Wednesday, 4 January 2012

Adam Adli dan Tragedi Berdarah di UPSI... Itu tempat selalu aku lalu lalang tu... hish!

.

Apa nak jadi entahlah. Hendak buat sesuatu perlu bijaksana, kaji dulu caranya. Lainlah kalau memang tujuannya untuk dikenali ramai. Kalaulah itu yang dia mahu, maka tercapailah apa yang dia rancangkan.

Bacalah forum ini....


Dan lihatlah pernyataan ini pula....



Tapi tergamakkah dia kalau dikatakan tragedi berdarah itu pada asalnya tercetus oleh perbuatan dia yang, sama ada menurut perasaan demi kepercayaannya terhadap apa yang dia perjuangkan, atau pun di sogok-sokongan oleh pihak-pihak berkepentingan yang mengambil kesempatan terhadap semangatnya yang berkobar-kobar?


Dengan kata lain, ada orang yang mencurah tuba lalu mengharapkan ada anak muda yang mabuk keracunan lalu mencetuskan tragedi?


Sanggupkah dia bertanggungjawab?


Kalaulah aku, sudah pasti aku tak tidur malam dibuatnya.

Dan kalaulah aku, aku akan tulis buku atau gunakan alam siber yang tanpa batas ini dan percuma pula. Bukankah pujangga bijaksana pernah berkata " Pena itu lebih tajam daripada Pedang"?

Dia tak belajar di UPSI tentang itu? Bukankah yang mengatakan itu jga salah satu tokoh yang terkait rapat dengan MPSI atau UPSI? Aku bukan orang sejarah... mungkin ya dan mungkin tidak.






.

4 comments:

kucingorengemok said...

dekat video klip tu last² keluar lagu apa eh? aku macam kenal... lagu captain jack sparrow ke? hihi, sabor je la.

Nizam.Ariff said...

KOG,
aku tak perasan lak lagu apa...

tajam betul pendengaran ko ni...

sepa said...

brader,
1.
gua tgk criter 'The Great Debater' dah lbh 5 x. dan... hasilnya, they create a success story.

2.
dan aku masih ingat... ada sorang lecturer bercerita ngan aku, katanya : dlm gomen msia, ada beberapa institusi seharusnya hanya diikat dlm sistemnya tersendiri...

3.
dan aku sangat tertarik dgn criter katak :
katak yg diambil dari habitatnya, dimasukkan ke dalam periuk bersama2 dgn air dr habitatnya dan direbus. katak itu akan pelan2 mati-direbus. sebab tidak merasa perubahan yang dialaminya. manakala...
katak yg diambil dari habitatnya, dimasukkan ke dalam periuk, tapi menggunakan air lain (mgkn air pili) dan direbus. katak itu akan melompat keluar bila dirasanya air itu semakin panas. katak itu akan hidup-selamat tetapi mgkn melecur.

brader,
dlm banyak hal, aku terbaca byk org kata : sbnrnya mereka2 yg semacam Adam Adli hanya memperjuangkan kepentingan diri sendiri atau individu tertentu. tetapi dlm 3 stori aku kat atas... aku nampak... err... aku nampak...


.
errr... aku nampak....
ah.! aku malas nak pikir.!!!


:)

Nizam.Ariff said...

Sepa,
Ya, aku nampak ko malas nak fikir..... kan?


hahaha