Wednesday, 10 August 2011

Berzakat dan bersedekahlah kamu ketika kamu masih mampu...

.


Cerita 1 di Selangor:

Bulan ramadhan adalah bulan di mana pusat zakat akan mengutip zakat Fitrah. Seorang kawan bercerita pagi tadi tentang bagaimana agen-agen pengutip zakat Fitrah ini berebut-rebut kawasan. Siap halau -menghalau kerana mahu kawasan kutipan yang selesa dan baik.

Berebut untuk mendapat kawasan tumpuan ramai untuk diletakkan meja kutipan zakat Fitrahnya. Apakah motivasinya sampaikan berebut-rebut dan halau-menghalau sesama 'Amil zakat?

Komisen sebagai seorang 'Amil ?




Cerita 2 di Selangor:

Seorang kawan, seorang bekas pelajar IPTA, bercerita pagi tadi juga tentang bagaimana seksanya untuk mendapatkan haknya dari pusat zakat. Dia mahukan sedikit bantuan dari pusat zakat untuk membiayaai kehidupannya sebagai seorang pelajar dan menurutnya ia punyai hak.


Yang dikesalinya, untuk mendapatkan haknya itu dia terpaksa menempuh pelbagai birokrasi: tanda tangan Tok Ketua, surat beranak ibu bapa, jupa orang itu dan orang ini untuk tanda tangan dll...


Dengan kata lain, payah sangat nak dapat. Sampaikan dia berkata kepada wakil pusat zakat itu, " payah sangat macam nak minta duit dari mak awak ! "






Kenapa boleh jadi begini? Wang kutipan tak cukup? Itu biasa kita dengar. sampai bila pun tak pernah cukup. Berapa yang cukupnya? RM1 billion cukup? Tak.


Sedangkan dalam buletin zakat yang dihantar kepada pembayar zakat dengan gah diceritakan berapa jumlah kutipan, projek-projek yang dijalankan, bangunan-bangunan yang disewakan, berapa tajaan pelajaran untuk ke Mesir...

Sesekali pusat zakat perlu di audit. memang benar di dalam sana semua orang bertaraf 'Ostaz' yang hadis dan Quran dihujung lidah mereka, tetapi mereka juga bukan nabi... mereka ada dugaan, ada rintangan, ada ujian yang Tuhan berikan.

Salah satu ujian yang mungkin ialah: diantara  orang sekampung dan orang yang tak dikenali datang meminta zakat, bolehkah dia benar-benar berlaku adil?


Rasuah bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit. Rasuah juga boleh wujud dalam bentuk penyalahgunaan kuasa... dengan kata lain, kurang amanah.








.

4 comments:

kucingorengemok said...

lebihan zakat yang tak diagihkan dilaburkan, dan faedah dari pelaburan tu dijadikan wang sumbangan untuk 'penyumbang zakat terbesar' nak buat family day

cuba cek orang² kerja zakat tu sebenarnya ostad² ke ptd? :|

Sang Kelembai said...

KOG,
Dia org 'tangguhkan' pemberian zakat supaya dilaburkan dan dapat dividen... boleh ke macam tu?

Ni yg aku nak bayar fitrah direct kpd penerima jer nih...

manusia ni bukan boleh nampak duit banyak2, tetiba jadi gelap mata...

tasekM said...

ada kawan aku.
zakat pendapatan tak bayar di pusat zakat.
bagi terus kepada yg layak.

cuma.
tak ada resit nk buh masa isi borang lhdn la pulak.
tapi dia tak peduli.
bagus betul..


.

Sang Kelembai said...

TM,
tu la pasal...
kannot kill tu beds with one stone la...