Monday 19 December 2011

Pengguna tak asing sisa pepejal akan didenda

.



Pengguna tak asing sisa pepejal akan didenda


2011/12/19

PUTRAJAYA: Orang ramai akan diwajibkan untuk mengasingkan sisa pepejal masing-masing yang boleh dikitar semula dalam tempoh tiga tahun lagi dalam usaha kerajaan mengurangkan jumlah sisa pepejal di negara ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung, berkata bagi merealisasikan hasrat itu, kementerian akan mewujudkan sistem kutipan sisa pepejal yang boleh dikitar semula sekali seminggu bermula 1 September 2012 di semua negeri di Semenanjung kecuali Selangor, Pulau Pinang dan Perak.

sumber: bharian.com.my




Patutlah bagi tomg sampah percuma. Tak apa, ianya memang patut dan perlu disokong. Di negara Jepun, sisa pepejal ini telah siap-siap diasingkan oleh tuan rumah.

Elok juga tu, bayangkan kalau perut ikan dan ayam dicampurkan sekali dengan plastik chup-pa-chap dan kotak pizza, tentu payah nak diasingkan oleh loji sampah.

Tapi, elok juga dibuat penambah-baikkan lagi...

Kalaulah dah tau sampah domestik berpunca dari dapur tu membusuk dan telah siap-siap diasingkan, apa salahnya kerapkan diambil sampah jenis itu.



Pasal denda pula... err... takkan nak di denda?

Nak denda sapu sampah sekitar kawasan perumahan ke?





.

3 comments:

Linda said...

Harap-harap keputusan yang dibuat telah mengambil kira pelbagai sudut dan aspek serta dikaji sedalam-dalamnya.

Jangan sekadar negara orang buat macam tu, kita pun buat sebab tak nak kalah...

Harap-harapnyalah...wallahualam.

sepa said...

aku setuju. :)

tp, kat swak bila pulak.? cer ko tanya... :p

Nizam.Ariff said...

BK,
usaha yang baik tapi takut jadi macamburung kakak tua... tau bercakap tapi tak tau maksudnya apa...




Sepa,
Kalau kat s'wak, aku syak dia buat tong air hujan jer.... hahaha