ???...






.

Wednesday, 9 November 2011

Bagai kera sumbang mendapat bunga Ros yang wangi...

.


Segala-galanya, aku rasa, akibat dari konsep perpaduan ala 1Malaysia.


Sedikit demi sedikit pihak-pihak tertentu mula menyuarakan pendapat mereka yang dikatakan bersandarkan konsep 1Malaysia. Menyuarakan pendapat mereka juga sebenarnya menyerlahkan apa yang ada dalam fikiran mereka.


Dah macam-macam.

Terbaru, isu korban LEMBU di khalayak ramai yang dikatakan boleh menyebabkan rasa kurang enak di kalangan agama lain. Melalui konsep 1Malaysia, adakah nanti orang Islam hanya berkorban binatang ternakan 4 kaki yang lain? Kambing, Rusa dan Unta sahaja? Ataukah sekadar Ayam (untuk satu mazhab itu)?.



Kelegaan bukaan tak sampai pun 10cm , mereka telah berjaya meneran keluar dan meloloskan diri dari rahim. Senak perut ibu weh....





.

Wednesday, 2 November 2011

'Perarakan Pelangi' ... secantik namanya?

.


Ayam jantan kalau jumpa ayam jantan yang lain pasti akan bergaduh.

Singa jantan kalau jumpa singa jantan yang lain akan bergaduh juga.

Tak payah binatang besar-besar.

Ikan laga jantan kalau dihadapkan dengan ikan laga jantan yang lain, masing-masing nak bergaduh.

Itu fitrah.


Semuanya menjaga kawanan seks masing-masing dari dicerobohi.

Itu fitrah.


Kalaulah manusia jantan dan manusia jantan berkongsi alat seks untuk main sama-sama? Aku main kau, kau main aku?

Itu bukan fitrah.



Cuma aku tak pasti sama ada singa betina kalau jumpa singa betina jadi bergaduh atau tak...


hahaha....






.

Wednesday, 26 October 2011

Halalhub.... yang haram boleh halal ?

.

Tadi.

Sambil-sambil buat kerja pejabat di rumah, telinga aku mendengar satu rancangan tentang halal hub dan vaksin yang haram.

Cuma aku musykil dengan skrip yang dibacakan oleh komentar rancangan tersebut.

Mengikuktnya, banyak vaksin yang didapati sekarang ini bersumberkan yang haram. Dengan inisiatif kerajaan untuk melebarkan sayap produk halal dalam bidang farmasutikel, bidang vaksinasi juga diceburi.

Menurutnya lagi, buat masa sekarang mendapatkan vaksin yang halal adalah sukar.

Oleh itu, dibolehkan menggunakan vaksin dari sumber haram itu.


Katanya lagi, " dalam keadaan darurat, perkara yang diharamkan itu menjadi halal "



errr.... bukankah sepatutnya, " dalam keadaan darurat, perkara yang haram itu boleh diharuskan...." ?


Aku keliru ...





.

Thursday, 20 October 2011

Sekarang musim demam.....

.


Sekarang musim demam, ramai kawan-kawan dan saudara yang demam-demam.


Aku tak hairan sangat.


Sebab sekarang ini musim sedang beralih.


Musim peralihan monsoon.


Dari Monsoon PR12 ke PR13...


Dah reda Monsoon PR13 tu nanti, eloklah demam-demam tu....









.

Tuesday, 18 October 2011

Jaminan sepanjang hayat...

.

Aku konpius... berkenaan Jaminan Tingkap Kuasa PROTON.


Sekejap kata "Jaminan Sepanjang Hayat"

Di tempat lain tulis " Jaminan 10 tahun "



Dalam erti kata lain, hayat kereta PROTON secara rata adalah 10 tahun.

Fin.





.

Saturday, 8 October 2011

Saturday, 10 September 2011

Apa yang salahnya ?

.


Ada satu drama tentang seorang lelaki yang baru balik belajar di Mesir dalam bidang Agama menjadikan satu kampung kalut dengan pendirian dalam hal-hal hukum-hakam.


Banyak teguran yang dibuat agak keras tetapi benar, orang-orang kampung yang dah terbiasa dengan 'adat islam' memandang sinis.







Dalam satu babak diatas itu, perempuan itu tanya apa pahala solat Terawikh untuk malam yang ke enam. Si lelaki beristigfar panjang dan terjadilah dialog di atas itu. Lelaki itu kata solat terawikh bukan untuk pahala dan ganjaran tetapi keikhlasan. Tapi, skrip itu diolah lagi seolah-olah pandangan lelaki itu sungguh 'asing'. Apa salah dia?


Memang benar, kita dididik dari kecil lagi bahawa kalau buat baik akan dapat pahala. Kalau buat ibadah dapat pahala. Malah ada amalan-amalan tertentu yang diberikan taraf-taraf pahalanya seperti 70, 700, 7000. Memang benar sebab itu ada dalam hadis. Tak ada salahnya pun.


Tetapi untuk orang yang benar-benar ikhlas beribadah, soal ganjaran adalah seperti satu 'rasuah'. Malah sesetengah ahli abid merasakan berharap akan ganjaran akan MEMUSNAHKAN keikhlasan.


Aku pernah dengar kawan berkata, ganjaran pahala adalah motivasi untuk mereka yang novis, seperti kanak-kanak yang ditawarkan gula-gula sebagai upah untuk buat sesuatu.

Sedangkan untuk orang yang dewasa yang professional sepatutnya tak perlukan semua motivasi semua tu. Bukankah niat pun ada sebut "... lillahi ta'ala' ?


Bagi sesetangah ahli tarekat yang pernah aku kenal, meminta ganjaran syurga pun boleh menghapuskan keikhlasan kerana apa yang sepatutnya mereka mahu ialah 'memandang wajah Allah' di akhirat kelak.


Entahlah........






.