.
Aku beli Roti Massimo atas dasar ianya lebih sedap dan lebih murah. Bak kata orang barat, 'value for money'. Dengan populariti yang diberikan oleh masyarakat kepada Roti Massimo, aku dapat jangkakan apa yang berlaku kepada kilang roti Gardenia.
Roti mempunyai 'shelf-life' yang singkat. Roti putih seperti itu cuma boleh bertahan selama seminggu paling lama. Oleh itu, Gardenia mengeluarkan roti putihnya hari-hari untuk menambah atau menukar roti yang cukup tarikh. Bayangkan apa yang Gardenia alami apabila 2 minggu roti putihnya tak bergerak di rak-rak di kedai-kedai serbaneka. Aku syak, akan berlambaklah bekalan roti gula iaitu roti putih yang dikeringkan dan di tabur gula dan majerin. Tak apa, memang sedap pun kalau dicicah dengan kopi O panas...
Aku tak tahu pula cerita persaingan Gardenia dan Massimo ini sampai melalut-lalut ke perkauman. Sampai ke parti-parti politik. Sampai dikaitkan dengan DAP, dikaitkan dengan Anwar Ibrahim. Sampai dikaitkan dengan Syed Bukhari dan Robert Kwok.
Sila lihat cerita yang ini....
Sampai begitu sekali demi sebuku roti putih?
Gardenia pun, kenapa tak pandai nak kawal harga? Ohhh.... sebab kilang tepung orang lain yang kawal? Dia beli dari Malayan Flour Mill (MFM) yang beroperasi di Lumut, Perak. Di dalam suratkhabar Berita Harian bertarikh hari ini, ada satu muka surat pernyataan oleh Gardenia tentang ini.
Aku kenal MFM itu sebab aku pernah berada di kilang itu selama 4 bulan, tahu selok beloknya. Aku tak pasti kalau ada kilang MFM yang lain selain dari di Segari, Lumut itu.
Alaaaa.... Massimo tu pun sampai bila dia nak beri diskaun (harga RM4 tapi harga promosi RM2.50). Lama-lama, dia naikkan baliklah. Masa itu, mungkin aku berhijrah semula ke Gardenia.
Tapi betullah.... Roti putih Gardenia tu agak padat dan keras. Memang bagus sebab cepat kenyang tetapi keras sangat. Elok juga kalau Gardenia lembutkan sikit. Dia pun boleh untung sikit sebab bubuh banyak yis bagi ringan...
Apa-apa pun, tak ada ke yang nak bersaing dengan 'Roti Benggali' atau Roti Pound?
.
15 comments:
kat miri gardenia tak dak. massimo pun tak dak. tapi...
aku pernah makan kedua2nya...
dan...
aku rasa. kedua2nya sama2 sedap. cuma, massimo murah sikit.
...ko agak siapa menang.?
Sepa,
siapa yang murahlah yang menang...
Massimo tu kejap je tu.. karang dia naikanlah harganya...
satu perkara aku suka tentang Kuok nih. dia ada Kuok Foundation.
...kalau dia berjaya kurangkan market share Gardenia, apa ada hal...? dia memang dah generous. pilantropi... kan.?
Sepa,
Robert Kwok ni sebenarnya berjiwa sungguh Melayu, itu kata kawan yang pernah kenal dia. Macam Lim Goh Tong sebab dia orang lama...
tak salah pun kita sokong dia walau dia Cina...
Mak aku pun cina gak... cuma dia jadi Melayu sebab Islam. tu je...
ok. aku nak crite, kenapa aku kagum ngan kuok nih.
satu masa dulu... lama dulu... dlm tahun 70an... abang aku yg flying colours dlm mce (skrg spm la kan.!)... gomen tak taja...
lama abang aku cuba cari fund. at last, dia ke Kuok Foundation. KF ni la yg taja, dlm btk pinjaman. dia ke Amerika, Montana University. Tak silap aku dia jd org swak pertama belajar di amerika. balik msia, dia kerja ngan shell, bayar balik rm550/bulan. lima tahun. tp itu jam gaji dia ngan shell start rm2,800.00.
arwah pak aku pernah pesan. kalau ada apa2 masalah nak cari pinjaman atau tajaan, carik Kuok Foundation.
*oya, abang aku tuh anak2 dia spm fullA. tp skrg, dia funding sendiri...
Sepa,
independent... aku suka tu....
kt melaka ni aku tak jumpa lg massimo nih...
TM,
Melaka belummaju lagi kut... tak ada kilang roti... keh keh keh
aku makin tak berkenan gardenia sebab roti dia cepat soggy (melayu kata soggy apa?- soalan poyo) pastu melekat kat langit²... tapi tak pernah gak rasa masimo
kalau balik batu pahat bapak aku belikan roti burung je, kena rendam dalam air baru boleh makan, hehe
panjangnya komen :)
KOG,
ada orang kampung kata roti gardenia atau massimo tu roti tak masak... kalau ditekan, dia tak naik balik.
roti yang masak macam roti pound atau roti benggali tu. kalau ditekan dia mantul balik...
supportlah produk muslim...memanglah mahal skit!tapi kena tahu sebab apa mahal???sebab kebanyakan bekalan bahan mentah dikuasai oleh bukan kaum muslim...sudah tentulah mereka akan kenakan harga yang mahal dan sebaliknya jual murah kepada kaum mereka,itu hakikatnya...jadi anggaplah benda yang kita beli walaupun mahal daripada produk muslim itu sebagai satu JIHAD FISABILAH ...rugu didunia untung di AKHIRAT .
anak kariah sungai ara,
terima kasih dengan pendapat itu...
aku sokong anak kariah sg. ara....
aku sokong anak kariah sg. ara....
ahmad sharizan,
ya, aku pun setuju...
Post a Comment